Just A Melody..

Saturday, July 25, 2015

Entry 7 (2015): Syawal, Baju Raya dan dot dot dot



Assalamualaikum people!

            Selamat Hari Raya..! Salam Syawal buat semua..! Hashtag InikanRaya, Hashtag Kosong-Kosong.. Gittew.. Mengikut perkembangan tagline TV la sangat kann.. Hahaha.. Anyway, sempena bulan Syawal ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat teman-teman dan sape-sape yang kenal dengan aku, princemocha yang tak berapa nak meletopp ni haa.. Ampun salah dan silap ya, terngumpat sana, terkutuk sini, tercarut sinun, maklumlah kadang-kadang mulut ni puaka sikit.. Heee ;p

            Bercakap pasal raya ni, benda yang pertama dalam kepala aku ialah pasal baju raya. Haha.. Terawikh, sahur, niat puasa, tu mestilah terpikir jugak. Hihihi. Ni benda yang pertama terlintas di ruang minda ni haa.. Tema warna apa, nak cari kat mana, berapa harga, bajet berapa, semua lah.. Padahal puasa baru sehari, tapi macam-macam dah pikir. Hahaha. Lolz xp

            Tahun ni, puasa boleh dikatakan kelam-kabut lah sikit. Bukannya apa, baru mula puasa 2 hari, dah start final exams dah. Ditambah lagi minggu-minggu akhir yang sibuknya mengalahkan PM. Hishh.. tak tahulah nak cakap apa, lumrah pelajar la katakan. Tahun ni jugak, tak sempat pun nak berbuka bersama keluarga terchenta di Terengganu. T.T  Baru betul-betul jadi perantau nih. Haha. Jadi, dengan kesibukan menghadapi final exam yang datang bak ribut pasir di Gurun Sahara.

            Jadi, 4 hari sebelum raya barulah ada masa nak cari baju raya, baju yang vogue konon-kononnya Stailistika Hari Raya gituu. Baju Melayu tu dah ada, kira nak cari baju jalan jelah. T-shirt & jeans yang smart kasual, simple but nice, cantik mata memandang, famous and fabulous gituu. Haaa, mampu kau? Pusing punya pusing satu One Utama Shopping Mall yang besar gedabak tu, tak banyak choice yang ada bersesuaian dengan bajet peribadi. So, dah spoil dah mood kat situ. Then, decide nak cari kat Padini ajelah, yang mana stail t-shirt pun cantik-cantik.

            Disebabkan limit masa dan bajet yang ada (maklumlah, hujung semester), sempat la beli sehelai t-shirt dengan  dua jeans. Masa tu, dah takde mood dah, kecewalah katakan, apa yang dicari tak dapat.

            Menjelang dan tibanya Hari Raya tu, sanak saudara berkumpul, dari Penang sampai, dari Kuala Lumpur sampai, dari Kemaman sampai, suasana meriah tu memang wujud. Seronok luangkan masa bersama, berbuka puasa bersama, sahur bersama, beraya bersama, satu moment yang rasanya sangat indah. Lebih dari baju baru, jeans baru, selipar baru, lebih dari segala-galanya.

            Apa yang nak disampaikan disini, tak semestinya kena ada baju raya atau baju baru yang mahal harganya untuk meraikan Hari Raya. Hari Raya tu akan jadi lebih bermakna dan lebih indah (bak lagu Dato Siti Nurhaliza) kalau dirai bersama keluarga. Saya tak kata baju raya tu tak penting. Penting, tapi ikut kemampuan lah. Kalau takde masa atau tak sempat nak beli baju raya sekalipun, takkan  sampai tak nak beraya, kan? So, mula-mula memang aku rasa macam tak best raya tahun ni sebab tak sempat nak prepare. Tapi, it turn out differently. Raya tetap meriah, tetap meletopps kata kau! Tak pikir pun pasal baju baru ke tak ke. Baju lain yang elok pun masih boleh pakai untuk beraya.

