Just A Melody..

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, June 2, 2015

Entry 5/(2015): Holiday? Nak Ikut Gakk..!



Assalamualaikum people!

            Haaa.. Tak jawab salam berdosa kau! Haha.. Jawab dalam hati pun takpe, asalkan jawab.. Kan? Hehee.. Salam rindu, salam cayang, salam muah cikedd buat semua. Haha.. Maklumlah lama tak menulis. Geli–geleman tak? Haha ;p Anyway, minggu  ni banyak masa sikit nak menulis. Err.. Actually, tak banyak pun, yela.. Nama je cuti seminggu, tapi assignment, lab reports, presentation tetap je menimbun. Tak tau apa maknanya istilah cuti seminggu tu. Hahaha. Biasalah, hidup ‘student’ ni memang camni, bukan nak merungut, cuma nak berkongsi aje. So, chillax lah.. Hahaha..

By the way, cuti seminggu ni nampaknya dimanfaatkan sebetul–betulnya oleh kawan–kawan aku. Mana taknya, bahagia je aku tengok instagram, facebook mahupun twitter diorang ni meng-update moment–moment bahagia. Ada yang ke Indonesia lah, Krabi lah, Langkawi lah, Cameron lah,  dan banyak lagi lah. Eh? Tolong sikitt, takde makna nya nak jeless.. Huh! Emm, okay, jeles sikit laar. Haha. So far, aku takde lagi plan nak holiday ke, short gateway ke apa ke memana. Lagipun, keadaan aku jugak yang tak berapa nak mengizinkan. Hanya mampu melihat jela, kebahagiaan kawan–kawan dari jauh. Hmm..

Kalau ye pun nak berjalan, at least, poket kena la tebal kan? Kalau jalan–jalan tak beli apa–apa tak best gak kan? Alahh, bukan setakat nak shopping, nak makan pun pakai duit gak, kan? Ke kau nak makan meggi je sepanjang percutian kau tu? Memang tak la kann.. Other than that, assignment yang menimbun tadi pun, kalo takde inisiatif nak siapkan, memang tak sudah la jawabnya. So, nak tak nak kena postpone jela hasrat terpendam di hati nak bercuti, holiday bagai ke sana sini. Sabar ye duhai hati, pujuk diri sendiri supaya sabar. Sabar dengan apa yang kau lihat wahai diri. Kadang – kadang apa yang kau lihat tak semuanya mampu untuk kau capai. Mungkin belum sampai rezeki kau untuk itu. Sabar ya?

Teringin tu memang la teringin. Tapi apakan daya. Lain la kau ni jenis spesies bertuah, lahir-lahir je kat dunia, dah ada sudu perak dalam mulut kau. Ala-ala Richest Kids of Malaysia ke, spesies tinggal kat Beverly Hills ke ape ke.. Tu lain la.. Mintak je apa kau nak, kalau tak esok, minggu depan, kalau tak minggu depan, bulan depan dapat la tu. Bagi aku, hanya sekadar berangan jela. Bersyukur dengan apa yang ada, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki oleh Pencipta. Keep head up! Go princemcoha go! Hahaha. Motivasi diri sendiri. Anyway, bersyukur itu memang penting, mengingatkan kita, betapa bertuahnya kita, especially aku at least dapat gak makan, kan? Sedangkan ada je orang yang tak dapat makan. Hmm.. Baiklah princemocha, tahan lah nafsu bercuti kau tu. Belaja tu dulu. Nanti bila dah ada duit, pergi lah nak pergi memana pun.. Okay? J

So, sape-sape yang masih lagi takde kesempatan nak melancong tu, jom kita belaja dulu, create savings, bila dah too many to count, kita pergi sesama, kayy? Hehehe.. Adios!

princemocha,  1/6/2015 (4.44 a.m)




Teringin gak nak ke Eiffel Towel, Paris

Private jet lagi tuh.. 

Ni lagi kayo, dah takde binatang lain nak bela, sampai bela Singa.

Di sudut lain dunia, ada yang nak makan pun susah.. Sedih bila tengok.. 

Tidur bukannya tilam yang empuk, bilik yang berhawa dingin, cukup berbantal lengan, malah di tepi jalan.. Hmm.. :(

Monday, February 2, 2015

Entry 2/2015 : Pahit Manis Dua Kosong Satu Empat

              Assalamualaikum..

