Just A Melody..

Sunday, February 8, 2015

Entry 3/2015: Kenali 'Bruxism': Tabiat Ketap Gigi

Assalamualaikum..

            Apa habaq comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem sekalian? Moga-moga dalam keadaan baik selalu hendaknya. Entry kali ni adalah yang ketiga untuk tahun ni. Haa, maklumlah, bila dah kebosanan dek ketandusan idea dan aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti semester ni, mulalah datang inspirasi untuk meng-update blog burok hamba ni.. Ecece.. Kemain banyak bunga bahasa. Cintai bahasa kita. Bhahaha..

            Okay, back to the topic, entry kali ni nak citer pasal pengalaman. Pernah berdepan dengan orang yang mengalaminya dan pernah menghadapi sendiri. Hohoho. Pernah dengar tak bila korang tido dimalam yang hening, sunyi, indah dan hampir-hampir dibuai mimpi lena, tiba-tiba terganggu atau lebih tepat diganggu dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh rakan sebelah ataupun manusia yang hampir dengan anda ketika itu? Hahaha. Bunyi-bunyian yang konon-kononnya nak masuk bertanding Anugerah Juara Lagu 2015, tapi malangnya tak cukup sifat dari setiap aspek. Woahaha..

            Bunyi-bunyian yang dimaksudkan adalah tabiat mengetam atau mengetap gigi ketika tidur. Even aku pun pernah mengalami atau menghidapi tabiat ni. Tak tahulah sama ada tabiat ni diwarisi daripada genetik ataupun tabiat yang normal apabila seseorang berada dalam keadaan terlalu letih dan penat ketika tidur. Apa pun, bunyi yang menakutkan ni dipanggil ‘bruxism’ dalam istilah perubatan dan ia dihasilkan melalui perbuatan mengisar gigi antara gigi-gigi di rahang atas dan bawah sama ada tanpa anda sedari atau sememangnya disengajakan. Bagi aku pula, aku tidak pernah tahu aku menggesel atau mengetap gigi ketika tidur sehinggalah roommate aku yang bagitahu. Hahaha.. *Maaflah yep kalau aku menganggu korang..! Aku mengaku aku pernah mengetap gigi, tapi yang pasti, bukan selalu, okayy..! So, jangan komer memandai-mandai yaai.. Hahaha..

            Ape pun, berdasarkan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, punca-punca atau dalam erti kata lain, penyebab kepada tabiat mengetap gigi ni ialah:
  •         Stress atau tekanan yang dihadapi setiap hari
  •          Susunan gigi yang tidak betul
  •          Posisi badan yang tidak betul
  •          Perubahan hormon
  •          Perubahan gigitan yang berlaku mungkin disebabkan trauma atau rawatan gigi
  •          Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy


Manakala antara tanda dan kesan yang mungkin didapati pada seseorang ialah:

·         Permukaan gigi haus
·         Gigi atau tampalan patah
·         Sakit kepala
·         Sakit dibahagian sendi rahang
·         Gigi terasa ngilu dan sakit
·         Sakit telinga
·         Sakit pada otot muka
·         Sukar untuk tidur

Apa yang anda boleh buat? Untuk mengelak atau mengurangkan tabiat ini, antara cara yang boleh korang semua buat selain daripada mengunyah kapas atau tidur dengan mulut ternganga luas bak badak air ialah:

  • ·      Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang
  • ·      Belajar untuk menangani stress
  • ·      Kurangkan pengambilan alkohol (bagi yang bukan Muslim)
  • ·      Dapatkan nasihat doktor pergigian


Amboihh.. dah macam doktor lagaknya ye? Hahaha.. Sekadar untuk share bersama. Sharing is caring, right? Hehee.. Untuk maklumat lanjut, sedara sedari boleh la melawat laman web Kementerian Kesihatan Malaysia: Tabiat Mengetam Gigi ni. 





Banyak pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang ada kat situ, boleh refer, boleh research, pendek kata semua boleh lah. Saya boleh, anda boleh, Malaysia boleh! Tak gitu? Hehe. Pastu, kalau rajin, kalian jugak boleh baca permasalahan yang berkaitan gigi ni kat blog Gigi Warisan Kita yg ditulis oleh seorang pegawai pergigian yang berpengalaman luas. Bak kata gadis penghias majalah: Fazura, “Barulah gigi anda putih berseri..!”

Sekian, Anneyeong!

Encik Coffee







2 comments:

  1. Hihiks. Alhamdulillah xpernah lg alami benda ni tp pernah dengarlah one of my roommate yg ketap gigi tu.
    Nice info Afieq. Tambah ilmu Tiey hari ni. hehe

    p/s: Dah reply psal luggage yg afieq tanya tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan.. Afiq pun baru tahu ketam gigi ni bahaya sebenarnya, long term effect ;) Afiq ni baru nk blajar jadi blogger bagus macam tiey.. hehe

      p/s: btw, thank you reply pasal luggage.. hihi

      Delete