Just A Melody..

Saturday, July 25, 2015

Entry 7 (2015): Syawal, Baju Raya dan dot dot dot



Assalamualaikum people!

            Selamat Hari Raya..! Salam Syawal buat semua..! Hashtag InikanRaya, Hashtag Kosong-Kosong.. Gittew.. Mengikut perkembangan tagline TV la sangat kann.. Hahaha.. Anyway, sempena bulan Syawal ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat teman-teman dan sape-sape yang kenal dengan aku, princemocha yang tak berapa nak meletopp ni haa.. Ampun salah dan silap ya, terngumpat sana, terkutuk sini, tercarut sinun, maklumlah kadang-kadang mulut ni puaka sikit.. Heee ;p

            Bercakap pasal raya ni, benda yang pertama dalam kepala aku ialah pasal baju raya. Haha.. Terawikh, sahur, niat puasa, tu mestilah terpikir jugak. Hihihi. Ni benda yang pertama terlintas di ruang minda ni haa.. Tema warna apa, nak cari kat mana, berapa harga, bajet berapa, semua lah.. Padahal puasa baru sehari, tapi macam-macam dah pikir. Hahaha. Lolz xp

            Tahun ni, puasa boleh dikatakan kelam-kabut lah sikit. Bukannya apa, baru mula puasa 2 hari, dah start final exams dah. Ditambah lagi minggu-minggu akhir yang sibuknya mengalahkan PM. Hishh.. tak tahulah nak cakap apa, lumrah pelajar la katakan. Tahun ni jugak, tak sempat pun nak berbuka bersama keluarga terchenta di Terengganu. T.T  Baru betul-betul jadi perantau nih. Haha. Jadi, dengan kesibukan menghadapi final exam yang datang bak ribut pasir di Gurun Sahara.

            Jadi, 4 hari sebelum raya barulah ada masa nak cari baju raya, baju yang vogue konon-kononnya Stailistika Hari Raya gituu. Baju Melayu tu dah ada, kira nak cari baju jalan jelah. T-shirt & jeans yang smart kasual, simple but nice, cantik mata memandang, famous and fabulous gituu. Haaa, mampu kau? Pusing punya pusing satu One Utama Shopping Mall yang besar gedabak tu, tak banyak choice yang ada bersesuaian dengan bajet peribadi. So, dah spoil dah mood kat situ. Then, decide nak cari kat Padini ajelah, yang mana stail t-shirt pun cantik-cantik.

            Disebabkan limit masa dan bajet yang ada (maklumlah, hujung semester), sempat la beli sehelai t-shirt dengan  dua jeans. Masa tu, dah takde mood dah, kecewalah katakan, apa yang dicari tak dapat.

            Menjelang dan tibanya Hari Raya tu, sanak saudara berkumpul, dari Penang sampai, dari Kuala Lumpur sampai, dari Kemaman sampai, suasana meriah tu memang wujud. Seronok luangkan masa bersama, berbuka puasa bersama, sahur bersama, beraya bersama, satu moment yang rasanya sangat indah. Lebih dari baju baru, jeans baru, selipar baru, lebih dari segala-galanya.

            Apa yang nak disampaikan disini, tak semestinya kena ada baju raya atau baju baru yang mahal harganya untuk meraikan Hari Raya. Hari Raya tu akan jadi lebih bermakna dan lebih indah (bak lagu Dato Siti Nurhaliza) kalau dirai bersama keluarga. Saya tak kata baju raya tu tak penting. Penting, tapi ikut kemampuan lah. Kalau takde masa atau tak sempat nak beli baju raya sekalipun, takkan  sampai tak nak beraya, kan? So, mula-mula memang aku rasa macam tak best raya tahun ni sebab tak sempat nak prepare. Tapi, it turn out differently. Raya tetap meriah, tetap meletopps kata kau! Tak pikir pun pasal baju baru ke tak ke. Baju lain yang elok pun masih boleh pakai untuk beraya.

            Pokoknya harus bersyukur dengan apa yang ada, dengan pemberian Allah walaupun sedikit. Sebab jauh disudut lain dunia, ada orang yang tak dapat apa yang kita dapat. Ada orang yang lagi susah daripada kita, usah nak pakai, nak makan pun susah. Sedikit sebanyak, aku sendiri terfikir, betapa tak bersyukurnya aku dengan nikmat yang ada. Ya Allah, mudah-mudahan diampunkan dosa oleh-Nya.


Sekian, entry refleksi diri kali ni.

First Raya with Familia

Berayalah kami

Sebahagian keluarga besar Che Yam

Siblings..

Aidilfitri 2015

Friday, July 24, 2015

Entry 6 (2015): C.U.T.I (Cuti Untuk Topup Income).


Assalamualaikum people!