Salam hangat dan salam sayang (muah ciked) buat semua.. Hahaha.. Rasanya, masih tidak terlalu lewat untuk masih bercerita tentang tahun 2014, meskipun 2015 telah pun menerjah dengan pantasnya seperti jet pejuang Amerika Syarikat.. Haa, nampak? Overnya hyperbola.. Hahaha.. Tapi yang pasti, pejam celik, pejam celik, dah habis satu tahun, lengkap 365 hari. Bermanfaat atau tidak, produktif atau tidak, itu semua atas diri masing-masing. Diri sendiri yang menilai.. Betul tak? Bagi aku, tahun 2014 ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku, ada kalanya berada jauh dibawah, ada juga tinggi bak di awan, susah senang, jatuh bangun, canda, tangis, ketawa, duka (CTKD kauu).. mampuu? Haha.. Banyak perubahan, kenangan, yang pastinya gelak tawa dan air mata sama banyak. Kadang-kadang perit bila difikirkan kembali. Jadi, baik tak payah pikiaq, ye dop? Haha.. Tapi kan, kata orang tak boleh la kita lupakan terus. “Siapa yang lupa akan sejarah, pasti akan mengulanginya.” Kalo tak salah, dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5 ade kata-kata tu. Aku pun tak pasti. Untuk pastikan, sila lah selak buku-buku sejarah adik-adik anda yer.. Kalo adik takde, pinjam jelah dengan jiran korang ke, tanya la sekampung tu.. Haha

So, this entry kinda like a story about what I’ve experienced last year, how I endured difficulties and how I’m able to be at current state, right here, right now.  My first thought, 2014 wasn’t a good year. Ketika itu, aku masih bertungkus-lumus, berhempas-pulas menghabiskan sesuatu yang aku mulakan pada tahun 2010. Pengajian diploma yang masih lagi belum tamat atas sebab yang tertentu. Most of my friends already started their degree’s life while I’m still here. Kata orang lagi, mungkin ini adalah dugaan buat kita dan siapa tahu ada hikmah disebaliknya. Kedengaran cliche kan? Tapi benar, penat, lelah, pahit dan kelatnya meneruskan perjuangan ketika itu, segalanya diserahkan kepada Yang Esa. Alhamdulillah, kesusahan itu diganti dengan balasan yang tidak aku sangka sama sekali. Pengalaman melalui jalan itu sememangnya pahit dan sakit. Bak berjalan di tanah berduri, tiada beralas.

My Birthday celebration by them


The Bachelor's bonding.. hoho

With Cik Yin & Pjiekun

3 Anak dara Kelantan yang havoc.. ;)
Pertengahan 2014 juga tidak kurang hebat dramanya. Sikit lagi nak mencapai taraf sinetron Indonesia. Kelass kau Jahh! Haha.. Mane la tau kot-kot ade penerbit, pengarah nak filemkan kisah hidup aku. Tak pasal-pasal jadi retiss. Hehe.. Pada bulan Mei 2014, entah di mana silapnya, aku menjadi mangsa kes samun di kawasan Tmn Tun Dr. Ismail, Damansara. Entah apa yang ada pada aku yang mebuatkan si penyamun ‘brengset’ itu menjadikan aku sasaran. Phone, wallet, kad pengenalan, kad bank, semua lesap bersama beg galas pada hari itu. Terkejut. Trauma. Cedera. Lebih drama lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari pertama aku mula bekerja as part timer untuk mengumpul duit. Haihh.. Sekarang, boleh la bercerita sambil ketawa mengenai kejadian tu, kalau dulu.. Phobia nak jalan kaki sensorang, nak cerita kat orang pun beremosi. “Ni bala ni, bala..” Dah macam citer kak Limah dah ghopernyer..


Menjelang pertengahan Oktober 2014, sekali lagi tragedi menimpa. Tragedi Oktober. Sebulan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar ijazah, dompet pulak dicuri. Yang tak boleh blah, dompet dicuri kat dalam surau. Aku ulang sekali lagi, Surau. Seriously, aku tak tahu nak cakap apa. Lepas solat, terus mencuri. Haram jadah punya manusia. Dah la pelajar, mentaliti masih lagi dikepala lutut. Tak tahu nak cakap ape dah. Harap-harap si pelaku tu terima lah balasannya nanti. Laporan dah dibuat, tindakan susulan dah diambil. Hukuman dunia mungkin boleh lepas, tetapi hukuman Akhirat belum tentu boleh lepas. Fikir-fikirkanlah wahai manusia berkenaan. Agak sedih jugak dengan apa yang menimpa. Mana tak nya, kerugian besar kali kedua dalam tempoh setahun. Hmm..

