Just A Melody..

Showing posts with label Experince. Show all posts
Showing posts with label Experince. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

Entry 7 (2015): Syawal, Baju Raya dan dot dot dot



Assalamualaikum people!

            Selamat Hari Raya..! Salam Syawal buat semua..! Hashtag InikanRaya, Hashtag Kosong-Kosong.. Gittew.. Mengikut perkembangan tagline TV la sangat kann.. Hahaha.. Anyway, sempena bulan Syawal ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat teman-teman dan sape-sape yang kenal dengan aku, princemocha yang tak berapa nak meletopp ni haa.. Ampun salah dan silap ya, terngumpat sana, terkutuk sini, tercarut sinun, maklumlah kadang-kadang mulut ni puaka sikit.. Heee ;p

            Bercakap pasal raya ni, benda yang pertama dalam kepala aku ialah pasal baju raya. Haha.. Terawikh, sahur, niat puasa, tu mestilah terpikir jugak. Hihihi. Ni benda yang pertama terlintas di ruang minda ni haa.. Tema warna apa, nak cari kat mana, berapa harga, bajet berapa, semua lah.. Padahal puasa baru sehari, tapi macam-macam dah pikir. Hahaha. Lolz xp

            Tahun ni, puasa boleh dikatakan kelam-kabut lah sikit. Bukannya apa, baru mula puasa 2 hari, dah start final exams dah. Ditambah lagi minggu-minggu akhir yang sibuknya mengalahkan PM. Hishh.. tak tahulah nak cakap apa, lumrah pelajar la katakan. Tahun ni jugak, tak sempat pun nak berbuka bersama keluarga terchenta di Terengganu. T.T  Baru betul-betul jadi perantau nih. Haha. Jadi, dengan kesibukan menghadapi final exam yang datang bak ribut pasir di Gurun Sahara.

            Jadi, 4 hari sebelum raya barulah ada masa nak cari baju raya, baju yang vogue konon-kononnya Stailistika Hari Raya gituu. Baju Melayu tu dah ada, kira nak cari baju jalan jelah. T-shirt & jeans yang smart kasual, simple but nice, cantik mata memandang, famous and fabulous gituu. Haaa, mampu kau? Pusing punya pusing satu One Utama Shopping Mall yang besar gedabak tu, tak banyak choice yang ada bersesuaian dengan bajet peribadi. So, dah spoil dah mood kat situ. Then, decide nak cari kat Padini ajelah, yang mana stail t-shirt pun cantik-cantik.

            Disebabkan limit masa dan bajet yang ada (maklumlah, hujung semester), sempat la beli sehelai t-shirt dengan  dua jeans. Masa tu, dah takde mood dah, kecewalah katakan, apa yang dicari tak dapat.

            Menjelang dan tibanya Hari Raya tu, sanak saudara berkumpul, dari Penang sampai, dari Kuala Lumpur sampai, dari Kemaman sampai, suasana meriah tu memang wujud. Seronok luangkan masa bersama, berbuka puasa bersama, sahur bersama, beraya bersama, satu moment yang rasanya sangat indah. Lebih dari baju baru, jeans baru, selipar baru, lebih dari segala-galanya.

            Apa yang nak disampaikan disini, tak semestinya kena ada baju raya atau baju baru yang mahal harganya untuk meraikan Hari Raya. Hari Raya tu akan jadi lebih bermakna dan lebih indah (bak lagu Dato Siti Nurhaliza) kalau dirai bersama keluarga. Saya tak kata baju raya tu tak penting. Penting, tapi ikut kemampuan lah. Kalau takde masa atau tak sempat nak beli baju raya sekalipun, takkan  sampai tak nak beraya, kan? So, mula-mula memang aku rasa macam tak best raya tahun ni sebab tak sempat nak prepare. Tapi, it turn out differently. Raya tetap meriah, tetap meletopps kata kau! Tak pikir pun pasal baju baru ke tak ke. Baju lain yang elok pun masih boleh pakai untuk beraya.

