Just A Melody..

Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

Entry 7 (2015): Syawal, Baju Raya dan dot dot dot



Assalamualaikum people!

            Selamat Hari Raya..! Salam Syawal buat semua..! Hashtag InikanRaya, Hashtag Kosong-Kosong.. Gittew.. Mengikut perkembangan tagline TV la sangat kann.. Hahaha.. Anyway, sempena bulan Syawal ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat teman-teman dan sape-sape yang kenal dengan aku, princemocha yang tak berapa nak meletopp ni haa.. Ampun salah dan silap ya, terngumpat sana, terkutuk sini, tercarut sinun, maklumlah kadang-kadang mulut ni puaka sikit.. Heee ;p

            Bercakap pasal raya ni, benda yang pertama dalam kepala aku ialah pasal baju raya. Haha.. Terawikh, sahur, niat puasa, tu mestilah terpikir jugak. Hihihi. Ni benda yang pertama terlintas di ruang minda ni haa.. Tema warna apa, nak cari kat mana, berapa harga, bajet berapa, semua lah.. Padahal puasa baru sehari, tapi macam-macam dah pikir. Hahaha. Lolz xp

            Tahun ni, puasa boleh dikatakan kelam-kabut lah sikit. Bukannya apa, baru mula puasa 2 hari, dah start final exams dah. Ditambah lagi minggu-minggu akhir yang sibuknya mengalahkan PM. Hishh.. tak tahulah nak cakap apa, lumrah pelajar la katakan. Tahun ni jugak, tak sempat pun nak berbuka bersama keluarga terchenta di Terengganu. T.T  Baru betul-betul jadi perantau nih. Haha. Jadi, dengan kesibukan menghadapi final exam yang datang bak ribut pasir di Gurun Sahara.

            Jadi, 4 hari sebelum raya barulah ada masa nak cari baju raya, baju yang vogue konon-kononnya Stailistika Hari Raya gituu. Baju Melayu tu dah ada, kira nak cari baju jalan jelah. T-shirt & jeans yang smart kasual, simple but nice, cantik mata memandang, famous and fabulous gituu. Haaa, mampu kau? Pusing punya pusing satu One Utama Shopping Mall yang besar gedabak tu, tak banyak choice yang ada bersesuaian dengan bajet peribadi. So, dah spoil dah mood kat situ. Then, decide nak cari kat Padini ajelah, yang mana stail t-shirt pun cantik-cantik.

            Disebabkan limit masa dan bajet yang ada (maklumlah, hujung semester), sempat la beli sehelai t-shirt dengan  dua jeans. Masa tu, dah takde mood dah, kecewalah katakan, apa yang dicari tak dapat.

            Menjelang dan tibanya Hari Raya tu, sanak saudara berkumpul, dari Penang sampai, dari Kuala Lumpur sampai, dari Kemaman sampai, suasana meriah tu memang wujud. Seronok luangkan masa bersama, berbuka puasa bersama, sahur bersama, beraya bersama, satu moment yang rasanya sangat indah. Lebih dari baju baru, jeans baru, selipar baru, lebih dari segala-galanya.

            Apa yang nak disampaikan disini, tak semestinya kena ada baju raya atau baju baru yang mahal harganya untuk meraikan Hari Raya. Hari Raya tu akan jadi lebih bermakna dan lebih indah (bak lagu Dato Siti Nurhaliza) kalau dirai bersama keluarga. Saya tak kata baju raya tu tak penting. Penting, tapi ikut kemampuan lah. Kalau takde masa atau tak sempat nak beli baju raya sekalipun, takkan  sampai tak nak beraya, kan? So, mula-mula memang aku rasa macam tak best raya tahun ni sebab tak sempat nak prepare. Tapi, it turn out differently. Raya tetap meriah, tetap meletopps kata kau! Tak pikir pun pasal baju baru ke tak ke. Baju lain yang elok pun masih boleh pakai untuk beraya.

            Pokoknya harus bersyukur dengan apa yang ada, dengan pemberian Allah walaupun sedikit. Sebab jauh disudut lain dunia, ada orang yang tak dapat apa yang kita dapat. Ada orang yang lagi susah daripada kita, usah nak pakai, nak makan pun susah. Sedikit sebanyak, aku sendiri terfikir, betapa tak bersyukurnya aku dengan nikmat yang ada. Ya Allah, mudah-mudahan diampunkan dosa oleh-Nya.


Sekian, entry refleksi diri kali ni.

First Raya with Familia

Berayalah kami

Sebahagian keluarga besar Che Yam

Siblings..

Aidilfitri 2015

Friday, July 24, 2015

Entry 6 (2015): C.U.T.I (Cuti Untuk Topup Income).


Assalamualaikum people!

Hai hai hai comel–comel dan cantik–cantik sekelian alam.. Sihat? Moga sihat–sihat la semua hendaknya ya.. (perasan ramai follower). Haha.. Cheq tau blog burok cheq ni takde la follower sampai beribu-ribu, ye dok? Cheq ni bukannya nye pandai ber-blog pun.. Cool-blog tau la.. Hahaha. Anyway, pejam celik pejam celik, dah nak abes bulan Julai dah.. Kejap je rasanya berlalu.. Dah nak sampai kemuncak tahun 2015 dah. Ape pun, cuti semester dah bermula dah bagi pelajar ijazah sarjana muda UiTM. Pelajar universiti lain cheq tak tau la.. Hihi.

Dengan bermula nya cuti ni, macam biasa lah.. Buku entah kemana, nota entah kemana.. Haishh.. Jangan la tiru perangai yang kurang baik ni ye, wahai teman-teman sekalian? Hmm.. cuti semester ni la yang paling ditunggu-tunggu ketika sem lepas (dek terlalu sibuk dengan tugasan, ujian, lab report dan sebagainya) sampai tak larat dah. Bila dah lepas semua, tu yang bersantai sakan tuh. Biasanya cuti semester ni, takde apa yang di dalam kotak fikiran aku ni selain daripada nak cari kerja, cari kerja, cari kerja. Bukan kerja tetap pun, kerja part time je pun.. Boleh la buat simpanan untuk backup kalau-kalau ada emergency nak pakai duit ke apa, kan.. Lagipun, kalo takde duit, susah lah nak belanja. Takkan nak depend pada mak ayah je. Terasa jugak dihati kecil, untuk ringankan beban mak ayah.

