Assalamualaikum people!
Hai hai hai comel–comel
dan cantik–cantik sekelian alam.. Sihat? Moga sihat–sihat la semua
hendaknya ya.. (perasan ramai follower). Haha.. Cheq tau blog burok cheq ni
takde la follower sampai beribu-ribu, ye dok? Cheq ni bukannya nye pandai
ber-blog pun.. Cool-blog tau la.. Hahaha. Anyway, pejam celik pejam celik, dah
nak abes bulan Julai dah.. Kejap je rasanya berlalu.. Dah nak sampai kemuncak
tahun 2015 dah. Ape pun, cuti semester dah bermula dah bagi pelajar ijazah
sarjana muda UiTM. Pelajar universiti lain cheq tak tau la.. Hihi.
Dengan bermula nya cuti
ni, macam biasa lah.. Buku entah kemana, nota entah kemana.. Haishh.. Jangan la
tiru perangai yang kurang baik ni ye, wahai teman-teman sekalian? Hmm.. cuti
semester ni la yang paling ditunggu-tunggu ketika sem lepas (dek terlalu sibuk
dengan tugasan, ujian, lab report dan sebagainya) sampai tak larat dah. Bila
dah lepas semua, tu yang bersantai sakan tuh. Biasanya cuti semester ni, takde
apa yang di dalam kotak fikiran aku ni selain daripada nak cari kerja, cari
kerja, cari kerja. Bukan kerja tetap pun, kerja part time je pun.. Boleh la
buat simpanan untuk backup kalau-kalau ada emergency nak pakai duit ke apa,
kan.. Lagipun, kalo takde duit, susah lah nak belanja. Takkan nak depend pada
mak ayah je. Terasa jugak dihati kecil, untuk ringankan beban mak ayah.
So, bagi aku, cuti
semester ni bukan lah waktu nak bersenang-lenang je. Kalo tak, susah la
jawabnya nanti. Sesuai dengan tajuk entry yang aku memandai-mandai tu, cuti
semester ni bagi aku adalah cuti untuk cari kerja, cari duit. Yela, biasa la
student. Tak boleh la nak bergantung harap pada PTPTN sangat. Sekarang ni semua
mahal, barang keperluan dah mahal, makanan pun mahal. PTPTN sebagai the only
financial source memang tak cukup la. Sebab tu la kena ada alternative
financial source yang lain. Salah satunya dengan kerja! Eh? Dak aihhh.. Cheq
tak marah, cheq cakap jaa..
Orang lain mungkin boleh
bersama keluarga, memanfaatkan cuti dengan luangkan masa bersama keluarga
masing-masing. Setelah beberapa bulan berjauhan, cuti semester lah masa yang
tepat untuk family bonding, tak gitu?? While kita terpaksa kerja semata-mata
nak support diri sendiri untuk semester yang akan datang. “Ni cheq nak habaq
mai, hang tak penat ka kerja time cuti-cuti ni? Time blajaq pun kemain lagi tak
tidoq malam, time cuti pun hang nak kerja?” Tuu diaa.. mai dah mami jarum dok
menghasut tuh.. Jawapan dia senang je, tak payah la duk ikutkan orang, orang tu
biarlah mereka. Mungkin mereka orang senang, berbeza dengan kita. Hmm.. Tak
apalah, susah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian, ye dok? Huhu.. Okey lah,
saje je nak membebel dalam blog ni sebenarnya, positive-kan diri sendiri.
Selalu jadi persoalan. Hmm.. Kerja lah, cari duit poket sikitt.. |
As usual, buku entah kemana, nota kemana.. |
Dah cutiiiiiii, yeaayyyy! |
Okay lah, see you in next entry, adios..!
No comments:
Post a Comment