Just A Melody..

Saturday, July 25, 2015

Entry 7 (2015): Syawal, Baju Raya dan dot dot dot



Assalamualaikum people!

            Selamat Hari Raya..! Salam Syawal buat semua..! Hashtag InikanRaya, Hashtag Kosong-Kosong.. Gittew.. Mengikut perkembangan tagline TV la sangat kann.. Hahaha.. Anyway, sempena bulan Syawal ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat teman-teman dan sape-sape yang kenal dengan aku, princemocha yang tak berapa nak meletopp ni haa.. Ampun salah dan silap ya, terngumpat sana, terkutuk sini, tercarut sinun, maklumlah kadang-kadang mulut ni puaka sikit.. Heee ;p

            Bercakap pasal raya ni, benda yang pertama dalam kepala aku ialah pasal baju raya. Haha.. Terawikh, sahur, niat puasa, tu mestilah terpikir jugak. Hihihi. Ni benda yang pertama terlintas di ruang minda ni haa.. Tema warna apa, nak cari kat mana, berapa harga, bajet berapa, semua lah.. Padahal puasa baru sehari, tapi macam-macam dah pikir. Hahaha. Lolz xp

            Tahun ni, puasa boleh dikatakan kelam-kabut lah sikit. Bukannya apa, baru mula puasa 2 hari, dah start final exams dah. Ditambah lagi minggu-minggu akhir yang sibuknya mengalahkan PM. Hishh.. tak tahulah nak cakap apa, lumrah pelajar la katakan. Tahun ni jugak, tak sempat pun nak berbuka bersama keluarga terchenta di Terengganu. T.T  Baru betul-betul jadi perantau nih. Haha. Jadi, dengan kesibukan menghadapi final exam yang datang bak ribut pasir di Gurun Sahara.

            Jadi, 4 hari sebelum raya barulah ada masa nak cari baju raya, baju yang vogue konon-kononnya Stailistika Hari Raya gituu. Baju Melayu tu dah ada, kira nak cari baju jalan jelah. T-shirt & jeans yang smart kasual, simple but nice, cantik mata memandang, famous and fabulous gituu. Haaa, mampu kau? Pusing punya pusing satu One Utama Shopping Mall yang besar gedabak tu, tak banyak choice yang ada bersesuaian dengan bajet peribadi. So, dah spoil dah mood kat situ. Then, decide nak cari kat Padini ajelah, yang mana stail t-shirt pun cantik-cantik.

            Disebabkan limit masa dan bajet yang ada (maklumlah, hujung semester), sempat la beli sehelai t-shirt dengan  dua jeans. Masa tu, dah takde mood dah, kecewalah katakan, apa yang dicari tak dapat.

            Menjelang dan tibanya Hari Raya tu, sanak saudara berkumpul, dari Penang sampai, dari Kuala Lumpur sampai, dari Kemaman sampai, suasana meriah tu memang wujud. Seronok luangkan masa bersama, berbuka puasa bersama, sahur bersama, beraya bersama, satu moment yang rasanya sangat indah. Lebih dari baju baru, jeans baru, selipar baru, lebih dari segala-galanya.

            Apa yang nak disampaikan disini, tak semestinya kena ada baju raya atau baju baru yang mahal harganya untuk meraikan Hari Raya. Hari Raya tu akan jadi lebih bermakna dan lebih indah (bak lagu Dato Siti Nurhaliza) kalau dirai bersama keluarga. Saya tak kata baju raya tu tak penting. Penting, tapi ikut kemampuan lah. Kalau takde masa atau tak sempat nak beli baju raya sekalipun, takkan  sampai tak nak beraya, kan? So, mula-mula memang aku rasa macam tak best raya tahun ni sebab tak sempat nak prepare. Tapi, it turn out differently. Raya tetap meriah, tetap meletopps kata kau! Tak pikir pun pasal baju baru ke tak ke. Baju lain yang elok pun masih boleh pakai untuk beraya.

