Assalamualaikum..
Salam
hangat dan salam sayang (muah ciked) buat semua.. Hahaha.. Rasanya, masih tidak
terlalu lewat untuk masih bercerita tentang tahun 2014, meskipun 2015 telah pun
menerjah dengan pantasnya seperti jet pejuang Amerika Syarikat.. Haa, nampak?
Overnya hyperbola.. Hahaha.. Tapi yang pasti, pejam celik, pejam celik, dah
habis satu tahun, lengkap 365 hari. Bermanfaat atau tidak, produktif atau
tidak, itu semua atas diri masing-masing. Diri sendiri yang menilai.. Betul
tak? Bagi aku, tahun 2014 ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku, ada kalanya
berada jauh dibawah, ada juga tinggi bak di awan, susah senang, jatuh bangun,
canda, tangis, ketawa, duka (CTKD kauu).. mampuu? Haha.. Banyak perubahan,
kenangan, yang pastinya gelak tawa dan air mata sama banyak. Kadang-kadang
perit bila difikirkan kembali. Jadi, baik tak payah pikiaq, ye dop? Haha.. Tapi
kan, kata orang tak boleh la kita lupakan terus. “Siapa yang lupa akan sejarah,
pasti akan mengulanginya.” Kalo tak salah, dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5
ade kata-kata tu. Aku pun tak pasti. Untuk pastikan, sila lah selak buku-buku
sejarah adik-adik anda yer.. Kalo adik takde, pinjam jelah dengan jiran korang
ke, tanya la sekampung tu.. Haha
So,
this entry kinda like a story about what I’ve experienced last year, how I
endured difficulties and how I’m able to be at current state, right here, right
now. My first thought, 2014 wasn’t a
good year. Ketika itu, aku masih bertungkus-lumus, berhempas-pulas menghabiskan
sesuatu yang aku mulakan pada tahun 2010. Pengajian diploma yang masih lagi
belum tamat atas sebab yang tertentu. Most of my friends already started their
degree’s life while I’m still here. Kata orang lagi, mungkin ini adalah dugaan
buat kita dan siapa tahu ada hikmah disebaliknya. Kedengaran cliche kan? Tapi
benar, penat, lelah, pahit dan kelatnya meneruskan perjuangan ketika itu,
segalanya diserahkan kepada Yang Esa. Alhamdulillah, kesusahan itu diganti
dengan balasan yang tidak aku sangka sama sekali. Pengalaman melalui jalan itu
sememangnya pahit dan sakit. Bak berjalan di tanah berduri, tiada beralas.
My Birthday celebration by them |
The Bachelor's bonding.. hoho |
With Cik Yin & Pjiekun |
3 Anak dara Kelantan yang havoc.. ;) |
Pertengahan 2014 juga tidak kurang
hebat dramanya. Sikit lagi nak mencapai taraf sinetron Indonesia. Kelass kau
Jahh! Haha.. Mane la tau kot-kot ade penerbit, pengarah nak filemkan kisah
hidup aku. Tak pasal-pasal jadi retiss. Hehe.. Pada bulan Mei 2014, entah di
mana silapnya, aku menjadi mangsa kes samun di kawasan Tmn Tun Dr. Ismail,
Damansara. Entah apa yang ada pada aku yang mebuatkan si penyamun ‘brengset’ itu
menjadikan aku sasaran. Phone, wallet, kad pengenalan, kad bank, semua lesap
bersama beg galas pada hari itu. Terkejut. Trauma. Cedera. Lebih drama lagi,
kejadian tersebut berlaku pada hari pertama aku mula bekerja as part timer
untuk mengumpul duit. Haihh.. Sekarang, boleh la bercerita sambil ketawa
mengenai kejadian tu, kalau dulu.. Phobia nak jalan kaki sensorang, nak cerita
kat orang pun beremosi. “Ni bala ni, bala..” Dah macam citer kak Limah dah ghopernyer..
Menjelang pertengahan Oktober 2014,
sekali lagi tragedi menimpa. Tragedi Oktober. Sebulan setelah mendaftarkan diri
sebagai pelajar ijazah, dompet pulak dicuri. Yang tak boleh blah, dompet dicuri
kat dalam surau. Aku ulang sekali lagi, Surau. Seriously, aku tak tahu nak
cakap apa. Lepas solat, terus mencuri. Haram jadah punya manusia. Dah la
pelajar, mentaliti masih lagi dikepala lutut. Tak tahu nak cakap ape dah.
Harap-harap si pelaku tu terima lah balasannya nanti. Laporan dah dibuat,
tindakan susulan dah diambil. Hukuman dunia mungkin boleh lepas, tetapi hukuman
Akhirat belum tentu boleh lepas. Fikir-fikirkanlah wahai manusia berkenaan.
Agak sedih jugak dengan apa yang menimpa. Mana tak nya, kerugian besar kali
kedua dalam tempoh setahun. Hmm..
Akhirnya, hati sedikit terubat
dipenghujung 2014. Berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UiTM ke-82 yg mana
menandakan tamatnya pengajian peringkat diploma menjadi penutup tirai tahun
sedih aku. Segulung diploma dapat dihadiahkan pada mak dan ayah. Betapa berliku
jalan yang dilalui untuk sampai ke tahap ini. Jelas kelihatan wajah gembira mak
dan ayah pada hari tu. Aku gembira. Aku bangga. Sememangnya ini yang aku
mahukan, ini yang aku nantikan sejak awal bergelar pelajar diploma dahulu.
Hmm.. Seems like my terible year finally give me a good ending. A happy ending
for my 2014 story. Pengalaman. Memang perit dan tak mudah melaluinya, tapi semua
itu la yang membuatkan hati semakin kebal, kurangnya kebergantungan kepada
orang, membina keyakinan dan merapatkan diri kepada Pencipta. Ni tahun 2015 ni
entah macam mana la pulak. Mohon kengkawan, teman-teman semua doa-doakanlah
yang terbaik buat aku ye? Mudah-mudahan tahun ni bakal menjadi lebih baik
daripada sebelumnya. Semestinya buat kalian juga.. Emm, okay lah. Dah banyak
membebel. Nanti update citer lain pulak. Hehe..
Sekian, salam sayang daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Eh?
Hahaha..
Encik Coffee
UiTM Kampus Dungun, Terengganu |
Pre-Convo di Dewan Agung Tuanku Canselor |
Flowers.. Hmm.. I like flowers.. Hehehe |
No comments:
Post a Comment