So, bagi aku, cuti semester ni bukan lah waktu nak bersenang-lenang je. Kalo tak, susah la jawabnya nanti. Sesuai dengan tajuk entry yang aku memandai-mandai tu, cuti semester ni bagi aku adalah cuti untuk cari kerja, cari duit. Yela, biasa la student. Tak boleh la nak bergantung harap pada PTPTN sangat. Sekarang ni semua mahal, barang keperluan dah mahal, makanan pun mahal. PTPTN sebagai the only financial source memang tak cukup la. Sebab tu la kena ada alternative financial source yang lain. Salah satunya dengan kerja! Eh? Dak aihhh.. Cheq tak marah, cheq cakap jaa..


Orang lain mungkin boleh bersama keluarga, memanfaatkan cuti dengan luangkan masa bersama keluarga masing-masing. Setelah beberapa bulan berjauhan, cuti semester lah masa yang tepat untuk family bonding, tak gitu?? While kita terpaksa kerja semata-mata nak support diri sendiri untuk semester yang akan datang. “Ni cheq nak habaq mai, hang tak penat ka kerja time cuti-cuti ni? Time blajaq pun kemain lagi tak tidoq malam, time cuti pun hang nak kerja?” Tuu diaa.. mai dah mami jarum dok menghasut tuh.. Jawapan dia senang je, tak payah la duk ikutkan orang, orang tu biarlah mereka. Mungkin mereka orang senang, berbeza dengan kita. Hmm.. Tak apalah, susah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian, ye dok? Huhu.. Okey lah, saje je nak membebel dalam blog ni sebenarnya, positive-kan diri sendiri.

Selalu jadi persoalan. Hmm.. Kerja lah, cari duit poket sikitt..

As usual, buku entah kemana, nota kemana.. 

Dah cutiiiiiii, yeaayyyy!


Okay lah, see you in next entry, adios..!

Tuesday, June 2, 2015

Entry 5/(2015): Holiday? Nak Ikut Gakk..!



Assalamualaikum people!

            Haaa.. Tak jawab salam berdosa kau! Haha.. Jawab dalam hati pun takpe, asalkan jawab.. Kan? Hehee.. Salam rindu, salam cayang, salam muah cikedd buat semua. Haha.. Maklumlah lama tak menulis. Geli–geleman tak? Haha ;p Anyway, minggu  ni banyak masa sikit nak menulis. Err.. Actually, tak banyak pun, yela.. Nama je cuti seminggu, tapi assignment, lab reports, presentation tetap je menimbun. Tak tau apa maknanya istilah cuti seminggu tu. Hahaha. Biasalah, hidup ‘student’ ni memang camni, bukan nak merungut, cuma nak berkongsi aje. So, chillax lah.. Hahaha..

By the way, cuti seminggu ni nampaknya dimanfaatkan sebetul–betulnya oleh kawan–kawan aku. Mana taknya, bahagia je aku tengok instagram, facebook mahupun twitter diorang ni meng-update moment–moment bahagia. Ada yang ke Indonesia lah, Krabi lah, Langkawi lah, Cameron lah,  dan banyak lagi lah. Eh? Tolong sikitt, takde makna nya nak jeless.. Huh! Emm, okay, jeles sikit laar. Haha. So far, aku takde lagi plan nak holiday ke, short gateway ke apa ke memana. Lagipun, keadaan aku jugak yang tak berapa nak mengizinkan. Hanya mampu melihat jela, kebahagiaan kawan–kawan dari jauh. Hmm..

Kalau ye pun nak berjalan, at least, poket kena la tebal kan? Kalau jalan–jalan tak beli apa–apa tak best gak kan? Alahh, bukan setakat nak shopping, nak makan pun pakai duit gak, kan? Ke kau nak makan meggi je sepanjang percutian kau tu? Memang tak la kann.. Other than that, assignment yang menimbun tadi pun, kalo takde inisiatif nak siapkan, memang tak sudah la jawabnya. So, nak tak nak kena postpone jela hasrat terpendam di hati nak bercuti, holiday bagai ke sana sini. Sabar ye duhai hati, pujuk diri sendiri supaya sabar. Sabar dengan apa yang kau lihat wahai diri. Kadang – kadang apa yang kau lihat tak semuanya mampu untuk kau capai. Mungkin belum sampai rezeki kau untuk itu. Sabar ya?

Teringin tu memang la teringin. Tapi apakan daya. Lain la kau ni jenis spesies bertuah, lahir-lahir je kat dunia, dah ada sudu perak dalam mulut kau. Ala-ala Richest Kids of Malaysia ke, spesies tinggal kat Beverly Hills ke ape ke.. Tu lain la.. Mintak je apa kau nak, kalau tak esok, minggu depan, kalau tak minggu depan, bulan depan dapat la tu. Bagi aku, hanya sekadar berangan jela. Bersyukur dengan apa yang ada, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki oleh Pencipta. Keep head up! Go princemcoha go! Hahaha. Motivasi diri sendiri. Anyway, bersyukur itu memang penting, mengingatkan kita, betapa bertuahnya kita, especially aku at least dapat gak makan, kan? Sedangkan ada je orang yang tak dapat makan. Hmm.. Baiklah princemocha, tahan lah nafsu bercuti kau tu. Belaja tu dulu. Nanti bila dah ada duit, pergi lah nak pergi memana pun.. Okay? J

So, sape-sape yang masih lagi takde kesempatan nak melancong tu, jom kita belaja dulu, create savings, bila dah too many to count, kita pergi sesama, kayy? Hehehe.. Adios!

princemocha,  1/6/2015 (4.44 a.m)




Teringin gak nak ke Eiffel Towel, Paris

Private jet lagi tuh.. 

Ni lagi kayo, dah takde binatang lain nak bela, sampai bela Singa.

Di sudut lain dunia, ada yang nak makan pun susah.. Sedih bila tengok.. 

Tidur bukannya tilam yang empuk, bilik yang berhawa dingin, cukup berbantal lengan, malah di tepi jalan.. Hmm.. :(

Tuesday, February 12, 2013

Dream High

Assalamualaikum w.b.t..

~ I dream high nan kkumeul kkujyo,
Himdaeul ttaemyeon nan nunuel gamgo,
Kkumi irwoejineun geu sunganeul,
Gyesok tteoollimyeo ireonajyo..~

          Lalalala.. opps, entry kali ni tak berkait ngn drama Dream High pun. Its only about my dream. What is dream? alaa, Mimpi la senang citer.. Hehe.. Ape korang fikir pasal mimpi ah? Ade org cakap mimpi tu mainan tido (biase dengar tak? kalo tak korang ni tak mature la.. hehe), ade gak org cakap mimpi tu boleh jadi kenyataan. Betul ke? Mimpi yg macam mane tuh? Mimpi yg macam mimpi aku boleh tak? Hehe.. Kalo la mimpi aku boleh jadi kenyataan, haa, baru terbeliak bijik mata, bijik hidung org kampung. Bukan setakat kampung aku jer, kampung pisang, kampung betik & sume kampung yg ade lahh.. Hahaha..

