Just A Melody..

Wednesday, November 28, 2012

Tragedi Oktober: Its Just A Beginning..

Assalamualaikum..

            Hai.. Sekali lagi jari jemari gue berlumba-lumba utk menaip.. utk luahkan.. utk ceritakan.. apa yg ada dlm kad memori di kepala. Ianya bagai satu lagi episod yg perlu aku lalui dlm drama kehidupan. Suasana agak sayu pada ketika itu (18 & 19 Oktober 2012). Pada saat rakan-rakan  'bebas' daripada dijajah peperiksaan, aku masih lagi bergelut. Tatkala ada yg gembira memulakan cuti, aku masih disini menanti.. dgn penuh debaran, mungkin.. rumah sewa nie dah mula terasa sepi, kosong, luas sedangkan tak pernah terasa begitu pun sebelum ini. Mungkin disebabkan ketiadaan housemate yg selalunya gegak gempita dgn senda gurau. Selama mereka belum pulang, terasa juga menjengkelkan disaat mereka bergurau satu sama lain. Bila dah tak ada, terasa sunyi pula. Mungkin ini lah yg org kata, bila didepan mata, tak hargai.. bila tiada, tercari cari.. Tambah sedih lagi, bila roomate aku Kim Jong Kook a.k.a Pijie mahu berangkat pulang, meninggalkan aku bersama Faez, Iwan & Ayin yg sekali sekala datang melawat. Aku faham sih, malah sudah dijelaskan sebab dan musabab mengapa dia perlu pulang dahulu. Sebelum pulang, Pijie nie telah pun menemani aku selama beberapa hari. Itu pun sudah memadai. Terima kasih, sahabat..!!  ^^

18 Oktober 2012
        Pada tarikh ni, Iwan pulak yg akan pulang.. Haiii... sedihh betul.. Huu.. Terasa luas giler la pulak umah, umpama banglo yg berbillion-billion ringgit harganya. Mana tak nya, cuma ada aku & Faez je. Meriah bukan? Huu.. Aku perlu study utk subjek yg masih lagi membelenggu aku iaitu MAT 183. Haisshhh.. Sedikit sebanyak tergugat jugak mood aku tambah pula bila berada dlm situasi begini. Dipandang nya buku dan soalan-soalan yg mahu dibuat, terbayang pula rumah yg seakan akan memanggil pulang. Nie la kesan nya bila paper bertarikh last dlm jadual peperiksaan. Menyedihkan! Betapa sukarnya berada di sini, di saat ini =,=". Kemudian, Ayin datang bermalam dirumah ni bagi menemani aku & membantu aku mengulang kaji. Woaaa.. terharuuu nihhhh... sangat terharu.. Nak tak nak, aku harus study utk paper yg last nie..

19 Oktober 2012
    Hari yg ditunggu tiba. Aku bangun bersiap sedia utk ke dewan peperiksaan agak awal sedikit. Ketika bersiap, sempat lagi mengamati suasana rumah yg aku diami nie. Lengang! Sungguh sepi. Langsung aku lontar pula pandangan ke luar tingkap. Kelihatan tanah mula basah.. Alamakkk!! Hujan! Dalam 7 hari dlm seminggu, hari nie dipilih utk hujan di pagi hari ni. Menambahkan lagi kegusaran hati aku. Untung ada Ayin. Kebetulan Ayin juga ingin pulang ke rumah awal pada hari itu. Dikejutnya Ayin bagi meminta utk menghantar aku ke kampus sebelum dia pulang ke rumah. Ayin bersetuju. Great! Setelah sampai dipintu pagar kampus, kami berpisah disitu dan meneruskan agenda masing-masing. Ayin bergerak pulang. Hurmm.. Satu lagi hari yg aku perlu tempuhi dimana satu persatu teman aku pulang. *sigh.. Aigoo..

     Kesimpulannya, aku tahu.. cukup tahu dan pasti yg ini semua hanyalah permulaan. Permulaan bagi satu lagi episod dlm drama kehidupan aku dimana aku disini tanpa rakan-rakan rapat aku yg bergelar sahabat. Ini bukan lagi satu ramalan, tetapi sesuatu yg sudah pasti kebenarannya. Hidup aku perlu diteruskan, pengajian mesti diteruskan walaupun mereka tidak lagi disisi aku, menyokong dan memberi semangat pada aku nanti. Satu semester berbaki bersama mereka akan aku hargai kerana bagi aku, kawan senang dicari, tapi yg benar-benar memahami & ada 'chemistry' sukar utk ditemui.. As I said before, this is just the beginning, there  still a long journey for me to go through. To Pijie, Ayin, Faez, & Iwan, thanks for accompany me for my last paper.. =) Kumawo.. Chincha- chincha kumawo..

For you guys:
~ Ketawa bersama, menangis pun bersama..
   Ku berharap agar kita masih tetap bersama..

   Rasa hati ini, telah lama aku pendamkan,
   Tiba masanya segala-galanya aku ceritakan..
   Engkau kan pergi.. pergi mu tak akan kembali..
   Tiba masanya kau cari teman pengganti.. ~




No comments:

Post a Comment