Assalamualaikum..
Apa habaq
comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem sekalian? Moga-moga dalam keadaan
baik selalu hendaknya. Entry kali ni adalah yang ketiga untuk tahun ni. Haa, maklumlah,
bila dah kebosanan dek ketandusan idea dan aktiviti untuk dilakukan sepanjang
cuti semester ni, mulalah datang inspirasi untuk meng-update blog burok hamba
ni.. Ecece.. Kemain banyak bunga bahasa. Cintai bahasa kita. Bhahaha..
Okay, back
to the topic, entry kali ni nak citer pasal pengalaman. Pernah berdepan dengan
orang yang mengalaminya dan pernah menghadapi sendiri. Hohoho. Pernah dengar
tak bila korang tido dimalam yang hening, sunyi, indah dan hampir-hampir dibuai
mimpi lena, tiba-tiba terganggu atau lebih tepat diganggu dengan bunyi-bunyian
yang dihasilkan oleh rakan sebelah ataupun manusia yang hampir dengan anda
ketika itu? Hahaha. Bunyi-bunyian yang konon-kononnya nak masuk bertanding
Anugerah Juara Lagu 2015, tapi malangnya tak cukup sifat dari setiap aspek.
Woahaha..
Bunyi-bunyian
yang dimaksudkan adalah tabiat mengetam atau mengetap gigi ketika tidur. Even
aku pun pernah mengalami atau menghidapi tabiat ni. Tak tahulah sama ada tabiat
ni diwarisi daripada genetik ataupun tabiat yang normal apabila seseorang berada
dalam keadaan terlalu letih dan penat ketika tidur. Apa pun, bunyi yang
menakutkan ni dipanggil ‘bruxism’ dalam istilah perubatan dan ia dihasilkan
melalui perbuatan mengisar gigi antara gigi-gigi di rahang atas dan bawah sama
ada tanpa anda sedari atau sememangnya disengajakan. Bagi aku pula, aku tidak
pernah tahu aku menggesel atau mengetap gigi ketika tidur sehinggalah
roommate aku yang bagitahu. Hahaha.. *Maaflah yep kalau aku menganggu korang..!
Aku mengaku aku pernah mengetap gigi, tapi yang pasti, bukan selalu, okayy..! So,
jangan komer memandai-mandai yaai.. Hahaha..
Ape pun,
berdasarkan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, punca-punca atau dalam
erti kata lain, penyebab kepada tabiat mengetap gigi ni ialah:
- Stress atau tekanan yang dihadapi setiap hari
- Susunan gigi yang tidak betul
- Posisi badan yang tidak betul
- Perubahan hormon
- Perubahan gigitan yang berlaku mungkin disebabkan trauma atau rawatan gigi
- Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
Manakala antara tanda dan kesan yang
mungkin didapati pada seseorang ialah:
·
Permukaan
gigi haus
·
Gigi
atau tampalan patah
·
Sakit
kepala
·
Sakit
dibahagian sendi rahang
·
Gigi
terasa ngilu dan sakit
·
Sakit
telinga
·
Sakit
pada otot muka
·
Sukar
untuk tidur
Apa yang anda boleh buat? Untuk
mengelak atau mengurangkan tabiat ini, antara cara yang boleh korang semua buat
selain daripada mengunyah kapas atau tidur dengan mulut ternganga luas bak
badak air ialah:
- · Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang
- · Belajar untuk menangani stress
- · Kurangkan pengambilan alkohol (bagi yang bukan Muslim)
- · Dapatkan nasihat doktor pergigian
Amboihh.. dah macam doktor lagaknya
ye? Hahaha.. Sekadar untuk share bersama. Sharing is caring, right? Hehee..
Untuk maklumat lanjut, sedara sedari boleh la melawat laman web Kementerian
Kesihatan Malaysia: Tabiat Mengetam Gigi ni.
Banyak pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang ada
kat situ, boleh refer, boleh research, pendek kata semua boleh lah. Saya boleh,
anda boleh, Malaysia boleh! Tak gitu? Hehe. Pastu, kalau rajin, kalian jugak
boleh baca permasalahan yang berkaitan gigi ni kat blog Gigi Warisan Kita yg
ditulis oleh seorang pegawai pergigian yang berpengalaman luas. Bak kata gadis
penghias majalah: Fazura, “Barulah gigi anda putih berseri..!”
Sekian, Anneyeong!
Encik Coffee
Hihiks. Alhamdulillah xpernah lg alami benda ni tp pernah dengarlah one of my roommate yg ketap gigi tu.
ReplyDeleteNice info Afieq. Tambah ilmu Tiey hari ni. hehe
p/s: Dah reply psal luggage yg afieq tanya tu :D
Hahaha.. kan.. Afiq pun baru tahu ketam gigi ni bahaya sebenarnya, long term effect ;) Afiq ni baru nk blajar jadi blogger bagus macam tiey.. hehe
Deletep/s: btw, thank you reply pasal luggage.. hihi