            Pokoknya harus bersyukur dengan apa yang ada, dengan pemberian Allah walaupun sedikit. Sebab jauh disudut lain dunia, ada orang yang tak dapat apa yang kita dapat. Ada orang yang lagi susah daripada kita, usah nak pakai, nak makan pun susah. Sedikit sebanyak, aku sendiri terfikir, betapa tak bersyukurnya aku dengan nikmat yang ada. Ya Allah, mudah-mudahan diampunkan dosa oleh-Nya.


Sekian, entry refleksi diri kali ni.

First Raya with Familia

Berayalah kami

Sebahagian keluarga besar Che Yam

Siblings..

Aidilfitri 2015

Friday, July 24, 2015

Entry 6 (2015): C.U.T.I (Cuti Untuk Topup Income).


Assalamualaikum people!

Hai hai hai comel–comel dan cantik–cantik sekelian alam.. Sihat? Moga sihat–sihat la semua hendaknya ya.. (perasan ramai follower). Haha.. Cheq tau blog burok cheq ni takde la follower sampai beribu-ribu, ye dok? Cheq ni bukannya nye pandai ber-blog pun.. Cool-blog tau la.. Hahaha. Anyway, pejam celik pejam celik, dah nak abes bulan Julai dah.. Kejap je rasanya berlalu.. Dah nak sampai kemuncak tahun 2015 dah. Ape pun, cuti semester dah bermula dah bagi pelajar ijazah sarjana muda UiTM. Pelajar universiti lain cheq tak tau la.. Hihi.

Dengan bermula nya cuti ni, macam biasa lah.. Buku entah kemana, nota entah kemana.. Haishh.. Jangan la tiru perangai yang kurang baik ni ye, wahai teman-teman sekalian? Hmm.. cuti semester ni la yang paling ditunggu-tunggu ketika sem lepas (dek terlalu sibuk dengan tugasan, ujian, lab report dan sebagainya) sampai tak larat dah. Bila dah lepas semua, tu yang bersantai sakan tuh. Biasanya cuti semester ni, takde apa yang di dalam kotak fikiran aku ni selain daripada nak cari kerja, cari kerja, cari kerja. Bukan kerja tetap pun, kerja part time je pun.. Boleh la buat simpanan untuk backup kalau-kalau ada emergency nak pakai duit ke apa, kan.. Lagipun, kalo takde duit, susah lah nak belanja. Takkan nak depend pada mak ayah je. Terasa jugak dihati kecil, untuk ringankan beban mak ayah.

So, bagi aku, cuti semester ni bukan lah waktu nak bersenang-lenang je. Kalo tak, susah la jawabnya nanti. Sesuai dengan tajuk entry yang aku memandai-mandai tu, cuti semester ni bagi aku adalah cuti untuk cari kerja, cari duit. Yela, biasa la student. Tak boleh la nak bergantung harap pada PTPTN sangat. Sekarang ni semua mahal, barang keperluan dah mahal, makanan pun mahal. PTPTN sebagai the only financial source memang tak cukup la. Sebab tu la kena ada alternative financial source yang lain. Salah satunya dengan kerja! Eh? Dak aihhh.. Cheq tak marah, cheq cakap jaa..


Orang lain mungkin boleh bersama keluarga, memanfaatkan cuti dengan luangkan masa bersama keluarga masing-masing. Setelah beberapa bulan berjauhan, cuti semester lah masa yang tepat untuk family bonding, tak gitu?? While kita terpaksa kerja semata-mata nak support diri sendiri untuk semester yang akan datang. “Ni cheq nak habaq mai, hang tak penat ka kerja time cuti-cuti ni? Time blajaq pun kemain lagi tak tidoq malam, time cuti pun hang nak kerja?” Tuu diaa.. mai dah mami jarum dok menghasut tuh.. Jawapan dia senang je, tak payah la duk ikutkan orang, orang tu biarlah mereka. Mungkin mereka orang senang, berbeza dengan kita. Hmm.. Tak apalah, susah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian, ye dok? Huhu.. Okey lah, saje je nak membebel dalam blog ni sebenarnya, positive-kan diri sendiri.