           Emm, lately aku banyak mimpi tau, tapi mimpi yg biase biase je la.. bukan mimpi yg tu tu.. (ala, buat buat paham je la). Haha.. Dah 2-3 hari dah camtoo, pening haku. Apakah itu suatu petanda? Ecece.. Haha.. Dalam mimpi aku, aku ni terpilih untuk join group K-pop 2PM nun jauh di Korea. Haa.. Kau hadoo? Hehe.. Aku pun tak tau kenapa, mengapa, bagaimana dan ape kejadah nye mimpi aku macam tuu. Tapi camtu la kan.. Mimpi.. Tapi, fulamakkkk! Giler tuu, bukan senang nak jadi member baru 2PM nih. Aku siap debut pada tahun 2015 dibawah naungan JYP Entertainment berpangkalan of course la di Korea. Majlis pelancaran & sidang media dibuat di One Utama, Damansara Malaysia. (Haa, amikk kauu! siap dgn detai ls agi debut kat mana & bila dalam mimpi aku, kau hadoo?) Hahaha..

        Korang jangan la gelak weyhh, dah mimpi nak buat cemana. Bukan nye aku mintak pun mimpi cenggini. Adoyaii =p  Setakat Nickhun, Taecyeon, Woo Young, Chansung Junho & Junsu tu, geng aku jerr tu.. Haha.. Kalo Nickun tu kebanggan Thailan dgn title "Prince of Thailand", ni haa, Afieq Coffee Prince "K-pop Prince of Malaysia". Wakakaa.. Bangga seyhh.. Heeee.. Nanti boley la aku promote Malaysia, buat lagu pasal Malaysia, buat konsert siri Jelajah Malaysia bersama 2PM, anjurkan konsert amal untuk badan2 kebajikan dan bla bla bla.. Haha.. Banyak pulakk plan, dah macam benda tu nyata dahh.. Kih3

          Anyway, its nice to have  a dream, like being part of the famous 2PM, get knowing other K-pop idols & starts, having concert around the globe and so on. But it is only a dream, right? Kalo mimpi yg ni boleh la diklasifikasikan sbg 'Impossible dream' yg aku rasa tak akan tercapai pun. Melainkan ade keajaiban & rezeki. Haha. Laen la kalo mimpi yg biasa biasa je yg mana kalo ditambah dgn usaha yg gigih, akan menjadi kenyataan dan tak mustahil utk dicapai. Ape ape pun, dah banyak aku mengarut ni, Selamat Bermimpi..! Hahaha..

2PM new member soon-to-be.. Hahaha

Promoting Malaysia =p

Nanti aku ade la antara dorang.. (ini semua poyo..)

2PM

Monday, February 11, 2013

Picisan Channang Sari.. satu kejutan.. Hehe

Assalamualaikum..

"Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.. Sembah patik harap diampun.." Ecece.. intro baekk punya..! (tagline Dafi). Haa, amacam? ade bakat jadi pelakon teater tak? Hua3. Entry kali nie pasai Picisan Channang Sari - ape kebende tuh? Buleh makan ker? Haa.. Nak tau? Jom santai sambil layan entry gua.. Heehee..

Picisan Channang Sari ni sebenor benor nye sebuah teater lakonan artis popular tanah air di Royal Albert Hall, London. Uuu.. Jaoh nun kat negara omputih. Alaaa, yg Usop Wilcha join jadik penari kebudayaan selama seminggu tuh. Haa.. Caye ke tidak? Caye ke tidak? Wakakaka.. Tak payah la nak caye sangat, aku kelentongg jerr sume tuh.. Haha.. Ouh yepp, aku sambung balik citer tadi yepp.. Actually Picisan Channang Sari ni betul la sebuah teater, tapi lakonan teman2 drpd Kelab Kebudayaan UiTM Kuala Tengganu. =)

The story is all about dunia fantasi & dunia realiti dimana 2 org manusia biasa, Irfan & Iskandar telah memasuki dunia fantasi secara tidak sengaja. Di sana, mereka bertemu dgn Cendana, yg merupakan Duyong & Si cantik Bawang Puteh (Garlic kalo dlm bahasa omputeh). Lebih menggerunkan, kehadiran mereka dapat dihidu oleh Ratu Channang Sari. Lagi mengejutkan, Ratu Channang Sari ni bersuara jantan! Hahaha.. Amikk kau! Ratu kejam yg dahagakan darah manusia utk dijadikan ramuan rahsia awet mudanya. Aku pun konpius yg mane lagi menakutkan, sama ada Si Ratu Channang Sari ataupun suara jantannya. Haha.. konpius den, konpius..

Irfan & Iskandar masing2 jatuh hati pada Cendana/Duyong & Bawang Puteh. Klimaks cerita berlaku apabila Iskandar dibunuh oleh Ratu Channang Sari di istana ratu. Irfan yg menjumpai mayat Iskandar membalas dendam dgn menikam Ratu dgn tombak & memboloskan diri ke alam nyata. Si Ratu Channang Sari yg tak nak mengalah bersumpah utk membalas dendam. Means that, akan ada sekuel utk teater nih.. Itu la jawab nye. Hehehe..

Hmm.. bagi aku pulak, teater ni 'okay' laa.. Boley la tahan utk release tension tuu, utk berhibur. Kebanyakan mata tertumpu pada Ratu Channang Sari yg gojess itu yg dilakonkan oleh SISWA drpd Fakulti Art & Design. Haa.. Kak Senah, Mak Jemahh, ape citer watak Ratu laki yg bawak? Kau hadoo? Hahaha.. Tak tecabar ke Kak Senah oii? Hehehe.. Jangan nanti mengadu kat Melodi sudahh. (gurau jer). Hahaha.

Buat Hanis a.k.a Cendana/Duyongg & Arna Farisa a.k.a Bawang Puteh, korang memang awesome! Huhu.. Terhibur jugak malam tuu.. =) By the way, terima kasih yep buat janda-jandaku yg menemani gua & siap ade popcorn lagi.. Hahaha.. Enjoy the pictures..

Adios Sabombas.. !!

Scene Irfan bertemu Cendana a.k.a Duyongg

Prince Mocha with Hanis (Cendana/Duyongg)

Haaa.. glamour gituu si Bawang Puteh ni.. (Arna Farisa)

Bersama pelakon pelakon teater..

Thursday, January 31, 2013

Hot Sangat Ke Dia???