            Pokoknya harus bersyukur dengan apa yang ada, dengan pemberian Allah walaupun sedikit. Sebab jauh disudut lain dunia, ada orang yang tak dapat apa yang kita dapat. Ada orang yang lagi susah daripada kita, usah nak pakai, nak makan pun susah. Sedikit sebanyak, aku sendiri terfikir, betapa tak bersyukurnya aku dengan nikmat yang ada. Ya Allah, mudah-mudahan diampunkan dosa oleh-Nya.


Sekian, entry refleksi diri kali ni.

First Raya with Familia

Berayalah kami

Sebahagian keluarga besar Che Yam

Siblings..

Aidilfitri 2015

Sunday, February 8, 2015

Entry 3/2015: Kenali 'Bruxism': Tabiat Ketap Gigi

Assalamualaikum..

            Apa habaq comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem sekalian? Moga-moga dalam keadaan baik selalu hendaknya. Entry kali ni adalah yang ketiga untuk tahun ni. Haa, maklumlah, bila dah kebosanan dek ketandusan idea dan aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti semester ni, mulalah datang inspirasi untuk meng-update blog burok hamba ni.. Ecece.. Kemain banyak bunga bahasa. Cintai bahasa kita. Bhahaha..

            Okay, back to the topic, entry kali ni nak citer pasal pengalaman. Pernah berdepan dengan orang yang mengalaminya dan pernah menghadapi sendiri. Hohoho. Pernah dengar tak bila korang tido dimalam yang hening, sunyi, indah dan hampir-hampir dibuai mimpi lena, tiba-tiba terganggu atau lebih tepat diganggu dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh rakan sebelah ataupun manusia yang hampir dengan anda ketika itu? Hahaha. Bunyi-bunyian yang konon-kononnya nak masuk bertanding Anugerah Juara Lagu 2015, tapi malangnya tak cukup sifat dari setiap aspek. Woahaha..

            Bunyi-bunyian yang dimaksudkan adalah tabiat mengetam atau mengetap gigi ketika tidur. Even aku pun pernah mengalami atau menghidapi tabiat ni. Tak tahulah sama ada tabiat ni diwarisi daripada genetik ataupun tabiat yang normal apabila seseorang berada dalam keadaan terlalu letih dan penat ketika tidur. Apa pun, bunyi yang menakutkan ni dipanggil ‘bruxism’ dalam istilah perubatan dan ia dihasilkan melalui perbuatan mengisar gigi antara gigi-gigi di rahang atas dan bawah sama ada tanpa anda sedari atau sememangnya disengajakan. Bagi aku pula, aku tidak pernah tahu aku menggesel atau mengetap gigi ketika tidur sehinggalah roommate aku yang bagitahu. Hahaha.. *Maaflah yep kalau aku menganggu korang..! Aku mengaku aku pernah mengetap gigi, tapi yang pasti, bukan selalu, okayy..! So, jangan komer memandai-mandai yaai.. Hahaha..

            Ape pun, berdasarkan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, punca-punca atau dalam erti kata lain, penyebab kepada tabiat mengetap gigi ni ialah:
  •         Stress atau tekanan yang dihadapi setiap hari
  •          Susunan gigi yang tidak betul
  •          Posisi badan yang tidak betul
  •          Perubahan hormon
  •          Perubahan gigitan yang berlaku mungkin disebabkan trauma atau rawatan gigi
  •          Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy


Manakala antara tanda dan kesan yang mungkin didapati pada seseorang ialah:

·         Permukaan gigi haus
·         Gigi atau tampalan patah
·         Sakit kepala
·         Sakit dibahagian sendi rahang
·         Gigi terasa ngilu dan sakit
·         Sakit telinga
·         Sakit pada otot muka
·         Sukar untuk tidur

Apa yang anda boleh buat? Untuk mengelak atau mengurangkan tabiat ini, antara cara yang boleh korang semua buat selain daripada mengunyah kapas atau tidur dengan mulut ternganga luas bak badak air ialah:

  • ·      Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang
  • ·      Belajar untuk menangani stress
  • ·      Kurangkan pengambilan alkohol (bagi yang bukan Muslim)
  • ·      Dapatkan nasihat doktor pergigian


Amboihh.. dah macam doktor lagaknya ye? Hahaha.. Sekadar untuk share bersama. Sharing is caring, right? Hehee.. Untuk maklumat lanjut, sedara sedari boleh la melawat laman web Kementerian Kesihatan Malaysia: Tabiat Mengetam Gigi ni. 