Selalu jadi persoalan. Hmm.. Kerja lah, cari duit poket sikitt..

As usual, buku entah kemana, nota kemana.. 

Dah cutiiiiiii, yeaayyyy!


Okay lah, see you in next entry, adios..!

Tuesday, June 2, 2015

Entry 5/(2015): Holiday? Nak Ikut Gakk..!



Assalamualaikum people!

            Haaa.. Tak jawab salam berdosa kau! Haha.. Jawab dalam hati pun takpe, asalkan jawab.. Kan? Hehee.. Salam rindu, salam cayang, salam muah cikedd buat semua. Haha.. Maklumlah lama tak menulis. Geli–geleman tak? Haha ;p Anyway, minggu  ni banyak masa sikit nak menulis. Err.. Actually, tak banyak pun, yela.. Nama je cuti seminggu, tapi assignment, lab reports, presentation tetap je menimbun. Tak tau apa maknanya istilah cuti seminggu tu. Hahaha. Biasalah, hidup ‘student’ ni memang camni, bukan nak merungut, cuma nak berkongsi aje. So, chillax lah.. Hahaha..

By the way, cuti seminggu ni nampaknya dimanfaatkan sebetul–betulnya oleh kawan–kawan aku. Mana taknya, bahagia je aku tengok instagram, facebook mahupun twitter diorang ni meng-update moment–moment bahagia. Ada yang ke Indonesia lah, Krabi lah, Langkawi lah, Cameron lah,  dan banyak lagi lah. Eh? Tolong sikitt, takde makna nya nak jeless.. Huh! Emm, okay, jeles sikit laar. Haha. So far, aku takde lagi plan nak holiday ke, short gateway ke apa ke memana. Lagipun, keadaan aku jugak yang tak berapa nak mengizinkan. Hanya mampu melihat jela, kebahagiaan kawan–kawan dari jauh. Hmm..

Kalau ye pun nak berjalan, at least, poket kena la tebal kan? Kalau jalan–jalan tak beli apa–apa tak best gak kan? Alahh, bukan setakat nak shopping, nak makan pun pakai duit gak, kan? Ke kau nak makan meggi je sepanjang percutian kau tu? Memang tak la kann.. Other than that, assignment yang menimbun tadi pun, kalo takde inisiatif nak siapkan, memang tak sudah la jawabnya. So, nak tak nak kena postpone jela hasrat terpendam di hati nak bercuti, holiday bagai ke sana sini. Sabar ye duhai hati, pujuk diri sendiri supaya sabar. Sabar dengan apa yang kau lihat wahai diri. Kadang – kadang apa yang kau lihat tak semuanya mampu untuk kau capai. Mungkin belum sampai rezeki kau untuk itu. Sabar ya?

Teringin tu memang la teringin. Tapi apakan daya. Lain la kau ni jenis spesies bertuah, lahir-lahir je kat dunia, dah ada sudu perak dalam mulut kau. Ala-ala Richest Kids of Malaysia ke, spesies tinggal kat Beverly Hills ke ape ke.. Tu lain la.. Mintak je apa kau nak, kalau tak esok, minggu depan, kalau tak minggu depan, bulan depan dapat la tu. Bagi aku, hanya sekadar berangan jela. Bersyukur dengan apa yang ada, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki oleh Pencipta. Keep head up! Go princemcoha go! Hahaha. Motivasi diri sendiri. Anyway, bersyukur itu memang penting, mengingatkan kita, betapa bertuahnya kita, especially aku at least dapat gak makan, kan? Sedangkan ada je orang yang tak dapat makan. Hmm.. Baiklah princemocha, tahan lah nafsu bercuti kau tu. Belaja tu dulu. Nanti bila dah ada duit, pergi lah nak pergi memana pun.. Okay? J

So, sape-sape yang masih lagi takde kesempatan nak melancong tu, jom kita belaja dulu, create savings, bila dah too many to count, kita pergi sesama, kayy? Hehehe.. Adios!

princemocha,  1/6/2015 (4.44 a.m)




Teringin gak nak ke Eiffel Towel, Paris

Private jet lagi tuh.. 