Assalamualaikum w.b.t

Hello uollss.. Bertemu lagi kita dlm rancangan khas, bukan Melodi, bukan juga Galaksi, tapi rancangan sensasi dan terkini "Propa-Nova" (propaganza+kasanova). Hahaha.. Oppss, maaf ler kalau terasa. Takde tuju kat sape sape pun.. Huhu.. Sape makan belacan tu, mulut dia la yg busuk.. Hahaha..

Haa.. Isu kita kali nie adalah "Hot sangat ker dia??" Hot sangat ke Jahh? Hot kerr? Hot kerr? 'Hot'tttak kauu..!! Amboi, amboi, amboi... Hahahaha (trademark Azwan Ali).. Oppss.. sekali lagi terkasar bahasa pulakk Mak Jemah nihh.. Ohoiiii Hoiii.... Hmm.. Sorry la uolls, mulut Mak Jemah dlm entry kali niey takde censor. Harap-harap tak kena cop mulut longkang or sistem perparitan la yepp.. Ahakzz =p  Haishh.. aku niey nak habaq mai, jenis yg tak suka kalo org yg x berapa rapat ngan aku duk sibuk busy body korek sana sini dgn siapa aku sembang kat phone, dgn siapa aku mesej.. Huu.. Sorry la bro, aku niey takde la 'hot' macam engko yg selalu tukar-tukar girlfriend sampai tak ingat nak mesej siapa. Tapi engko ni, 'hot' kerrr? Adoyaii.. Lu pikir la sendiri.. Aku tak amik kesah pun engko nak kapel dgn orang tu, dgn orang ni, nak kapel satu ke, seribu kerr  bla bla bla.. ade aku kesah..?? Go on la weyhhh.. Tapi tak perlu la engko nak perli, nak sindir aku, pastu nak tunjuk kat aku yg konon konon nye engko la jejaka 'hot', limited edition la bagai.. okehh?

Yess, memang aku takde girlfriend macam engko.. So what?? Aku susah kan engko ke? Tapi kan sekurang kurang nye aku ni cuba berlaku jujur dalam sesebuah perhubungan. Bukan macam engko, yg hanya mulut je maniss, tapi ketiak masam..! Oppsss! Mak Jemahh tersebuq lagiii... (loghat Kedah) Sorry.. Hahaha.. Anyway, dengan perangai engko yg macam tu, aku boleh agak la engko takkan pegi jaoh la weyhh.. Lambat laun orang lain akan tahu jugakk.. Siyessly.. So a warning to ladies out there, malang la korang kalo korang tersangkut hati,terbalik jantung 360 darjah & berniat nak kapel ngn mamat nih coz you know what? You will never know when and how you gonna be cheated by him. Don't trust him too much. Huh! Walaupun aku single, takde orang nak sekalipun, at least aku berbeza dari engko, tak macam engko yg manis di bibir jerr.. Saborrr je laa.. Haishhh.. =,="

Okay la uollss, rancangan ni dah nak sampai ke penghujung nye, hua hua hua.. Penat Mak Jemah sembur kali nih.. By the way, Mah Jemah guna kata-kata kesat ke? Tak kan?? Hahaa.. He deserve it. Ade otak, ade akal.. So pikir la sendiri yepp..

Adiosss...

Oh Lelaki Edisi Fakta Atau Auta??

Assalamualaikum w.b.t..

Ohoiiiiii.... Hoii.. Hola! Pekabor peeps? Hurmm.. This entry was made about mens.. Haha.. So women outside there, take note yea? This might be helpful for you guys in finding your 'Mr. Right'. Hehehe.. Tetibe je tangan nie rajin nak meng-update blog yg tak seberapa nk femess nim. Hua Hua Hua.. Okeh, actually kandungan nim aku terbaca di akhbar tempatan (Berita Harian kalo tak silap). So, kepada sesape yg ter-miss atau tak berpeluan nk baca, haa ape lagi, sila lah baca.. hihi.. Mane la tau dgn sedikit info nim boleh membantu korang wahai ladies di luar sana. Let's check it out :
  1. Lelaki juga boleh menangis??
    - Haaa.. ape korang ingat pompuan je bleh menangis sampai lebam bijik mata? Lelaki pom boleyy laa.. (dgn bangga lagi bongkak nye, haha) Jangan pulak ade yg tak mengaku & menafikan pulak yep. Lelaki ni sebenarnye ade perasaan sesnsitif tu jugak, cuma ada sesetengah lelaki yg cuba menyembunyikan perasaan sedih, kelam, duka, lara dorang nim semata-mata nak kelihatan macho depan korang cik adik manis uolls. Hakikatnya, bila seseorang lelaki itu dah tak larat lagi nak menanggung derita atau masalah yg ditanggung, akan menitis jugak air mata drpd seorang lelaki pabila penderitaan yg ditanggung itu melebihi hadnya. Alaa, break up dlm hubungan pun boley buat most lelaki menangis!
    Haa.. tengok.. Lelaki pom boleh menangis..
  2. Agak biasa bila lelaki memulakan perbualan dgn ayat "Awk buat ape tu?" atau "Dah mkn?"
    - Ayat-ayat tu biasanya ditanya utk mengelakkan gagap & mencari semangat utk meneruskan perbualan. So, wahai gadis-gadis yg cantik, sila la faham yer.. Jgn la disebabkan ni korang marah2 pulak. Yela, maybe korang pun fed up kalo soalan same je yg ditanya. Buat si abang kacak, kalo nak meriah, tukar-tukar la soalan lain yerr.. Baru best kan?? Tanye soalan matematik ke.. sejarah ke.. Hahaha =p
    Hahahaha.. :p 
  3. Lelaki akan betul2 mengagumi gadis-gadis yg mereka sukai biarpun mereka tidak secantik mana.
    - Fuhh.. Hebat kan kitorang? Muahahaha..Kaum hawa, jgn la marah pulakk yepp. Ini fakta, okehh.. Makna nye jika seseorang lelaki tu dah suka, tetap akan suka walaupun org lain berpendapat gadis idamannya tu tak la secantik mana. *Biaq pi la org nak kata apa, kalo hang dah suka tu, baguih laa.. Hahaha
    Haaa.. walaupun tak comel.. eh jap, tak comel ke dia nim? Haha
  4. Biasanya, seseorang lelaki waras tidak akan mudah melupakan gadis yg diminatinya.
    - Haaa... Fakta ke auta? Heee.. Kalo playboy tu tak tahu la kewarasan dia dimana.. Selalu nya, bila lelaki dah crush kat someone, memang tak mudah la nak lupekan. Fuh, susah gilerr.. Trust me.. ^^

  5.  Mungkin seseorang lelaki boleh berkawan, bergurau senda, mengusik malah mengurat gadis sepanjang harinya, tapi yg menariknya dia hanya akan memikirkan gadis yg betul-betul disayanginya sahaja sebelum tidur.
    - Wahhh... romantik tak kami?? Hahaha
  6.  Hmmm... tau tak, lelaki biasanya akan berusaha keras utk mendapatkan gadis yg pernah meninggalkannya hanya kerana utk membuktikan yg dia tak pernah kalah
    - Huhuhu.. Kami ada daya juang yg tinggi nih.. Hehehe..