Banyak pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang ada kat situ, boleh refer, boleh research, pendek kata semua boleh lah. Saya boleh, anda boleh, Malaysia boleh! Tak gitu? Hehe. Pastu, kalau rajin, kalian jugak boleh baca permasalahan yang berkaitan gigi ni kat blog Gigi Warisan Kita yg ditulis oleh seorang pegawai pergigian yang berpengalaman luas. Bak kata gadis penghias majalah: Fazura, “Barulah gigi anda putih berseri..!”

Sekian, Anneyeong!

Encik Coffee







Monday, February 2, 2015

Entry 2/2015 : Pahit Manis Dua Kosong Satu Empat

              Assalamualaikum..

Salam hangat dan salam sayang (muah ciked) buat semua.. Hahaha.. Rasanya, masih tidak terlalu lewat untuk masih bercerita tentang tahun 2014, meskipun 2015 telah pun menerjah dengan pantasnya seperti jet pejuang Amerika Syarikat.. Haa, nampak? Overnya hyperbola.. Hahaha.. Tapi yang pasti, pejam celik, pejam celik, dah habis satu tahun, lengkap 365 hari. Bermanfaat atau tidak, produktif atau tidak, itu semua atas diri masing-masing. Diri sendiri yang menilai.. Betul tak? Bagi aku, tahun 2014 ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku, ada kalanya berada jauh dibawah, ada juga tinggi bak di awan, susah senang, jatuh bangun, canda, tangis, ketawa, duka (CTKD kauu).. mampuu? Haha.. Banyak perubahan, kenangan, yang pastinya gelak tawa dan air mata sama banyak. Kadang-kadang perit bila difikirkan kembali. Jadi, baik tak payah pikiaq, ye dop? Haha.. Tapi kan, kata orang tak boleh la kita lupakan terus. “Siapa yang lupa akan sejarah, pasti akan mengulanginya.” Kalo tak salah, dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5 ade kata-kata tu. Aku pun tak pasti. Untuk pastikan, sila lah selak buku-buku sejarah adik-adik anda yer.. Kalo adik takde, pinjam jelah dengan jiran korang ke, tanya la sekampung tu.. Haha

So, this entry kinda like a story about what I’ve experienced last year, how I endured difficulties and how I’m able to be at current state, right here, right now.  My first thought, 2014 wasn’t a good year. Ketika itu, aku masih bertungkus-lumus, berhempas-pulas menghabiskan sesuatu yang aku mulakan pada tahun 2010. Pengajian diploma yang masih lagi belum tamat atas sebab yang tertentu. Most of my friends already started their degree’s life while I’m still here. Kata orang lagi, mungkin ini adalah dugaan buat kita dan siapa tahu ada hikmah disebaliknya. Kedengaran cliche kan? Tapi benar, penat, lelah, pahit dan kelatnya meneruskan perjuangan ketika itu, segalanya diserahkan kepada Yang Esa. Alhamdulillah, kesusahan itu diganti dengan balasan yang tidak aku sangka sama sekali. Pengalaman melalui jalan itu sememangnya pahit dan sakit. Bak berjalan di tanah berduri, tiada beralas.