Akhirnya, hati sedikit terubat dipenghujung 2014. Berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UiTM ke-82 yg mana menandakan tamatnya pengajian peringkat diploma menjadi penutup tirai tahun sedih aku. Segulung diploma dapat dihadiahkan pada mak dan ayah. Betapa berliku jalan yang dilalui untuk sampai ke tahap ini. Jelas kelihatan wajah gembira mak dan ayah pada hari tu. Aku gembira. Aku bangga. Sememangnya ini yang aku mahukan, ini yang aku nantikan sejak awal bergelar pelajar diploma dahulu. Hmm.. Seems like my terible year finally give me a good ending. A happy ending for my 2014 story. Pengalaman. Memang perit dan tak mudah melaluinya, tapi semua itu la yang membuatkan hati semakin kebal, kurangnya kebergantungan kepada orang, membina keyakinan dan merapatkan diri kepada Pencipta. Ni tahun 2015 ni entah macam mana la pulak. Mohon kengkawan, teman-teman semua doa-doakanlah yang terbaik buat aku ye? Mudah-mudahan tahun ni bakal menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Semestinya buat kalian juga.. Emm, okay lah. Dah banyak membebel. Nanti update citer lain pulak. Hehe..

Sekian, salam sayang daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Eh?

Hahaha..

Encik Coffee

UiTM Kampus Dungun, Terengganu

Pre-Convo di Dewan Agung Tuanku Canselor

Flowers.. Hmm.. I like flowers.. Hehehe

Saturday, February 9, 2013

Mr. Mama + Hari Konvokesyen

Assalamualaikum w.b.t..

               Haaa.. Hi guys, lately nie memang malas nak meng-update blog ni. Yela, busy dgn assignment, plus homework bertimbun and bla bla bla.. Hehe.. Agak 'klise' je kan bila cakap busy? Hahaha..

               Okeh, entry kali ni mengenai Mr. Mama & Konvokesyen kali ke-77 UiTM di UiTM Shah Alam. Huu.. Actually, entry kali nie just about sharing my experience in babysit a little kid which is my own cousin. Dialah si comel, dialah 'dongsaeng', dialah buah hati pengarang jantung. Huhu.. Agak susah gak la untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak yg berumur lebih kurang 3 tahun ni coz dah memang lumrahnya untuk terokai apa jua yg ada didepannya walaupun sesuatu itu sebenarnya tidak sesuai bagi dia. Kanak-kanak ni imaginasinya tinggi, kan? Hmm.. Cabaran.. Cabaran.. Tapi takpe, demi buah hati yg aku sayang ni. Hee..

               Bercakap mengenai konvokesyen ni, actually makcik aku punyer konvokesyen. Event dia, so itulah tujuan aku & nenek turun KL ni. Nak meraikan makcik kesayangan aku, ada disamping dia pada hari bahagia dia. Baguskan kan? hehe.. Well, tengok la siapa ni (kembang idung). haha.. Aku turut ditemani sepupu aku, Iskandar yg datang bersama nenek dari Kelantan. Jadi, pada hari penting ni, aku dan Iskandar diberi tugas khas yg amat penting which is menjaga si comel Zakwan Amir Azali nih. Adoyaii.. bukan main buas lagi si Zakwan nim. Segala kelengkapan disediakan dalam satu bag pack termasuk botol susu, air panas, air mineral, Koko Krunch, sapu tangan, pampers, seluar, baju, mainan & yg paling penting, BANTAL BUSUK si Zakwan nih.. Tak lena tido kalo takde bantal nih.. Huh! =p  Aku memulakan tugas setelah ayah & bonda Zakwan menuju ke dewan majlis. Begitu juga dgn nenek.

              Seawal perpisahan, Zakwan punyer la meraung, menangis & meronta-ronta. Aduh.. Banyak pula mata-mata yg memandang kami. Ahhh, pedulikan. Abaikan mereka, yg penting aku pujuk si Zakwan ni dulu. (Positive thinking haha). Kuat benor merontanya, biarpun saiz Zakwan ni takde la besor sangat.. huhu.. Keadaan dapat dikawal sehinggalah Zakwan 'Output'.. Alamaakkk... Mane la tempat nak cuci nih, plus, sesak dgn org ramai. Misi mencari toilet terdekat bermula, panik sebentar.. Tapi, sempat control.. Hehe.. Cool jerr.. Jumpa je toilet, ape lagi, terjahh jerr, takut Zakwan meragam pulakk nanti kalo lambat. Then, basuh la Zakwan punyer  'Output' tuu.. Fuhh.. Kuat baunye.. hihi.. Pastu, lapkan dia, pakaikan dia pampers & seluar. Nak carikan tempat utk pakaikan pampers pun satu hal, punyer ramai la org kat sini.. Hishhh.. Pedulikan org, terus aku baringkan Zakwan di area sinki utk pakaikan dia pampers. Haha..