  7. Lastly, lelaki juga mampu menyebarkan gosip ke seluruh dunia lebih pantas berbanding korang ladies.
    Bukan sahaja lelaki lembut, lelaki gagah perkasa bak superman yg maskulin pun ada minat bergosip sesama mereka.. Haaa.. amik kau.. Korang mampuu? Hahahaha
Kesimpulannya, ada banyak benda yg biasanya ladies tak pernah tahu atau sedar pun mengenai lelaki. Hehehe. Ape-ape pun, setiap makhluk ciptaan Tuhan di muka bumi ini ada kelebihan & kelemahan masing-masing. Mungkin seseorang lelaki tu ade kelebihan kat sini, tetapi ada kekurangan kat sana. Begitulah umpamanya. Anyway, stay happy & cool, yaw..!
Adioss..
*sumber dari akhbar Berita Harian (kalo tak silap la)
Hahahaha... just joking =)



Saturday, December 22, 2012

Superheroes?

Assalamualaikum..

Hallluuuuuu.... Apa habaq? Hangpa semua sihat ka? Cheq kat sini ada benda nak cheritaq, nak share ngn hangpa. Haaa... excited tak, excited tak? Hahaha.. Cheritaq dia pasai superheroes. Cheritaq ni belum lagi kluaq pawagam. Sebab tu la cheq nk habaq mai kat hangpa semua. Amacam? saspen tak? kih3.. Actually, Superheroes yg ni bukan lah seperti superheroes cerita-cerita Hollywood laen mcm The Avengers, Captain America, The Hulk and so on tuu. Diorang ni lagi hebat, lagi kuat dan lagi best lahh.. Hee. Cheq kasi tajuk 'gempak' macam ni sebab saje-saje je.. Strategi promosi nak tarik pembaca ler katekan.. Yela, baru la nampak 'gah' sikit kann? Tak gituu? Ha Ha Ha.. 

So, entry kali ni mengenai watak-watak superhero , yg penah berbakti dan selamatkan dunia aku. Haaa, bukan senang tau nak buat profile superhero-seperhero yg selalu busy selamatkan dunia nih.. Haha.. Nak tahu superhero ape yg ak interview? 'Hero' kah mereka? Yang penting betul ke mereka ni superhero?? Jom check it out. Haha..ZaaaSsSsSs!

Superhero 1 : Superman
Power : Kekuatan yg hebat, laser dari mata, kebolehan untuk terbang
Karakter : Seorang yg low profile dgn menyamar sebagai wartawan di syarikat surat khabar, berpewatakan sederhana.

Dahsyat bebenorr lerr, buleh terbang lagi.. (sape2 yg tak kenal  Superman, mmg tak tgk  tv la tuu..hehe)

  • Ni la dia Incik Superman. Yg satu ketika dulu penah jadi fenomena seluruh dunia (tapi kat tv je laa). Sape tak kenal ngn superhero yg satu nim.. Sume kenal. Siap ade lagi buat kostum ala-ala Superman, semata-mata nak jadi mcm dia. Bagi bebudak lak, kalo dah pakai baju t-shirt Superman tu dah consider hebat dah tuu.. siap sedia nak gi main lawan-lawan.. Hepi tahap gaban dahh.. Kalo boleh hari-hari nak pakai baju tu, tak nak tukar lain dahh.. Haha.. *Utk bebudak laki jer la.. Kalo budak pompuan tu takkan nak pakai t-shirt Superman utk main masak-masak kott.. Kalo ade tu tak tahu laa.. hehehe.

Superhero 2 : Super Grandma (Wonder woman 1)
Power : Super penyayang, super mengasihi, super caring
Karakter : Mudah tersentuh, sangat memahami cucunya ini & baik sangat-sangat.

My lovely grandmother.. bad guys outside there, watch outt!
  • Haaa.. Nenek aku ni seorang yg selalu menyayangi aku tanpa jemu, mungkin dek kerana aku ni adalah cucu sulungnya yg membuatkan nenek lebih menyayangi aku. Hehe.. Ake seringkali diberi layanan istimewa ketika di kampung menunjukkan betapa sayangnya nenek pada aku. Bab makan, pakai, tidur, semuanya dipastikan selesa utk aku. Haa, kau adoo? =) Bagi aku, nenek terlalu baik bagi aku, oleh itu aku berazam utk menghantar nenek ke Tanah Suci dgn hasil titik peluh aku sendiri pabila bekerja nanti. Dramatis, bukan? Hehehe.. Aku kan cucu nenek ^^. Semakin usia nenek meningkat, semakin aku menyayangi nenek & akan sentiasa menjaga nenek. Nenek jadi Super Grandma bagi aku.. Hehe..

Superhero 3 : Super-Mak ( Wonder woman 2)
Power : Kelebihan dlm mengesan sinar radiasi masalah aku, memberi pendapat & penyelesaian kpd masalah aku, masakan mak yg memang best.. !
Karakter : Peramah, pendengar yg setia kpd masalah aku.

Omma
  • This is Super-Mak. My mom is the best mom in the world (Opkos la kan coz aku anak dia) hehe. Mak aku ni ade super power yg dpt mengesan bila aku ade masalah, kenapa aku sedih & sebagainya. Mak aku juga selalu membantu aku utk tenang di saat-saat yg sukar (ex: sebelum masuk ke dewan exam). Kasih ibu lerr katekan.. Bila dengar je suara mak, sistem badan & emosi aku dgn automatiknya mampu menjadi tenang, rileks & cool. Haha.. Mungkin ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kot. In fact, aku  memang lebih rapat ngn ibu berbanding dengan ayah. So, dlm erti kata yg laen, aku ni anak mak la kan? Haha.. takpe, tak kisah laa anak mak ke, anak ibu ke, anak mami kerr.. yg penting aku sayang mak aku, okehh? Hee.. Kerana apa? Kerana dirinya begitu berharga bak kata LOREAL. Haa.. Kelasss gituuu..! Mak aku la tempat aku mengadu & bergossip sana sini.. Hahaa.. Aku berjanji aku akan belajar bersungguh-sungguh dan buat mak aku bangga dengan aku sebab mak aku pun sanggup buat ape je demi aku. Aku harap aku dapat balas jasa mak aku pd masa akan datang. Aminn.. =)

Superhero 4 : Super-Aunt (Wonder woman 3)
Power : Kaunselor rasmi aku, pencetus motivasi, semangat & keyakinan
Karakter : Mesra, kelakar, sangat baik, sweet, sangat memahami & penyayang

Ni la makcik kesayangan aku..