My Birthday celebration by them


The Bachelor's bonding.. hoho

With Cik Yin & Pjiekun

3 Anak dara Kelantan yang havoc.. ;)
Pertengahan 2014 juga tidak kurang hebat dramanya. Sikit lagi nak mencapai taraf sinetron Indonesia. Kelass kau Jahh! Haha.. Mane la tau kot-kot ade penerbit, pengarah nak filemkan kisah hidup aku. Tak pasal-pasal jadi retiss. Hehe.. Pada bulan Mei 2014, entah di mana silapnya, aku menjadi mangsa kes samun di kawasan Tmn Tun Dr. Ismail, Damansara. Entah apa yang ada pada aku yang mebuatkan si penyamun ‘brengset’ itu menjadikan aku sasaran. Phone, wallet, kad pengenalan, kad bank, semua lesap bersama beg galas pada hari itu. Terkejut. Trauma. Cedera. Lebih drama lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari pertama aku mula bekerja as part timer untuk mengumpul duit. Haihh.. Sekarang, boleh la bercerita sambil ketawa mengenai kejadian tu, kalau dulu.. Phobia nak jalan kaki sensorang, nak cerita kat orang pun beremosi. “Ni bala ni, bala..” Dah macam citer kak Limah dah ghopernyer..


Menjelang pertengahan Oktober 2014, sekali lagi tragedi menimpa. Tragedi Oktober. Sebulan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar ijazah, dompet pulak dicuri. Yang tak boleh blah, dompet dicuri kat dalam surau. Aku ulang sekali lagi, Surau. Seriously, aku tak tahu nak cakap apa. Lepas solat, terus mencuri. Haram jadah punya manusia. Dah la pelajar, mentaliti masih lagi dikepala lutut. Tak tahu nak cakap ape dah. Harap-harap si pelaku tu terima lah balasannya nanti. Laporan dah dibuat, tindakan susulan dah diambil. Hukuman dunia mungkin boleh lepas, tetapi hukuman Akhirat belum tentu boleh lepas. Fikir-fikirkanlah wahai manusia berkenaan. Agak sedih jugak dengan apa yang menimpa. Mana tak nya, kerugian besar kali kedua dalam tempoh setahun. Hmm..

Akhirnya, hati sedikit terubat dipenghujung 2014. Berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UiTM ke-82 yg mana menandakan tamatnya pengajian peringkat diploma menjadi penutup tirai tahun sedih aku. Segulung diploma dapat dihadiahkan pada mak dan ayah. Betapa berliku jalan yang dilalui untuk sampai ke tahap ini. Jelas kelihatan wajah gembira mak dan ayah pada hari tu. Aku gembira. Aku bangga. Sememangnya ini yang aku mahukan, ini yang aku nantikan sejak awal bergelar pelajar diploma dahulu. Hmm.. Seems like my terible year finally give me a good ending. A happy ending for my 2014 story. Pengalaman. Memang perit dan tak mudah melaluinya, tapi semua itu la yang membuatkan hati semakin kebal, kurangnya kebergantungan kepada orang, membina keyakinan dan merapatkan diri kepada Pencipta. Ni tahun 2015 ni entah macam mana la pulak. Mohon kengkawan, teman-teman semua doa-doakanlah yang terbaik buat aku ye? Mudah-mudahan tahun ni bakal menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Semestinya buat kalian juga.. Emm, okay lah. Dah banyak membebel. Nanti update citer lain pulak. Hehe..

Sekian, salam sayang daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Eh?

Hahaha..

Encik Coffee

UiTM Kampus Dungun, Terengganu

Pre-Convo di Dewan Agung Tuanku Canselor

Flowers.. Hmm.. I like flowers.. Hehehe

Monday, February 11, 2013

Picisan Channang Sari.. satu kejutan.. Hehe

Assalamualaikum..

"Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.. Sembah patik harap diampun.." Ecece.. intro baekk punya..! (tagline Dafi). Haa, amacam? ade bakat jadi pelakon teater tak? Hua3. Entry kali nie pasai Picisan Channang Sari - ape kebende tuh? Buleh makan ker? Haa.. Nak tau? Jom santai sambil layan entry gua.. Heehee..