Ni lagi kayo, dah takde binatang lain nak bela, sampai bela Singa.

Di sudut lain dunia, ada yang nak makan pun susah.. Sedih bila tengok.. 

Tidur bukannya tilam yang empuk, bilik yang berhawa dingin, cukup berbantal lengan, malah di tepi jalan.. Hmm.. :(

Monday, March 30, 2015

Entry 4/(2015) : Ahh...! Gak Bisa Tidur Sih!

Entry 4/2015: Gak Bisa Tidur Sih!

Assalamualaikum uolss..!

            Salam mesra, salam panas dan hangat luar biasa..! Moga kalian sihat-sihat semuanya ya? Waduh-waduh.. Kok bicaranya aku persis Indonesia? Ngapain ya? Hahaha.. Saja je gediks. Hoho. Haishh.. Dah masuk semester 3 dah aku ni. Kejap je. Terasa tua sikit disitu. Haha. Bayar yuran dah, daftar kolej dah, punggah barang pun dah. Semester baru, bilik baru, roommates baru, kawan baru. So, lets break the ice! Bak kata cik puan Britney Spears, “Let me break the ice, Allow me to get you right, But you warm up to me..” Ehh? Cam lain je maksud? Chooii! Abaikan jelah si Britney Senah tu yerr..

            Anyway, biasa ngak bila kat tempat baru ni, seperti biasa, malam pertama tu susah sikit nak tidur, mungkin rasa tak selamat, belum lagi mengadaptasi dengan tempat yang baru ni. Pendek kata gak bisa tidur, sih! Okeh, kejap. Definisi ‘Malam Pertama’: waktu malam pada hari yang pertama ye,anak-anak. Jangan kau kuningkan pemikiran kau itu bah..! Hahaha. So, mulalah tidur-tidur ayam, bergolek sana sini. Kengkawan pun baru nak kenal. Rasa percaya itu masih gak ada, masih dalam pembikinan. Makanya, tidur pun jadi gak aman, lorh! Haha. “Mana mungkin, selimut tetangga, hangati tubuhku dalam kedinginan.. Malam – malam panjang, setiap tidurku selalu kesepian..” Ececece.. Tetiba layan perasaan.


            Apepun, begitu lah aku setiap kali di tempat baru. Dah jadi tabiat. Tak lama lepas tu, tebiat. Haha. Tak pernah berubah sedari dulu. Kadang-kadang terfikir. Adakah semua itu akan hilang? Normal kah semua itu? Hmm.. Dah la.. Lain kali la pulak aku merapu. Hahaha. First time entry pendek. Biasanya, ada la panjang berjela 30 km bak perutusan ketika hari Guru gayanya. Hihi.



Shaitt! Can't Sleeppppp!


Gak bisa ah..! Pusing sana, pusing sini, gak bisa tidur..!


Krik.. Krik.. Krik..



Sunday, February 8, 2015

Entry 3/2015: Kenali 'Bruxism': Tabiat Ketap Gigi

Assalamualaikum..

            Apa habaq comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem sekalian? Moga-moga dalam keadaan baik selalu hendaknya. Entry kali ni adalah yang ketiga untuk tahun ni. Haa, maklumlah, bila dah kebosanan dek ketandusan idea dan aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti semester ni, mulalah datang inspirasi untuk meng-update blog burok hamba ni.. Ecece.. Kemain banyak bunga bahasa. Cintai bahasa kita. Bhahaha..