  • Ehem.. Ehem.. yg ni pulak adalah Super-Aunt aku. Makcik kesayangan aku ni nama dia Siti Sa'idah bt Ishak (bukan Siti Nurhaliza yepp.. jangan tertukar okayy..) Makcik aku nim sangat-sangat memahami aku coz dari kecik lagi aku rapat dengan dia. Pendek kata, aku dibesarkan dengan kehadiran dia. Setiap masalah yg sukar buat aku, aku memang akan meminta pandangan dia selain drpd mak aku. Sebab makcik aku adalah kaunselor rasmi aku. Hik3.. Semua cerita suka duka dan rahsia aku, aku kongsi dgn dia. Disaat jatuh bangun aku, my Super-Aunt selalu menyokong aku. Aku sangat mengagumi dia yg merupakan seorang engineer yg berjaya & mempunyai hidup yg sangat baik. 
Mereka lah ratu dihati, mereka lah penawar hati, mereka lah sumber inspirasi, dan mereka jugalah 'wonder women' bagi aku. Haaa, jangan tak tahu, mereka juga mempunyai kuasa-kuasa yg luar biasa tau. Kuasa yg ala-ala superheroes tuu. Kelass gituu. Sebab tu la mereka ni wonder women. ^^



Superhero 5 : Super Junior
Power : Koreografi tarian, lagu yg best klip video yg kreatif
Karakter : Energetik, peramah dan bla bla bla

Super Junior a.k.a SuJu

  • Haaa.. superhero yg ni lak mesti ramai yg dah kenal kan? Tak kira la baik lelaki atau pompuan, semua nye dah terkena demam K-Pop yg menular cepat skang ni yep. (Tapi bg yg tak minat tu takpe laa, abaikan je la, okeh? ) Haha.. Dorang ni takde la superhero yg mcm dlm tv menyelamatkan dunia tuh.. Dorang ni lain sket. Biasanya, org akan jerit dulu, baru superhero datang tolong. Tapi yg ni, org akan jerit bila nampak dorang. Kalo buat konsert tu, gadis2 atau peminat2 bagaikan histeria duk menjerit, meraung, melolong bagai. Fanatik lerr katekan.. Tapi janganlah sampai over tak ingat dunia yep. Kalo tak ingat jugak, kena bagi antivirus nih.. Haha

Superhero 6 : Super Saiya
Power : Kuasa menjadi berganda-ganda drpd normal, ada cahaya kuning, rambut jadi kuning
Karakter : Berasal drpd Planet Saiya, ada ekor, akan jadi gorilla bila terpandang bulan purnama


Hahaha.. Super Saiyaaaa... bertukarr! 
  • Bertukkaaarrrr! Fuhh.. Terpacak rambut bila dah bertukarr.. Haha.. Korang pun mesti ade tgk gak kan citer kartun Dragon Ball ni kann.. Sampai ade yg tak pegi skolah hari Ahad tu semata-mata nak tgk citer nim. Hmm.. tapi aku tak la. Aku kan budak baik. Hahahaha. Kalo dah bertukar jadi super saiya nim, memang tak bleh menang la ko. Kesan kuasa dia pun dah kuat sampai tercabut-gunung ganang. Haa, mampu ke ko lawan ngn mamat nih? silap-silap ko kena fire dulu.. Heee.. (gurau2 jer..)

Superhero 7 : Super Sonic
Power : Lari laju tahap dewa
Karater : Errr.. lupa sudaaaa...

Super Sonic ek? Aku tak ingat pun ade kartun ni..
  • Emm... Superhero yg ni , aku tak pasti la ciri-ciri superhero dia tu diluluskan sirim ke tak. In fact, aku pun tak ingat kartun ni. Hahahaha.. Yg aku tau, dia ni lari laju je.. Yg laen tu hampeh, aku tak tahu.. Hohoho..

Superhero 8 : Super Mario
Power : Terlompat2, terkinja2 dalam game, menyelesaikan misi (tu pun kalo korang pandai main)
Karakter : Pakai topi yg ade logo 'M', pastu ade misai.. Hahahaha
Amacamm.. Hensem tak??
  • Okeh anak-anak, yg ni pulak Super Mario.. Kalo anak-anak tanye penggiat game tanah air, diorang kenal la sape pakcik yg bertopi merah ni. Dia ni bergantung pd anda mengenai kebolehan dia. Kalo anda pandai main, pandai la dia nim. Kalo anda tak pandai main, takpe, jangan salahkan diri sendiri, salahkan pakcik bertopi merah nim. Paling tak pun, korang baling je game tu kat dinding.. Hahahaha..

Superhero 9 : Suparjo ????
Power : Tak dapat dikesan
Karakter : Tak dapat dikenalpasti

Suparjooo???
  • Lastly, tu diaa.. Suparjoo..?? Haku pun tak tahu dari mana aku kutip dia nih.. Terjumpa kat internet je asenye mase tgh search bahan tadi.. Huuu.. Layak kew tidak tu aku tak tahu la.. semua nya atas korang masing-masing.. Yela, setiap org ade superhero masing-masing kan? yg selalu menjaga dan melindungi korang. Maksud aku mak ayah korang ler.. Tapi tak tahu la kalo ade org laen mcm Ultraman ke, Batman ke yg lindungi korang. Takpun, si Suparrjoo nih.. Hahaha
Ape-ape pun, intipati utama entry aku nim adalah nak shared ngn korang these three wonder woman of my life which is Super Grnadma, Super-Mak & Super-Aunt. Yg laen2 tu sampingan aje.. Yela, den ni  kan suko bebenor mengarang. Kalah pengarang novel tu haa. Jadi, kat sini lah den curahkan semuo yg ado dalam kepalo den nih.. Sampai ketemu lagi, adios..!

Saturday, October 27, 2012

Demam Adam & Hawa

Hollaaaa !! Oppss.. Assalamualaikum.. (tak jawab dosa) Hehee..