Picisan Channang Sari ni sebenor benor nye sebuah teater lakonan artis popular tanah air di Royal Albert Hall, London. Uuu.. Jaoh nun kat negara omputih. Alaaa, yg Usop Wilcha join jadik penari kebudayaan selama seminggu tuh. Haa.. Caye ke tidak? Caye ke tidak? Wakakaka.. Tak payah la nak caye sangat, aku kelentongg jerr sume tuh.. Haha.. Ouh yepp, aku sambung balik citer tadi yepp.. Actually Picisan Channang Sari ni betul la sebuah teater, tapi lakonan teman2 drpd Kelab Kebudayaan UiTM Kuala Tengganu. =)

The story is all about dunia fantasi & dunia realiti dimana 2 org manusia biasa, Irfan & Iskandar telah memasuki dunia fantasi secara tidak sengaja. Di sana, mereka bertemu dgn Cendana, yg merupakan Duyong & Si cantik Bawang Puteh (Garlic kalo dlm bahasa omputeh). Lebih menggerunkan, kehadiran mereka dapat dihidu oleh Ratu Channang Sari. Lagi mengejutkan, Ratu Channang Sari ni bersuara jantan! Hahaha.. Amikk kau! Ratu kejam yg dahagakan darah manusia utk dijadikan ramuan rahsia awet mudanya. Aku pun konpius yg mane lagi menakutkan, sama ada Si Ratu Channang Sari ataupun suara jantannya. Haha.. konpius den, konpius..

Irfan & Iskandar masing2 jatuh hati pada Cendana/Duyong & Bawang Puteh. Klimaks cerita berlaku apabila Iskandar dibunuh oleh Ratu Channang Sari di istana ratu. Irfan yg menjumpai mayat Iskandar membalas dendam dgn menikam Ratu dgn tombak & memboloskan diri ke alam nyata. Si Ratu Channang Sari yg tak nak mengalah bersumpah utk membalas dendam. Means that, akan ada sekuel utk teater nih.. Itu la jawab nye. Hehehe..

Hmm.. bagi aku pulak, teater ni 'okay' laa.. Boley la tahan utk release tension tuu, utk berhibur. Kebanyakan mata tertumpu pada Ratu Channang Sari yg gojess itu yg dilakonkan oleh SISWA drpd Fakulti Art & Design. Haa.. Kak Senah, Mak Jemahh, ape citer watak Ratu laki yg bawak? Kau hadoo? Hahaha.. Tak tecabar ke Kak Senah oii? Hehehe.. Jangan nanti mengadu kat Melodi sudahh. (gurau jer). Hahaha.

Buat Hanis a.k.a Cendana/Duyongg & Arna Farisa a.k.a Bawang Puteh, korang memang awesome! Huhu.. Terhibur jugak malam tuu.. =) By the way, terima kasih yep buat janda-jandaku yg menemani gua & siap ade popcorn lagi.. Hahaha.. Enjoy the pictures..

Adios Sabombas.. !!

Scene Irfan bertemu Cendana a.k.a Duyongg

Prince Mocha with Hanis (Cendana/Duyongg)

Haaa.. glamour gituu si Bawang Puteh ni.. (Arna Farisa)

Bersama pelakon pelakon teater..

Saturday, February 9, 2013

Mr. Mama + Hari Konvokesyen

Assalamualaikum w.b.t..

               Haaa.. Hi guys, lately nie memang malas nak meng-update blog ni. Yela, busy dgn assignment, plus homework bertimbun and bla bla bla.. Hehe.. Agak 'klise' je kan bila cakap busy? Hahaha..

               Okeh, entry kali ni mengenai Mr. Mama & Konvokesyen kali ke-77 UiTM di UiTM Shah Alam. Huu.. Actually, entry kali nie just about sharing my experience in babysit a little kid which is my own cousin. Dialah si comel, dialah 'dongsaeng', dialah buah hati pengarang jantung. Huhu.. Agak susah gak la untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak yg berumur lebih kurang 3 tahun ni coz dah memang lumrahnya untuk terokai apa jua yg ada didepannya walaupun sesuatu itu sebenarnya tidak sesuai bagi dia. Kanak-kanak ni imaginasinya tinggi, kan? Hmm.. Cabaran.. Cabaran.. Tapi takpe, demi buah hati yg aku sayang ni. Hee..