Hai hai hai comel–comel dan cantik–cantik sekelian alam.. Sihat? Moga sihat–sihat la semua hendaknya ya.. (perasan ramai follower). Haha.. Cheq tau blog burok cheq ni takde la follower sampai beribu-ribu, ye dok? Cheq ni bukannya nye pandai ber-blog pun.. Cool-blog tau la.. Hahaha. Anyway, pejam celik pejam celik, dah nak abes bulan Julai dah.. Kejap je rasanya berlalu.. Dah nak sampai kemuncak tahun 2015 dah. Ape pun, cuti semester dah bermula dah bagi pelajar ijazah sarjana muda UiTM. Pelajar universiti lain cheq tak tau la.. Hihi.

Dengan bermula nya cuti ni, macam biasa lah.. Buku entah kemana, nota entah kemana.. Haishh.. Jangan la tiru perangai yang kurang baik ni ye, wahai teman-teman sekalian? Hmm.. cuti semester ni la yang paling ditunggu-tunggu ketika sem lepas (dek terlalu sibuk dengan tugasan, ujian, lab report dan sebagainya) sampai tak larat dah. Bila dah lepas semua, tu yang bersantai sakan tuh. Biasanya cuti semester ni, takde apa yang di dalam kotak fikiran aku ni selain daripada nak cari kerja, cari kerja, cari kerja. Bukan kerja tetap pun, kerja part time je pun.. Boleh la buat simpanan untuk backup kalau-kalau ada emergency nak pakai duit ke apa, kan.. Lagipun, kalo takde duit, susah lah nak belanja. Takkan nak depend pada mak ayah je. Terasa jugak dihati kecil, untuk ringankan beban mak ayah.

So, bagi aku, cuti semester ni bukan lah waktu nak bersenang-lenang je. Kalo tak, susah la jawabnya nanti. Sesuai dengan tajuk entry yang aku memandai-mandai tu, cuti semester ni bagi aku adalah cuti untuk cari kerja, cari duit. Yela, biasa la student. Tak boleh la nak bergantung harap pada PTPTN sangat. Sekarang ni semua mahal, barang keperluan dah mahal, makanan pun mahal. PTPTN sebagai the only financial source memang tak cukup la. Sebab tu la kena ada alternative financial source yang lain. Salah satunya dengan kerja! Eh? Dak aihhh.. Cheq tak marah, cheq cakap jaa..


Orang lain mungkin boleh bersama keluarga, memanfaatkan cuti dengan luangkan masa bersama keluarga masing-masing. Setelah beberapa bulan berjauhan, cuti semester lah masa yang tepat untuk family bonding, tak gitu?? While kita terpaksa kerja semata-mata nak support diri sendiri untuk semester yang akan datang. “Ni cheq nak habaq mai, hang tak penat ka kerja time cuti-cuti ni? Time blajaq pun kemain lagi tak tidoq malam, time cuti pun hang nak kerja?” Tuu diaa.. mai dah mami jarum dok menghasut tuh.. Jawapan dia senang je, tak payah la duk ikutkan orang, orang tu biarlah mereka. Mungkin mereka orang senang, berbeza dengan kita. Hmm.. Tak apalah, susah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian, ye dok? Huhu.. Okey lah, saje je nak membebel dalam blog ni sebenarnya, positive-kan diri sendiri.

Selalu jadi persoalan. Hmm.. Kerja lah, cari duit poket sikitt..

As usual, buku entah kemana, nota kemana.. 

Dah cutiiiiiii, yeaayyyy!


Okay lah, see you in next entry, adios..!

Tuesday, June 2, 2015

Entry 5/(2015): Holiday? Nak Ikut Gakk..!



Assalamualaikum people!

            Haaa.. Tak jawab salam berdosa kau! Haha.. Jawab dalam hati pun takpe, asalkan jawab.. Kan? Hehee.. Salam rindu, salam cayang, salam muah cikedd buat semua. Haha.. Maklumlah lama tak menulis. Geli–geleman tak? Haha ;p Anyway, minggu  ni banyak masa sikit nak menulis. Err.. Actually, tak banyak pun, yela.. Nama je cuti seminggu, tapi assignment, lab reports, presentation tetap je menimbun. Tak tau apa maknanya istilah cuti seminggu tu. Hahaha. Biasalah, hidup ‘student’ ni memang camni, bukan nak merungut, cuma nak berkongsi aje. So, chillax lah.. Hahaha..

By the way, cuti seminggu ni nampaknya dimanfaatkan sebetul–betulnya oleh kawan–kawan aku. Mana taknya, bahagia je aku tengok instagram, facebook mahupun twitter diorang ni meng-update moment–moment bahagia. Ada yang ke Indonesia lah, Krabi lah, Langkawi lah, Cameron lah,  dan banyak lagi lah. Eh? Tolong sikitt, takde makna nya nak jeless.. Huh! Emm, okay, jeles sikit laar. Haha. So far, aku takde lagi plan nak holiday ke, short gateway ke apa ke memana. Lagipun, keadaan aku jugak yang tak berapa nak mengizinkan. Hanya mampu melihat jela, kebahagiaan kawan–kawan dari jauh. Hmm..