      Huh ! Ni bala nih.. Bala nihh (sape tatau dialog ni tak legend arr). Hehee.. Sementara jari jemari masih rajin menari nari diatas keyboard (*personifikasi pulak) ni den songan suko hati den lah nak meng-update blog den yg tak berapo ramai pun follower =p. Fuuhh...! Kuat betul ler penangan & pengaruh Adam & Hawa nihs.. Sihir ke ape? Hoho.. (Opss, jgn saman yerr, gurau jerr). Yelaa.. Sampai buat teman2 gue addicted betol ngn drama bersiri nie.. Huhu.. Dah tu, tak cukup lagi.. Siap ade teman2 di facebook yg meluahkan rasa geram, menyampah, tak kurang juga yg menyokong, same2 nangis skali ngan Hawa kat TV tuu.. Aku? Haha.. Aku pun follow gak drama niey dek terpengaruh punyer pasal.. So, basically, citer nim pasal ape ek? Best sangat ke citer nihs? Hurmm.. Kalo nak tahu, tengok ler sendiri, kang citer karang tak saspens tak pulakk tak gitu? Hohoho.. Jadi, jangan lupa saksikan drama Adam & Hawa, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. (iklan sebentar, haha). Alahh.. kalo tak pun, tengok je kat internet.. Haaa.. cenggitu.. ^^ Watak utama citer nih Aaron Aziz & heroin pulak tak tau name ape.. kenal nama watak jer, Ain Hawanis.. Keh3.. Biase la, kisah bercintan-cintun ni takleh lari dari drama, name pun drama kan? So, nak tahu kisah lebih lanjut, ekau tengok sendiri ler.. huhu 
Bubbye ^^


Lagu Tema untuk drama Adam & Hawa punn best jugaakk =)

Haaa.. ni la drama nyer.. Best wooo..

Encik Adam & Hawa
Tengok jangan tak tengok.. ^^







Friday, September 7, 2012

Status Yang- Berhormat (YB)

Assalamualaikum...
Yo! whassup menngg?? Haha.. Hope you guys just fine and stay healthy.. Hee.. Emm.. Actually, this is an entry that I did not plan to post but... There's few juniors asking me to update since my last post was in May 2012 and now we're in September 2012. Quite a long time isn't it? Huhu.. The juniors are Scha Alya & Arni Syuhada.. Thanks to them, for giving me encourage and still support in blogging although I'm a newbie in this blogging world =)

About the tittle, its about debate.. debators.. motion.. P.O.I and so many rules. Debate?? What is it? Me? Why me?? Aigooo.. This is really crazy.. Haishh chincha!  I'm totally out of mind. Dah la 'debate', I mean English Debate.. "OMG" & Oh My Englishh.. !! Hahaha.. Sbb tu la post den dalam bahaso omputeh nieh.. den cubo ni haa nak skiping (speaking) London. Actually, debat ni bukan la bidang PM, jauh sekali pernah bedebat secara rasmi sebelum niey.. Hurmm.. Together with my besties, Hafizi (Pjiekun), Shakirin (Ahmad Ayin) & Nawal Abd Aziz (Isobaric Thermodynamics), I'm started to join the training. Hurmm.. Ottoke?? Ottoke?? Aku ni dah la somebody yg automatically gugup lagi gagap bila berdepan dgn audience. Even masa present assignment depan classmate yg ciput pun da gugup dah.. ni apatah lagi depan audience yg ramai.. Hohoho. Kalo jadik management team bagi team debat boley laa.. kalo debate team itself, i'm not so sure about it.. Ngeee *_* 

Deep inside of myself, PM mmg ada "angan & sedar" (lagu mawi) a.k.a angan2 to be a debator, tapi bila fikir2 balik about myself, "can I do this?" "can I?" Adoyaii.. I don't know whether I can do this or not.. =/   My buddy, Hafizi ada bagitau sampai bila aku nak letak 'barrier' dlm diri? Kita takkan tahu potensi diri sendiri selagi kita tak cuba buat, kan? Sampai bila nak stay gagap depan audience? Time ni la nak latih diri utk be more confident in myself, latih utk bercakap depan audience.. Hmm.. korang pulakk, any suggestions for me? Hadoyaii.. dilemma.. dilemma.. I think what are my buddy has said was true.. ada betul nye & make sense laa.. So I decided to join them in the debate team. Hopefully everythings gonna be alright coz at this point, my CGPA, my Math & my studies need to be focus on. Ya Allah, please guide me in whatever I do.. Aminn..

Hmm.. our coach (Abg Syahmi) said that I have the potential to be a debator. But I know, without work hard & passion, potential itself won't be enough to make me as a debator, right? Or he just said that to encourage me join the team.. =/    *sight   =_="

Okie la guys. I guess I'll end up my entry this time right here ^^ bubyyee.. =)






These pictures was when I'm in a management team..  kalo nak jadi debator tu tak pasti la mampu ke tak..

Wednesday, April 25, 2012

Sayang, sayang sayang Sayang?

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum.. and whassup-whassup peeps? Huhu.. 
Korang makan kenyang? Tido cukup? Kalo mandi basah tak? Hati hepi? Kalo sume jawab nye 'ya', makna nye sihat bebenor lah korang ni yerk.. Hehehe.. Hmmm.. Lama dah asenyer tak post entry kat blog sendiri. Dah berhabuk dah blog.. siap ngn sawang labah-labah agi.. Haha.. =p Actually, my special person yg mendorong aku utk kembali aktif setelah ber-'hibernate' utk musim final examination pd bulan Mac lalu.. huhu.. so, kira mcm 'comeback' la niey.. haha.. Bila dah stop tu, terasa malas la pulakk nak mengarang entry =p.. Anyway, thanks to someone for encourage me merajinkan diri menulis blog niey.. Hohoho..

In this entry, I'm just wanna share some of my feelings and some of my points of view.. It just about what I feel lately and I'm hoping that the person involve understand me better than before.. ^^ kinda mystery huh? I don't think so.. =p.. Hmmm.. Ada apa dgn S.A.Y.A.N.G? Adakah 'sayang' ni satu ungkapan tanpa makna? Adakah ia hanyalah satu panggilan? satu nama timangan utk org yg korang syg? Adakah cara korang menyayangi org yg korang sayangi tu betul? 

Hohoho.. Bnyk giler soalan, da mcm kuiz dah aku nengok nyer.. penin cheq duk pikiaq.. haishh.. Bagi aku, 'sayang' nie satu perasaan istimewa (cheewaaahh! kelass gituu) terhadap s'seorg mahupun sesuatu. Huhu.. s'seorg tu mmg lumrah laa kan.. selain drpd syg Allah, ibu bapa, keluarga & kwn-kwn. Sesuatu ni plak maksud nye benda yg korang paling suka, for examples handphone, laptop, ipad dan bnyk lagi lahhh.. 