               Bercakap mengenai konvokesyen ni, actually makcik aku punyer konvokesyen. Event dia, so itulah tujuan aku & nenek turun KL ni. Nak meraikan makcik kesayangan aku, ada disamping dia pada hari bahagia dia. Baguskan kan? hehe.. Well, tengok la siapa ni (kembang idung). haha.. Aku turut ditemani sepupu aku, Iskandar yg datang bersama nenek dari Kelantan. Jadi, pada hari penting ni, aku dan Iskandar diberi tugas khas yg amat penting which is menjaga si comel Zakwan Amir Azali nih. Adoyaii.. bukan main buas lagi si Zakwan nim. Segala kelengkapan disediakan dalam satu bag pack termasuk botol susu, air panas, air mineral, Koko Krunch, sapu tangan, pampers, seluar, baju, mainan & yg paling penting, BANTAL BUSUK si Zakwan nih.. Tak lena tido kalo takde bantal nih.. Huh! =p  Aku memulakan tugas setelah ayah & bonda Zakwan menuju ke dewan majlis. Begitu juga dgn nenek.

              Seawal perpisahan, Zakwan punyer la meraung, menangis & meronta-ronta. Aduh.. Banyak pula mata-mata yg memandang kami. Ahhh, pedulikan. Abaikan mereka, yg penting aku pujuk si Zakwan ni dulu. (Positive thinking haha). Kuat benor merontanya, biarpun saiz Zakwan ni takde la besor sangat.. huhu.. Keadaan dapat dikawal sehinggalah Zakwan 'Output'.. Alamaakkk... Mane la tempat nak cuci nih, plus, sesak dgn org ramai. Misi mencari toilet terdekat bermula, panik sebentar.. Tapi, sempat control.. Hehe.. Cool jerr.. Jumpa je toilet, ape lagi, terjahh jerr, takut Zakwan meragam pulakk nanti kalo lambat. Then, basuh la Zakwan punyer  'Output' tuu.. Fuhh.. Kuat baunye.. hihi.. Pastu, lapkan dia, pakaikan dia pampers & seluar. Nak carikan tempat utk pakaikan pampers pun satu hal, punyer ramai la org kat sini.. Hishhh.. Pedulikan org, terus aku baringkan Zakwan di area sinki utk pakaikan dia pampers. Haha..

            Event konvokesyen di Dewan Tuanku Canselor UiTM Shah Alam tamat kira-kira jam 2 ptg dimana sesi ptg pula akan ambil alih. Melihat makcik aku yg berpakaian lengkap bertopi & berjubah membuatkan aku excited & pd masa yg sama sedih. Aku hepi sbb suatu hari nanti aku juga berpeluang memakai jubah itu gak, tapi yg sedih nye, aku tak mungkin akan meraikan majlis bersama rakan-rakan satu bach dgn aku. Hmm.. Puas & bangga terlihat di wajah nenek & makcik aku. Sebelum pulang, sempat lagi bergambar disekitar majlis, menikmati hidangan yg disediakan dan... makcik aku menerima sejambak bunga drpd suaminya. How sweet is that.. Huu.. I'll do the same thing for my future wife.. Hehe.. Makcik aku pula, melihat si Zakwan bersama aku, agak lega dihatinya. Iyela, sepanjang majlis, beberapa kali makcik sms aku bertanyakan soal Zakwan. Risau seorng ibu.. Hehe

           Bagi aku, penat tu memang la penat hari tu, tapi, melihat si comel Zakwan nih hepi bermain, penat tu sedikit sebanyak terubat. Tak salah kalo praktis awal-awal utk jadi Mr. Mama in the future. Hahaha.. Kepuasan tu ada la bila kita dapat melaksanakan tugas dgn sempurna & Zakwan pun hepi.. =)

Mission Accomplished!!



