Just A Melody..

Saturday, July 25, 2015

Entry 7 (2015): Syawal, Baju Raya dan dot dot dot



Assalamualaikum people!

            Selamat Hari Raya..! Salam Syawal buat semua..! Hashtag InikanRaya, Hashtag Kosong-Kosong.. Gittew.. Mengikut perkembangan tagline TV la sangat kann.. Hahaha.. Anyway, sempena bulan Syawal ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat teman-teman dan sape-sape yang kenal dengan aku, princemocha yang tak berapa nak meletopp ni haa.. Ampun salah dan silap ya, terngumpat sana, terkutuk sini, tercarut sinun, maklumlah kadang-kadang mulut ni puaka sikit.. Heee ;p

            Bercakap pasal raya ni, benda yang pertama dalam kepala aku ialah pasal baju raya. Haha.. Terawikh, sahur, niat puasa, tu mestilah terpikir jugak. Hihihi. Ni benda yang pertama terlintas di ruang minda ni haa.. Tema warna apa, nak cari kat mana, berapa harga, bajet berapa, semua lah.. Padahal puasa baru sehari, tapi macam-macam dah pikir. Hahaha. Lolz xp

            Tahun ni, puasa boleh dikatakan kelam-kabut lah sikit. Bukannya apa, baru mula puasa 2 hari, dah start final exams dah. Ditambah lagi minggu-minggu akhir yang sibuknya mengalahkan PM. Hishh.. tak tahulah nak cakap apa, lumrah pelajar la katakan. Tahun ni jugak, tak sempat pun nak berbuka bersama keluarga terchenta di Terengganu. T.T  Baru betul-betul jadi perantau nih. Haha. Jadi, dengan kesibukan menghadapi final exam yang datang bak ribut pasir di Gurun Sahara.

            Jadi, 4 hari sebelum raya barulah ada masa nak cari baju raya, baju yang vogue konon-kononnya Stailistika Hari Raya gituu. Baju Melayu tu dah ada, kira nak cari baju jalan jelah. T-shirt & jeans yang smart kasual, simple but nice, cantik mata memandang, famous and fabulous gituu. Haaa, mampu kau? Pusing punya pusing satu One Utama Shopping Mall yang besar gedabak tu, tak banyak choice yang ada bersesuaian dengan bajet peribadi. So, dah spoil dah mood kat situ. Then, decide nak cari kat Padini ajelah, yang mana stail t-shirt pun cantik-cantik.

            Disebabkan limit masa dan bajet yang ada (maklumlah, hujung semester), sempat la beli sehelai t-shirt dengan  dua jeans. Masa tu, dah takde mood dah, kecewalah katakan, apa yang dicari tak dapat.

            Menjelang dan tibanya Hari Raya tu, sanak saudara berkumpul, dari Penang sampai, dari Kuala Lumpur sampai, dari Kemaman sampai, suasana meriah tu memang wujud. Seronok luangkan masa bersama, berbuka puasa bersama, sahur bersama, beraya bersama, satu moment yang rasanya sangat indah. Lebih dari baju baru, jeans baru, selipar baru, lebih dari segala-galanya.

            Apa yang nak disampaikan disini, tak semestinya kena ada baju raya atau baju baru yang mahal harganya untuk meraikan Hari Raya. Hari Raya tu akan jadi lebih bermakna dan lebih indah (bak lagu Dato Siti Nurhaliza) kalau dirai bersama keluarga. Saya tak kata baju raya tu tak penting. Penting, tapi ikut kemampuan lah. Kalau takde masa atau tak sempat nak beli baju raya sekalipun, takkan  sampai tak nak beraya, kan? So, mula-mula memang aku rasa macam tak best raya tahun ni sebab tak sempat nak prepare. Tapi, it turn out differently. Raya tetap meriah, tetap meletopps kata kau! Tak pikir pun pasal baju baru ke tak ke. Baju lain yang elok pun masih boleh pakai untuk beraya.

            Pokoknya harus bersyukur dengan apa yang ada, dengan pemberian Allah walaupun sedikit. Sebab jauh disudut lain dunia, ada orang yang tak dapat apa yang kita dapat. Ada orang yang lagi susah daripada kita, usah nak pakai, nak makan pun susah. Sedikit sebanyak, aku sendiri terfikir, betapa tak bersyukurnya aku dengan nikmat yang ada. Ya Allah, mudah-mudahan diampunkan dosa oleh-Nya.


Sekian, entry refleksi diri kali ni.

First Raya with Familia

Berayalah kami

Sebahagian keluarga besar Che Yam

Siblings..

Aidilfitri 2015

No comments:

Post a Comment