            Okay, back to the topic, entry kali ni nak citer pasal pengalaman. Pernah berdepan dengan orang yang mengalaminya dan pernah menghadapi sendiri. Hohoho. Pernah dengar tak bila korang tido dimalam yang hening, sunyi, indah dan hampir-hampir dibuai mimpi lena, tiba-tiba terganggu atau lebih tepat diganggu dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh rakan sebelah ataupun manusia yang hampir dengan anda ketika itu? Hahaha. Bunyi-bunyian yang konon-kononnya nak masuk bertanding Anugerah Juara Lagu 2015, tapi malangnya tak cukup sifat dari setiap aspek. Woahaha..

            Bunyi-bunyian yang dimaksudkan adalah tabiat mengetam atau mengetap gigi ketika tidur. Even aku pun pernah mengalami atau menghidapi tabiat ni. Tak tahulah sama ada tabiat ni diwarisi daripada genetik ataupun tabiat yang normal apabila seseorang berada dalam keadaan terlalu letih dan penat ketika tidur. Apa pun, bunyi yang menakutkan ni dipanggil ‘bruxism’ dalam istilah perubatan dan ia dihasilkan melalui perbuatan mengisar gigi antara gigi-gigi di rahang atas dan bawah sama ada tanpa anda sedari atau sememangnya disengajakan. Bagi aku pula, aku tidak pernah tahu aku menggesel atau mengetap gigi ketika tidur sehinggalah roommate aku yang bagitahu. Hahaha.. *Maaflah yep kalau aku menganggu korang..! Aku mengaku aku pernah mengetap gigi, tapi yang pasti, bukan selalu, okayy..! So, jangan komer memandai-mandai yaai.. Hahaha..

            Ape pun, berdasarkan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, punca-punca atau dalam erti kata lain, penyebab kepada tabiat mengetap gigi ni ialah:
  •         Stress atau tekanan yang dihadapi setiap hari
  •          Susunan gigi yang tidak betul
  •          Posisi badan yang tidak betul
  •          Perubahan hormon
  •          Perubahan gigitan yang berlaku mungkin disebabkan trauma atau rawatan gigi
  •          Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy


Manakala antara tanda dan kesan yang mungkin didapati pada seseorang ialah:

·         Permukaan gigi haus
·         Gigi atau tampalan patah
·         Sakit kepala
·         Sakit dibahagian sendi rahang
·         Gigi terasa ngilu dan sakit
·         Sakit telinga
·         Sakit pada otot muka
·         Sukar untuk tidur

Apa yang anda boleh buat? Untuk mengelak atau mengurangkan tabiat ini, antara cara yang boleh korang semua buat selain daripada mengunyah kapas atau tidur dengan mulut ternganga luas bak badak air ialah:

  • ·      Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang
  • ·      Belajar untuk menangani stress
  • ·      Kurangkan pengambilan alkohol (bagi yang bukan Muslim)
  • ·      Dapatkan nasihat doktor pergigian


Amboihh.. dah macam doktor lagaknya ye? Hahaha.. Sekadar untuk share bersama. Sharing is caring, right? Hehee.. Untuk maklumat lanjut, sedara sedari boleh la melawat laman web Kementerian Kesihatan Malaysia: Tabiat Mengetam Gigi ni. 





Banyak pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang ada kat situ, boleh refer, boleh research, pendek kata semua boleh lah. Saya boleh, anda boleh, Malaysia boleh! Tak gitu? Hehe. Pastu, kalau rajin, kalian jugak boleh baca permasalahan yang berkaitan gigi ni kat blog Gigi Warisan Kita yg ditulis oleh seorang pegawai pergigian yang berpengalaman luas. Bak kata gadis penghias majalah: Fazura, “Barulah gigi anda putih berseri..!”

Sekian, Anneyeong!