Aku la tuu yg galas 'bag pack' tuu =)

Dari kiri: Nenek, Zakwan dgn Ayahnya, Macik aku (Bonda Zakwan) & Iskandar

Sekitar Konvokesyen

Zakwan & Bondanya

Candid ! 

Ni la buah hati pengarang jantung ku.. Zakwan Amir Azali.. =)

Thursday, January 10, 2013

Bombastic Birthday Blast (3B)

Assalamualaikum w.b.t..

Holla peeps.. Sihat? Da makan? Tido cukup? Hahaha.. banyak tanye la pulak kan? Hehehe.. Harap sihat-sihat la yepp..  Bila sihat, hepi selalu, baru ade mood nak baca blog kann..? Huu..Yela, skang nim banyak penyakit timbul, virus sana sini.. Haishh.. Ouh yer, back to the topic, isu kali nim biasa-biasa je.. takde la gempak mcm berita Dato' Siti Nurhaliza ataupun fenomena "Listen, Listen, Listen" (kalo korang tak tahu, nmpak sangat nk bace paper..hihi) tuu.. 

Kali nie, rumah sewa kitorang, 'The Bachelor's Mansion' kembali riuh dan 'gegey' bak kata org Kelatey. Tu dia haihh.. Tubik doh la loghat pekat kelatey kito. Hehe.. Actually, baru-baru ni  kitorang ade buat aktiviti sesame, which is lunch + birthday celebration. Haa.. yela, nk buat grand ala-ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tu tak mampu la den.. Laen la aku ni anak Dato' ker, Tan Sri ker.. *tinggi nye berangan.. Event 'The Bachelor's Gathering Day & Surprise Party' nim da lame dah ade dalam kepale otak aku. Cuma baru-baru ni je baru ade peluang utk melaksanakan dan merealisasikan Rancangan Malaysia ke brape la nim.. Hehe.. Kalo ikutkan, banyak benda yg aku plan, mengalahkan wedding planner pulakk. Haha..


Lama dah tak berkumpul same-same & celebrate birthday teman-teman aku nih. Memang puas la hati aku bila diorang hepi. Tercapai jugak la matlamat aku nak buat diorang hepi dan surprise kan diorang. Memang diorang tak sangka. Kiranya aku ni planner yg hebat gak la.. Hahaha. Kelakar tengok gelagat diorang. Aku pun turut hepi. Party yg aku organize ni actually adalah utk meraikan 4 org teman 'The Bachelors' yg sambut birtday iaitu Firdaus a.k.a Daus (26 Dec), Pijie a.k.a Kim Jong Kook (3 Jan), Abduh a.k.a Usain Calayan (11 Jan) & Shazwan a.k.a Hyungnim (20 Jan). Meriah betul dgn gelak tawa diorang yg same-same sambut birthday nim. Meriah tahap dewa, gituu.. Hehehe.. Sume org joined this event kecuali Al-Amin coz dia balik time nih. Rugi betull.. ishk ishk ishk.. Sorry yepp..

Enjoy the show, guys.. Pictures of them, their happy faces, makes me feel happy too..

Birthday Cake for them =)

Happy Birthday to Daus, Pijie, Abduh & Iwan

Upacara menyalakan lilin.. hehe

Ni la dia birthday boys tuu.. From left: Pijie, Abduh, Daus & Iwan

Blow the candle ceremony.. ^^

Hyungnim Iwan

Adik tiri Daus

Pok Sedare Abduh

Wajah-wajah diraikan..

Hyungnim & Me

Nyum Nyum Nyumm... =)

Wif birthday boy. From left : Ayin, Daus and me

Hahaa.. lepas kene snow..

Me & Daus

Kim Jong Kook & me

Abg Jie kiterr.. =)

Snow wash?? hehehe

Mangsa 1

Hahaha.. Daus paling best..

