Just A Melody..

Tuesday, June 2, 2015

Entry 5/(2015): Holiday? Nak Ikut Gakk..!



Assalamualaikum people!

            Haaa.. Tak jawab salam berdosa kau! Haha.. Jawab dalam hati pun takpe, asalkan jawab.. Kan? Hehee.. Salam rindu, salam cayang, salam muah cikedd buat semua. Haha.. Maklumlah lama tak menulis. Geli–geleman tak? Haha ;p Anyway, minggu  ni banyak masa sikit nak menulis. Err.. Actually, tak banyak pun, yela.. Nama je cuti seminggu, tapi assignment, lab reports, presentation tetap je menimbun. Tak tau apa maknanya istilah cuti seminggu tu. Hahaha. Biasalah, hidup ‘student’ ni memang camni, bukan nak merungut, cuma nak berkongsi aje. So, chillax lah.. Hahaha..

By the way, cuti seminggu ni nampaknya dimanfaatkan sebetul–betulnya oleh kawan–kawan aku. Mana taknya, bahagia je aku tengok instagram, facebook mahupun twitter diorang ni meng-update moment–moment bahagia. Ada yang ke Indonesia lah, Krabi lah, Langkawi lah, Cameron lah,  dan banyak lagi lah. Eh? Tolong sikitt, takde makna nya nak jeless.. Huh! Emm, okay, jeles sikit laar. Haha. So far, aku takde lagi plan nak holiday ke, short gateway ke apa ke memana. Lagipun, keadaan aku jugak yang tak berapa nak mengizinkan. Hanya mampu melihat jela, kebahagiaan kawan–kawan dari jauh. Hmm..

Kalau ye pun nak berjalan, at least, poket kena la tebal kan? Kalau jalan–jalan tak beli apa–apa tak best gak kan? Alahh, bukan setakat nak shopping, nak makan pun pakai duit gak, kan? Ke kau nak makan meggi je sepanjang percutian kau tu? Memang tak la kann.. Other than that, assignment yang menimbun tadi pun, kalo takde inisiatif nak siapkan, memang tak sudah la jawabnya. So, nak tak nak kena postpone jela hasrat terpendam di hati nak bercuti, holiday bagai ke sana sini. Sabar ye duhai hati, pujuk diri sendiri supaya sabar. Sabar dengan apa yang kau lihat wahai diri. Kadang – kadang apa yang kau lihat tak semuanya mampu untuk kau capai. Mungkin belum sampai rezeki kau untuk itu. Sabar ya?

Teringin tu memang la teringin. Tapi apakan daya. Lain la kau ni jenis spesies bertuah, lahir-lahir je kat dunia, dah ada sudu perak dalam mulut kau. Ala-ala Richest Kids of Malaysia ke, spesies tinggal kat Beverly Hills ke ape ke.. Tu lain la.. Mintak je apa kau nak, kalau tak esok, minggu depan, kalau tak minggu depan, bulan depan dapat la tu. Bagi aku, hanya sekadar berangan jela. Bersyukur dengan apa yang ada, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki oleh Pencipta. Keep head up! Go princemcoha go! Hahaha. Motivasi diri sendiri. Anyway, bersyukur itu memang penting, mengingatkan kita, betapa bertuahnya kita, especially aku at least dapat gak makan, kan? Sedangkan ada je orang yang tak dapat makan. Hmm.. Baiklah princemocha, tahan lah nafsu bercuti kau tu. Belaja tu dulu. Nanti bila dah ada duit, pergi lah nak pergi memana pun.. Okay? J

So, sape-sape yang masih lagi takde kesempatan nak melancong tu, jom kita belaja dulu, create savings, bila dah too many to count, kita pergi sesama, kayy? Hehehe.. Adios!

princemocha,  1/6/2015 (4.44 a.m)




Teringin gak nak ke Eiffel Towel, Paris

Private jet lagi tuh.. 

Ni lagi kayo, dah takde binatang lain nak bela, sampai bela Singa.

Di sudut lain dunia, ada yang nak makan pun susah.. Sedih bila tengok.. 

Tidur bukannya tilam yang empuk, bilik yang berhawa dingin, cukup berbantal lengan, malah di tepi jalan.. Hmm.. :(

No comments:

Post a Comment