Encik Coffee







Monday, February 2, 2015

Entry 2/2015 : Pahit Manis Dua Kosong Satu Empat

              Assalamualaikum..

Salam hangat dan salam sayang (muah ciked) buat semua.. Hahaha.. Rasanya, masih tidak terlalu lewat untuk masih bercerita tentang tahun 2014, meskipun 2015 telah pun menerjah dengan pantasnya seperti jet pejuang Amerika Syarikat.. Haa, nampak? Overnya hyperbola.. Hahaha.. Tapi yang pasti, pejam celik, pejam celik, dah habis satu tahun, lengkap 365 hari. Bermanfaat atau tidak, produktif atau tidak, itu semua atas diri masing-masing. Diri sendiri yang menilai.. Betul tak? Bagi aku, tahun 2014 ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku, ada kalanya berada jauh dibawah, ada juga tinggi bak di awan, susah senang, jatuh bangun, canda, tangis, ketawa, duka (CTKD kauu).. mampuu? Haha.. Banyak perubahan, kenangan, yang pastinya gelak tawa dan air mata sama banyak. Kadang-kadang perit bila difikirkan kembali. Jadi, baik tak payah pikiaq, ye dop? Haha.. Tapi kan, kata orang tak boleh la kita lupakan terus. “Siapa yang lupa akan sejarah, pasti akan mengulanginya.” Kalo tak salah, dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5 ade kata-kata tu. Aku pun tak pasti. Untuk pastikan, sila lah selak buku-buku sejarah adik-adik anda yer.. Kalo adik takde, pinjam jelah dengan jiran korang ke, tanya la sekampung tu.. Haha

So, this entry kinda like a story about what I’ve experienced last year, how I endured difficulties and how I’m able to be at current state, right here, right now.  My first thought, 2014 wasn’t a good year. Ketika itu, aku masih bertungkus-lumus, berhempas-pulas menghabiskan sesuatu yang aku mulakan pada tahun 2010. Pengajian diploma yang masih lagi belum tamat atas sebab yang tertentu. Most of my friends already started their degree’s life while I’m still here. Kata orang lagi, mungkin ini adalah dugaan buat kita dan siapa tahu ada hikmah disebaliknya. Kedengaran cliche kan? Tapi benar, penat, lelah, pahit dan kelatnya meneruskan perjuangan ketika itu, segalanya diserahkan kepada Yang Esa. Alhamdulillah, kesusahan itu diganti dengan balasan yang tidak aku sangka sama sekali. Pengalaman melalui jalan itu sememangnya pahit dan sakit. Bak berjalan di tanah berduri, tiada beralas.

My Birthday celebration by them


The Bachelor's bonding.. hoho

With Cik Yin & Pjiekun

3 Anak dara Kelantan yang havoc.. ;)
Pertengahan 2014 juga tidak kurang hebat dramanya. Sikit lagi nak mencapai taraf sinetron Indonesia. Kelass kau Jahh! Haha.. Mane la tau kot-kot ade penerbit, pengarah nak filemkan kisah hidup aku. Tak pasal-pasal jadi retiss. Hehe.. Pada bulan Mei 2014, entah di mana silapnya, aku menjadi mangsa kes samun di kawasan Tmn Tun Dr. Ismail, Damansara. Entah apa yang ada pada aku yang mebuatkan si penyamun ‘brengset’ itu menjadikan aku sasaran. Phone, wallet, kad pengenalan, kad bank, semua lesap bersama beg galas pada hari itu. Terkejut. Trauma. Cedera. Lebih drama lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari pertama aku mula bekerja as part timer untuk mengumpul duit. Haihh.. Sekarang, boleh la bercerita sambil ketawa mengenai kejadian tu, kalau dulu.. Phobia nak jalan kaki sensorang, nak cerita kat orang pun beremosi. “Ni bala ni, bala..” Dah macam citer kak Limah dah ghopernyer..