Santa Claus?

Abe Jie a.k.a Kim Jong Kook

Hmmm.. lega bila sume yg aku plan ni terlaksana jugak biarpun ada juga sedikit sebanyak kekurangan, tetapi terlaksana jua. Lagipun, ini adalah yg birthday celebration yg terakhir bersama 'The Bachelors'. Apakan daya, kami sudah pun berada di semester terakhir disini. Harapan aku, moga aku tidak dilupakan oleh kalian sebagai sahabat kalian walau dimana jua kalian berada.

*Jutaan terima kasih kpd Ahmad Shakirin Sulong, Izzuddin Hakim, Asmirul Afzan & lain-lain diatas bantuan & kerjasama anda utk menjayakan party kali nim.. =) Kamsahamnida..!


Shakirin.. =)

Izzudin Hakim a.k.a Akim

Jumpa lagi..
Adios..

Friday, September 7, 2012

Status Yang- Berhormat (YB)

Assalamualaikum...
Yo! whassup menngg?? Haha.. Hope you guys just fine and stay healthy.. Hee.. Emm.. Actually, this is an entry that I did not plan to post but... There's few juniors asking me to update since my last post was in May 2012 and now we're in September 2012. Quite a long time isn't it? Huhu.. The juniors are Scha Alya & Arni Syuhada.. Thanks to them, for giving me encourage and still support in blogging although I'm a newbie in this blogging world =)

About the tittle, its about debate.. debators.. motion.. P.O.I and so many rules. Debate?? What is it? Me? Why me?? Aigooo.. This is really crazy.. Haishh chincha!  I'm totally out of mind. Dah la 'debate', I mean English Debate.. "OMG" & Oh My Englishh.. !! Hahaha.. Sbb tu la post den dalam bahaso omputeh nieh.. den cubo ni haa nak skiping (speaking) London. Actually, debat ni bukan la bidang PM, jauh sekali pernah bedebat secara rasmi sebelum niey.. Hurmm.. Together with my besties, Hafizi (Pjiekun), Shakirin (Ahmad Ayin) & Nawal Abd Aziz (Isobaric Thermodynamics), I'm started to join the training. Hurmm.. Ottoke?? Ottoke?? Aku ni dah la somebody yg automatically gugup lagi gagap bila berdepan dgn audience. Even masa present assignment depan classmate yg ciput pun da gugup dah.. ni apatah lagi depan audience yg ramai.. Hohoho. Kalo jadik management team bagi team debat boley laa.. kalo debate team itself, i'm not so sure about it.. Ngeee *_* 

Deep inside of myself, PM mmg ada "angan & sedar" (lagu mawi) a.k.a angan2 to be a debator, tapi bila fikir2 balik about myself, "can I do this?" "can I?" Adoyaii.. I don't know whether I can do this or not.. =/   My buddy, Hafizi ada bagitau sampai bila aku nak letak 'barrier' dlm diri? Kita takkan tahu potensi diri sendiri selagi kita tak cuba buat, kan? Sampai bila nak stay gagap depan audience? Time ni la nak latih diri utk be more confident in myself, latih utk bercakap depan audience.. Hmm.. korang pulakk, any suggestions for me? Hadoyaii.. dilemma.. dilemma.. I think what are my buddy has said was true.. ada betul nye & make sense laa.. So I decided to join them in the debate team. Hopefully everythings gonna be alright coz at this point, my CGPA, my Math & my studies need to be focus on. Ya Allah, please guide me in whatever I do.. Aminn..

Hmm.. our coach (Abg Syahmi) said that I have the potential to be a debator. But I know, without work hard & passion, potential itself won't be enough to make me as a debator, right? Or he just said that to encourage me join the team.. =/    *sight   =_="

Okie la guys. I guess I'll end up my entry this time right here ^^ bubyyee.. =)






These pictures was when I'm in a management team..  kalo nak jadi debator tu tak pasti la mampu ke tak..