Just A Melody..

Friday, November 30, 2012

Mengapa bah ku berubah??

Assalamualaikum...

             What's up peeps? Shahhh Alammmm... peace yoo! (ala-ala Dato' AC Mizal kat Maharaja Lawak Mega). Haaa... Gituu.. Kau ado?? Hurm.. Tinggal sehari dua lagi utk aku mengubati kesedihan, membuang yg keruh, mengambil yg jernih. (stail karang berperibahasa ;p) . Tanggal 2 Disember 2012, bermulah lah semester baru, semester 6 UiTM Kuala Terengganu. Semester baru, niat baru, impian baru, dapat kawan baru, cita-cita baru dan aku pun baru. Aku ingin berubah.. (dgn seriusnya) Berubah ke arah lebih baik. Mungkin disebabkan dek tekanan 'jiwa' yg aku alami, yg mana memaksa aku utk tinggalkan rumah (oppss, bukan lari dari rumah, yer) dan berehat di kediaman mak sedara kesayangan di Bandar Utama, Damansara. (Haha, mcm artiss pulakk siap ade rumah utk berehat). Makcik aku yg selalu menyayangi, memahami, dia dialah selalu tempat aku berkongsi rasa, cerita dan masalah. Hati dan minda sedikit tenang apabila mendengar nasihat dan dorongan daripada makcik kesayangan aku sedari kecil ini. Ditambah pula dgn sahabat seperti Pijie, Eda Adnan, Misz Lynna, Mimie Mohd, Firdaus Mamat & Iwan yg menghantar mesej nasihat dan membantu mententeramkan jiwa ini, sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan yg tak menentu ini.

           Bukannya aku tidak pernah 'jatuh' sebelum ini, tetapi aku memang seorang yg sangat 'butuh' pada sokongan. Jikalau tidak, memang gila lah aku agaknya. Huhuu.. Mesej-mesej nasihat & dorongan yg aku terima, aku simpan rapi utk dibaca berulang kali tika virus 'semangat luntur' kembali menyerang. Sebagai satu inisiatif lain selain daripada solat hajat & berdoa memohon dilapangkan dada, ditenangkan jiwa & ditabahkan hati utk aku tempuhi hari-hari yg belum lagi pasti. Semoga doaku didengar & dikabulkan oleh Allah S.W.T. Aminnn...

         'Bertapa' di rumah makcik kesayangan di Taman Tun Dr. Ismail nie boleh dikatakan banyak membantu aku mengatasi kemurungan, kekecewaan, kesedihan & pelbagai 'ke' lagi yg bermain-main dlm kepala otak aku nim.. Kat sini, aku menyibukkan diri aku yg tak seberapa busy nim dgn melayan karenah si Zakwan Amir Azali, sepupu kecil yg super-lincah yg berusia 3 tahun lebih (mungkin). Besides, aku juga membantu makcik aku menyiapkan kerjanya yg ada kat umah tu. (biase la, anak sedara yg baik, kann) Hahaha. Di kala bosan, aku panjangkan langkah, berjalan ala model fesyen dgn macho nya ke One Utama yg tak jauh dari rumah. Itu pun satu faktor yg menyebabkan aku suka tinggan kat umah makcik aku. Ya, One Utama tu la, shopping mall yg ke-4 terbesar di dunia..! haa.. terkejut tak? kih3 :p Itulah aku, sedikit sebanyak lupa akan 'sedih' dalam diri disamping dapat  cuci-cuci mata melihat trend fesyen terkini. (bukan cuci mata yg bukan2, ek..) Ha ha ha ha..

         Memandangkan cuti yg dinikmati kian sampai ke pnghujung, maka akan bermula lah catu pertempuran baru. Pertempuran yg mana aku perlu memenanginya walau apa jua cara. So, ape kena mengena citer nie ngn tajuk?? Hee heee.. Maka, anak sedare Pak Jabit nie nak bagi tau komer, sebenor - benor nye, takde kene mengena punn... Cuma den yg ingin berubah, nak berubah jadi lebih baik, nak jadi muslim yg bagus, nak jadi kawan yg baik,nak jadi lebih kuat, super nice, superman, super junior (eh silapp), nak jadi pelajar yg cemerlang.. ^^ jadi, Insan yg cemerlang, adalah insan yg... (alamakk lupa dialog Dato' Dr. Fadzilah Kamsah) keh3.. Selepas agak down dgn diri sendiri sket, I wish I wan to be a new person, bebas drpd 'drama-drama'. Sedeeyhhh.... Semoga aku menjadi insan yg lebih baik, lebih tabah, dan lebih berusaha pd masa akan datang. Semoga juga kalian doakanlah buat aku yerr.. mudah mudahan doa aku diterima ..
Aminnnn....


Ni la dia Zakwan Amir Azali.. ^^

Zakwan Amir with me ;p

This mak sedare kesayangan aku.. ^^

No comments:

Post a Comment