Bagi manusia, setakat mana/sejauh mana korang syg s'seorg? Kdg-kdg jika korang terlalu sygkn s'seorg, korang sebenarnya m'bataskan dia. Boleh jadi m'bataskan dari segi pergaulan, pergerakan even dari segi privasi sekalipun. 'Sayang' ni adalah satu perasaan yg bagi aku sukar utk ditunjukkan dgn betul, kan? Sbg contoh, if somebody that love you doesn't contact or text you for a while, it doesn't mean that he/she doesn't love you, right? Kalo dah sebulan or setahun tu, melampau ar.. haha.. Maybe dia ada masalah yg anda tak tahu. Anythings can happen. For example, tak sihat ke, takde kredit ke, penat ke, busy ke, sape tahu kan? Tak semestinya s'seorg yg korang syg tak hubungi korang tu bermaksud diorang dah tak sygkan korang, kan? Am I right? Sbb sekali syg, takkan mudah utk dilupakan. Betul tak? Boleh jadi dia tak hubungi korang tu disebabkan busy ke, ape ker.. Secara tak lngsung, kalo korang still mendesak jugak, korang mgkin telah mengganggu privasi dia & buat dia tak selesa.. Hmmm.. cuba korang fikir positif & jgan terlalu mudah menuduh ya? Bayangkan korang berada di posisi dia. Ape yg korang rasa? Ni bukan aku nk marah, aku just nak share jer.. huhu

Just think of it, if somebody really forget about you, she/ he will not contact you back and asking for an apology, right? Maybe its not the right time at the moment that you contact them. They also will not say they love you if they really forget about you, kan? So, the moral of the story, 'sayang' juga boleh membuat si dia tidak selesa.. Ada bnyk cara nk ekspresikan 'syg' korang utk somebody yg korg syg tu..

For Examples:
  • Korang boleh doakan kesejahteraan dia
  • Korang doakan agar masalah dia diringankan
  • Korang call or text pada masa yg sesuai
  • Tanye dulu whether dia sibuk ke tak.. dan banyak lagi laahh.. huhu

Akhir kata, to my special one, yes I love you.. love you sooooooooooo muchh...don't worry. I won't forget about you, okay? I'm just little bit busy and tired. That's all. Aku sayang Allah, ibu bapa aku, keluarga aku, kwn-kwn aku and also the one that not forgotten, I love you too, dear..! Hehehe... Gedik + gatal laa pulakk kann.. Haha.. korang ade akal, korang ade hati, korang ade perasaan, so, KITA PIKIR LA SESAME.. hehe Stay smile, stay healthy, May Allah bless you..

Wassalam..




Dear, I brought Kim Hyun Joong to tell you that  I love you.. haha

Saranghae..!

Chongmal chongmal saranghae ^^

Hehe.. =)

Do you?


Thursday, February 23, 2012

"Teratai Layu di Tasik Madu"

Assalamualaikum.. whassup-whassup peeps? peace yo !! Haha
Well, mesti korang tgk tajuk entry ni dulu sebelum baca content kan? Haha.. actually entry ni takde kena mengena pun dgn teratai, layu, tasik, madu dan sume benda alah tu.. sesaje je na letak tajuk camtu..  (so, knape letak jgk?) Tak boleh ke? Hehe.. Ermm.. dlm enrty sebelum ni aku ade bagi opinion about terhangat di pasaran kan? Entry kali ni pulakk mengisah kan situasi selepas putus cinta.. huk3

Kalo dulu korang bahagia, rasa dunia niey milik korang ngn girlfriend korang je kan bila dah berkapel-mapel nieh.. Sume nampak indah. Yg buruk pun nampak cantik, baik, elok jer depan mata korang kan? Silap-silap kentut pun boleyy jadi wangi kan? Betol tak? Haaa.. baek mengaku cepatt.. Haha.. Bak kata P. Ramlee (dlm movie dia laa) "kalo dah cinta,dah tak kenal mana kicap, mana cuka" Hua hua hua.. =p Tapi, yg tak best nyer,ramai yg bila dah ade girlfriend/ boyfriend, nak jugakk cari laen.. Nak buat 'spare' la, sbg pengganti laa.. konon-konon nye komer niey hangat di pasaran la, nak cari 2, 3 orang teman.. ala-ala sekali petik, 10 yg datang taww.. Haha.. Hot la mcm tuu.. Ape kejadah nyer? Huhuuu.. Ikot suka hang lah nk buat ape pun.. cheq tak nak masok campoq urusan hang. Huhu.. Yg jadi agak 'menyedihkan' bagi aku bila tgk org putus cinta niey, bila si girlfriend/boyfriend tu tak boleyy nak terima kenyataan yg dorang dah clashh.. adoyaii.. msalah..msalah.. More worst, si ex girlfriend niey sanggup je buat ape je untuk cari maklumat psal boyfriend dia.. spy la, siap usha abes member-member ex boyfriend dia.. haduii.. sanggup add kat FB semata-mata nak tau maklumat insan 'tersayang' dorang.. korek rahsia la niey.. 


Ni la yg buat aku pening. Contohnye, ape yer? kiter amik je contoh yg simple. Si Jenab niey couple la ngn si Meon. Couple punyer couple, tetibe clash la dorang niey. Nak dijadikan citer, bila dah putus cinta, mula lah duk luah kan msalah kat member-member si Meon niey.. bagai wartawan nak cari citer hot, tanyer itu, tanye ini.. aduyaii.. pening nye nak layann.. Tu laa jenabb oiii.. Bercinta pun bercinta la jgk..tapi bila dah ade msalah, seelok-elok nye tak payah la libat kan org laen.. Berbincang la ngn boyfriend tuu, okeh akak-akak? No more majuk-majuk.. tak sweettt laa nak korek sana, korek sini.. Benda yg  dah lepas tu biar la lepas.. tak payah la nak jadi mcm si Jenab niey haa.. Try to move on, forget about the past. okeh? Kalo boleh, tak pyah nak libatkan org luar yg tak tahu menahu. Org yg mood elok pom boleyhh jadi stress.. tak gituu? paham ye, anak anak? =) 
I think i will end up this entry here.. korang ade akal, ade hati, ade perasaan, so LU PIKIR LA SENDIRI yea? =)


Jgn la stresss sangat Kiahh oiii..

Kalo dah takde jodoh tu, terima ajer la..

Broken heart.. yes, its hurt, but need move on, forget the past..