            Pokoknya harus bersyukur dengan apa yang ada, dengan pemberian Allah walaupun sedikit. Sebab jauh disudut lain dunia, ada orang yang tak dapat apa yang kita dapat. Ada orang yang lagi susah daripada kita, usah nak pakai, nak makan pun susah. Sedikit sebanyak, aku sendiri terfikir, betapa tak bersyukurnya aku dengan nikmat yang ada. Ya Allah, mudah-mudahan diampunkan dosa oleh-Nya.


Sekian, entry refleksi diri kali ni.

First Raya with Familia

Berayalah kami

Sebahagian keluarga besar Che Yam

Siblings..

Aidilfitri 2015

Friday, July 24, 2015

Entry 6 (2015): C.U.T.I (Cuti Untuk Topup Income).


Assalamualaikum people!

Hai hai hai comel–comel dan cantik–cantik sekelian alam.. Sihat? Moga sihat–sihat la semua hendaknya ya.. (perasan ramai follower). Haha.. Cheq tau blog burok cheq ni takde la follower sampai beribu-ribu, ye dok? Cheq ni bukannya nye pandai ber-blog pun.. Cool-blog tau la.. Hahaha. Anyway, pejam celik pejam celik, dah nak abes bulan Julai dah.. Kejap je rasanya berlalu.. Dah nak sampai kemuncak tahun 2015 dah. Ape pun, cuti semester dah bermula dah bagi pelajar ijazah sarjana muda UiTM. Pelajar universiti lain cheq tak tau la.. Hihi.

Dengan bermula nya cuti ni, macam biasa lah.. Buku entah kemana, nota entah kemana.. Haishh.. Jangan la tiru perangai yang kurang baik ni ye, wahai teman-teman sekalian? Hmm.. cuti semester ni la yang paling ditunggu-tunggu ketika sem lepas (dek terlalu sibuk dengan tugasan, ujian, lab report dan sebagainya) sampai tak larat dah. Bila dah lepas semua, tu yang bersantai sakan tuh. Biasanya cuti semester ni, takde apa yang di dalam kotak fikiran aku ni selain daripada nak cari kerja, cari kerja, cari kerja. Bukan kerja tetap pun, kerja part time je pun.. Boleh la buat simpanan untuk backup kalau-kalau ada emergency nak pakai duit ke apa, kan.. Lagipun, kalo takde duit, susah lah nak belanja. Takkan nak depend pada mak ayah je. Terasa jugak dihati kecil, untuk ringankan beban mak ayah.

So, bagi aku, cuti semester ni bukan lah waktu nak bersenang-lenang je. Kalo tak, susah la jawabnya nanti. Sesuai dengan tajuk entry yang aku memandai-mandai tu, cuti semester ni bagi aku adalah cuti untuk cari kerja, cari duit. Yela, biasa la student. Tak boleh la nak bergantung harap pada PTPTN sangat. Sekarang ni semua mahal, barang keperluan dah mahal, makanan pun mahal. PTPTN sebagai the only financial source memang tak cukup la. Sebab tu la kena ada alternative financial source yang lain. Salah satunya dengan kerja! Eh? Dak aihhh.. Cheq tak marah, cheq cakap jaa..


Orang lain mungkin boleh bersama keluarga, memanfaatkan cuti dengan luangkan masa bersama keluarga masing-masing. Setelah beberapa bulan berjauhan, cuti semester lah masa yang tepat untuk family bonding, tak gitu?? While kita terpaksa kerja semata-mata nak support diri sendiri untuk semester yang akan datang. “Ni cheq nak habaq mai, hang tak penat ka kerja time cuti-cuti ni? Time blajaq pun kemain lagi tak tidoq malam, time cuti pun hang nak kerja?” Tuu diaa.. mai dah mami jarum dok menghasut tuh.. Jawapan dia senang je, tak payah la duk ikutkan orang, orang tu biarlah mereka. Mungkin mereka orang senang, berbeza dengan kita. Hmm.. Tak apalah, susah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian, ye dok? Huhu.. Okey lah, saje je nak membebel dalam blog ni sebenarnya, positive-kan diri sendiri.

Selalu jadi persoalan. Hmm.. Kerja lah, cari duit poket sikitt..

As usual, buku entah kemana, nota kemana.. 

Dah cutiiiiiii, yeaayyyy!


Okay lah, see you in next entry, adios..!