Menjelang pertengahan Oktober 2014, sekali lagi tragedi menimpa. Tragedi Oktober. Sebulan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar ijazah, dompet pulak dicuri. Yang tak boleh blah, dompet dicuri kat dalam surau. Aku ulang sekali lagi, Surau. Seriously, aku tak tahu nak cakap apa. Lepas solat, terus mencuri. Haram jadah punya manusia. Dah la pelajar, mentaliti masih lagi dikepala lutut. Tak tahu nak cakap ape dah. Harap-harap si pelaku tu terima lah balasannya nanti. Laporan dah dibuat, tindakan susulan dah diambil. Hukuman dunia mungkin boleh lepas, tetapi hukuman Akhirat belum tentu boleh lepas. Fikir-fikirkanlah wahai manusia berkenaan. Agak sedih jugak dengan apa yang menimpa. Mana tak nya, kerugian besar kali kedua dalam tempoh setahun. Hmm..

Akhirnya, hati sedikit terubat dipenghujung 2014. Berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UiTM ke-82 yg mana menandakan tamatnya pengajian peringkat diploma menjadi penutup tirai tahun sedih aku. Segulung diploma dapat dihadiahkan pada mak dan ayah. Betapa berliku jalan yang dilalui untuk sampai ke tahap ini. Jelas kelihatan wajah gembira mak dan ayah pada hari tu. Aku gembira. Aku bangga. Sememangnya ini yang aku mahukan, ini yang aku nantikan sejak awal bergelar pelajar diploma dahulu. Hmm.. Seems like my terible year finally give me a good ending. A happy ending for my 2014 story. Pengalaman. Memang perit dan tak mudah melaluinya, tapi semua itu la yang membuatkan hati semakin kebal, kurangnya kebergantungan kepada orang, membina keyakinan dan merapatkan diri kepada Pencipta. Ni tahun 2015 ni entah macam mana la pulak. Mohon kengkawan, teman-teman semua doa-doakanlah yang terbaik buat aku ye? Mudah-mudahan tahun ni bakal menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Semestinya buat kalian juga.. Emm, okay lah. Dah banyak membebel. Nanti update citer lain pulak. Hehe..

Sekian, salam sayang daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Eh?

Hahaha..

Encik Coffee

UiTM Kampus Dungun, Terengganu

Pre-Convo di Dewan Agung Tuanku Canselor

Flowers.. Hmm.. I like flowers.. Hehehe

Thursday, January 29, 2015

Entry 1/ 2015 : Tentang Dia, Sista..


Assalamualaikum..

Salam hangat dan salam mesra buat semua. Lama sudah tak meng-update blog yang berhabuk lagi berkulat ni. Bukan apa, berhenti berehat sekejap sambil mengubati hati yang berduka lara ni.. muahaha.. Takdela, etceli, bila dah stop menaip, terasa payah nak mulakan balik. Tangguh punya tangguh, dah masuk tahun 2015 dah.. Kejap je kan? Haha.. Anyway, thanks to those yang sudi baca (ada ke orang baca?) blog burok ambe ni..

            Untuk entry ni, nak citer pasal seorang mek Kelate, gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ni. She is a nice girl, very helpful, and a super-awesome sista..! Bertuahnya rasa diri bila dapat berjumpa, berkenalan dan berkawan dengan dia ni. Pada mulanya, takde terus kamcing lepas kenal tu.. In fact, aku kenal dan jadi rapat dengan my lovely sista ni pun bermula pada semester 3 ketika zaman diploma dulu. Sebelum tu, aku pandang kau, kau pandang aku. Kau senyum, aku senyum. Hahaa.. Bila dah kenal, riuh jadinya.. Apa tidaknya, satu kepala, satu geng, satu negeri kelahiran, satu kursus, satu universiti. Aku makin rapat dan makin rapat dengannya sehingga she’s become like a sista to me.