Kalau ye pun nak berjalan, at least, poket kena la tebal kan? Kalau jalan–jalan tak beli apa–apa tak best gak kan? Alahh, bukan setakat nak shopping, nak makan pun pakai duit gak, kan? Ke kau nak makan meggi je sepanjang percutian kau tu? Memang tak la kann.. Other than that, assignment yang menimbun tadi pun, kalo takde inisiatif nak siapkan, memang tak sudah la jawabnya. So, nak tak nak kena postpone jela hasrat terpendam di hati nak bercuti, holiday bagai ke sana sini. Sabar ye duhai hati, pujuk diri sendiri supaya sabar. Sabar dengan apa yang kau lihat wahai diri. Kadang – kadang apa yang kau lihat tak semuanya mampu untuk kau capai. Mungkin belum sampai rezeki kau untuk itu. Sabar ya?

Teringin tu memang la teringin. Tapi apakan daya. Lain la kau ni jenis spesies bertuah, lahir-lahir je kat dunia, dah ada sudu perak dalam mulut kau. Ala-ala Richest Kids of Malaysia ke, spesies tinggal kat Beverly Hills ke ape ke.. Tu lain la.. Mintak je apa kau nak, kalau tak esok, minggu depan, kalau tak minggu depan, bulan depan dapat la tu. Bagi aku, hanya sekadar berangan jela. Bersyukur dengan apa yang ada, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki oleh Pencipta. Keep head up! Go princemcoha go! Hahaha. Motivasi diri sendiri. Anyway, bersyukur itu memang penting, mengingatkan kita, betapa bertuahnya kita, especially aku at least dapat gak makan, kan? Sedangkan ada je orang yang tak dapat makan. Hmm.. Baiklah princemocha, tahan lah nafsu bercuti kau tu. Belaja tu dulu. Nanti bila dah ada duit, pergi lah nak pergi memana pun.. Okay? J

So, sape-sape yang masih lagi takde kesempatan nak melancong tu, jom kita belaja dulu, create savings, bila dah too many to count, kita pergi sesama, kayy? Hehehe.. Adios!

princemocha,  1/6/2015 (4.44 a.m)




Teringin gak nak ke Eiffel Towel, Paris

Private jet lagi tuh.. 

Ni lagi kayo, dah takde binatang lain nak bela, sampai bela Singa.

Di sudut lain dunia, ada yang nak makan pun susah.. Sedih bila tengok.. 

Tidur bukannya tilam yang empuk, bilik yang berhawa dingin, cukup berbantal lengan, malah di tepi jalan.. Hmm.. :(

Monday, March 30, 2015

Entry 4/(2015) : Ahh...! Gak Bisa Tidur Sih!

Entry 4/2015: Gak Bisa Tidur Sih!

Assalamualaikum uolss..!

            Salam mesra, salam panas dan hangat luar biasa..! Moga kalian sihat-sihat semuanya ya? Waduh-waduh.. Kok bicaranya aku persis Indonesia? Ngapain ya? Hahaha.. Saja je gediks. Hoho. Haishh.. Dah masuk semester 3 dah aku ni. Kejap je. Terasa tua sikit disitu. Haha. Bayar yuran dah, daftar kolej dah, punggah barang pun dah. Semester baru, bilik baru, roommates baru, kawan baru. So, lets break the ice! Bak kata cik puan Britney Spears, “Let me break the ice, Allow me to get you right, But you warm up to me..” Ehh? Cam lain je maksud? Chooii! Abaikan jelah si Britney Senah tu yerr..

            Anyway, biasa ngak bila kat tempat baru ni, seperti biasa, malam pertama tu susah sikit nak tidur, mungkin rasa tak selamat, belum lagi mengadaptasi dengan tempat yang baru ni. Pendek kata gak bisa tidur, sih! Okeh, kejap. Definisi ‘Malam Pertama’: waktu malam pada hari yang pertama ye,anak-anak. Jangan kau kuningkan pemikiran kau itu bah..! Hahaha. So, mulalah tidur-tidur ayam, bergolek sana sini. Kengkawan pun baru nak kenal. Rasa percaya itu masih gak ada, masih dalam pembikinan. Makanya, tidur pun jadi gak aman, lorh! Haha. “Mana mungkin, selimut tetangga, hangati tubuhku dalam kedinginan.. Malam – malam panjang, setiap tidurku selalu kesepian..” Ececece.. Tetiba layan perasaan.


            Apepun, begitu lah aku setiap kali di tempat baru. Dah jadi tabiat. Tak lama lepas tu, tebiat. Haha. Tak pernah berubah sedari dulu. Kadang-kadang terfikir. Adakah semua itu akan hilang? Normal kah semua itu? Hmm.. Dah la.. Lain kali la pulak aku merapu. Hahaha. First time entry pendek. Biasanya, ada la panjang berjela 30 km bak perutusan ketika hari Guru gayanya. Hihi.



Shaitt! Can't Sleeppppp!


Gak bisa ah..! Pusing sana, pusing sini, gak bisa tidur..!


Krik.. Krik.. Krik..


video