            Dialah juga salah seorang tempat untuk aku bertanyakan pendapat dikala ada kegusaran dihati, keresahan dijiwa, kekusutan diminda dek masalah yang dihadapi dalam persekitaran ketika itu. Masalah study, masalah aweks, masalah dengan kengkawan.. Dia tidak jemu memberi pendapat, malah membantu ketika diperlukan. Hingga satu ketika, dia dan semua orang sekeliling perlu pergi jauh untuk meneruskan impian masing-masing, dia seakan-akan mengerti apa yang aku rasai. Nota kertas tulisan tangan dikirim, menenangkan hati dan jiwa yang bersedih ketika itu. Kata-kata semangat dikirim melalui teks sms, agar tidak terhenti usahaku setakat itu sahaja. Begitu baiknya dia, begitu mengambil beratnya dia. Kami bukannya adik-beradik darah daging, jauh sekali sepasang kekasih. Kami hanya sahabat, sahabat yang sudah seperti keluarga. Saling mengingati dan menasihati. Dia adalah Sista Syahidda (Eda Adnan).

            Masih aku ingat, perpisahan ketika itu. Langit jiwa bertukar mendung, hujan air mata berlumba untuk menitis sehingga bertakung di empangan kelopak mata. Sukarnya melepaskan orang yang baik dengan kita, selalu menjaga kita, luang masa bersama kita. Setelah seketika, kami satu geng kembali lagi bersama. Boleh dikatakan hampir semua ahli. Namun, 2 di Arau, 2 di Jengka, dan 2 di Puncak Alam. Kami pula di Shah Alam. Belajar bersama, berlainan kursus, berlainan semester, sama fakulti. Perasaan? Tak tergambar gembiranya. Kemain lagi lepak bila berpeluang, dinner-date berempat, menonton wayang, melancong ke tengah kota, berlumba mencari seat dalam tren.. Sepanjang aku di sini, awal semester sudah jejak Times Squares bersama mereka.

            Kini, satu lagi episod perpisahan berlaku. Katanya sista, mahu menarik diri daripada pengajian, mahu berhenti, dapat tawaran kerja.. Keputusan yang dibuat itu setelah difikir berulang kali, sedalam-dalamnya dan semahu-mahunya. Katanya lagi, keputusan yang dibuat itu tidak gampang, tidak mudah, malah bergenang air mata. Jika itu kata hatinya, aku tidak menghalang. Bahkan, siapa aku untuk menghalang? Mungkin itu yang terbaik buat dia, itu yang dia mahukan. Aku tetap akan doakan kejayaannya, gembira dengannya jika itu bisa membuat dia gembira. Cuma, aku ini orang jenis yang tidak gemar akan perpisahan. Mengarut bukan? Haha.. Hakikatnya, itulah aku. Kata orang, jika kita betul-betul sayang akan seseorang, kita perlu belajar melepaskan dia pergi. Jangan hanya pentingkan diri sendiri, dan terus menghalang demi untuk kepentingan diri sendiri. Am I right? Sejujurnya, aku akan terus menyokong my lovely sista, no matter what, okay? So, dear sista, if you read this, I just want to express how i’m thankful to Allah S.W.T for bringing sista into my life, met me with you, my caring sista. I’m glad that I not just having a caring sista, but a good friend also.


            We, will support you in everything you do and wish all the best to you, yea sis? Do the best..! Aja aja Fighting! I’ll be missing you a lot here. Not only me, Mat Din, Azza, Jue and Charlie of course (just kidding) will be missing you.. Haha.. Jaga diri dan jangan lupa to keep in touch with us okay? Update us if you’re having with troubles. We’ll be there for you. Jika rindu, angkatlah phone, whatsapp la kami.. Hehehe.. Sayonara Sista.. J




Purple Day ketika zaman Diploma UiTMKT dulu..

Ronda-ronda Kuala Terengganu

Dinner-date

Ketika itu..

Last selfie at the end of the day