            Event konvokesyen di Dewan Tuanku Canselor UiTM Shah Alam tamat kira-kira jam 2 ptg dimana sesi ptg pula akan ambil alih. Melihat makcik aku yg berpakaian lengkap bertopi & berjubah membuatkan aku excited & pd masa yg sama sedih. Aku hepi sbb suatu hari nanti aku juga berpeluang memakai jubah itu gak, tapi yg sedih nye, aku tak mungkin akan meraikan majlis bersama rakan-rakan satu bach dgn aku. Hmm.. Puas & bangga terlihat di wajah nenek & makcik aku. Sebelum pulang, sempat lagi bergambar disekitar majlis, menikmati hidangan yg disediakan dan... makcik aku menerima sejambak bunga drpd suaminya. How sweet is that.. Huu.. I'll do the same thing for my future wife.. Hehe.. Makcik aku pula, melihat si Zakwan bersama aku, agak lega dihatinya. Iyela, sepanjang majlis, beberapa kali makcik sms aku bertanyakan soal Zakwan. Risau seorng ibu.. Hehe

           Bagi aku, penat tu memang la penat hari tu, tapi, melihat si comel Zakwan nih hepi bermain, penat tu sedikit sebanyak terubat. Tak salah kalo praktis awal-awal utk jadi Mr. Mama in the future. Hahaha.. Kepuasan tu ada la bila kita dapat melaksanakan tugas dgn sempurna & Zakwan pun hepi.. =)

Mission Accomplished!!



Aku la tuu yg galas 'bag pack' tuu =)

Dari kiri: Nenek, Zakwan dgn Ayahnya, Macik aku (Bonda Zakwan) & Iskandar

Sekitar Konvokesyen

Zakwan & Bondanya

Candid ! 

Ni la buah hati pengarang jantung ku.. Zakwan Amir Azali.. =)

Thursday, January 10, 2013

Bombastic Birthday Blast (3B)

Assalamualaikum w.b.t..

Holla peeps.. Sihat? Da makan? Tido cukup? Hahaha.. banyak tanye la pulak kan? Hehehe.. Harap sihat-sihat la yepp..  Bila sihat, hepi selalu, baru ade mood nak baca blog kann..? Huu..Yela, skang nim banyak penyakit timbul, virus sana sini.. Haishh.. Ouh yer, back to the topic, isu kali nim biasa-biasa je.. takde la gempak mcm berita Dato' Siti Nurhaliza ataupun fenomena "Listen, Listen, Listen" (kalo korang tak tahu, nmpak sangat nk bace paper..hihi) tuu.. 

Kali nie, rumah sewa kitorang, 'The Bachelor's Mansion' kembali riuh dan 'gegey' bak kata org Kelatey. Tu dia haihh.. Tubik doh la loghat pekat kelatey kito. Hehe.. Actually, baru-baru ni  kitorang ade buat aktiviti sesame, which is lunch + birthday celebration. Haa.. yela, nk buat grand ala-ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tu tak mampu la den.. Laen la aku ni anak Dato' ker, Tan Sri ker.. *tinggi nye berangan.. Event 'The Bachelor's Gathering Day & Surprise Party' nim da lame dah ade dalam kepale otak aku. Cuma baru-baru ni je baru ade peluang utk melaksanakan dan merealisasikan Rancangan Malaysia ke brape la nim.. Hehe.. Kalo ikutkan, banyak benda yg aku plan, mengalahkan wedding planner pulakk. Haha..


Lama dah tak berkumpul same-same & celebrate birthday teman-teman aku nih. Memang puas la hati aku bila diorang hepi. Tercapai jugak la matlamat aku nak buat diorang hepi dan surprise kan diorang. Memang diorang tak sangka. Kiranya aku ni planner yg hebat gak la.. Hahaha. Kelakar tengok gelagat diorang. Aku pun turut hepi. Party yg aku organize ni actually adalah utk meraikan 4 org teman 'The Bachelors' yg sambut birtday iaitu Firdaus a.k.a Daus (26 Dec), Pijie a.k.a Kim Jong Kook (3 Jan), Abduh a.k.a Usain Calayan (11 Jan) & Shazwan a.k.a Hyungnim (20 Jan). Meriah betul dgn gelak tawa diorang yg same-same sambut birthday nim. Meriah tahap dewa, gituu.. Hehehe.. Sume org joined this event kecuali Al-Amin coz dia balik time nih. Rugi betull.. ishk ishk ishk.. Sorry yepp..

Enjoy the show, guys.. Pictures of them, their happy faces, makes me feel happy too..

Birthday Cake for them =)

Happy Birthday to Daus, Pijie, Abduh & Iwan

Upacara menyalakan lilin.. hehe

Ni la dia birthday boys tuu.. From left: Pijie, Abduh, Daus & Iwan

Blow the candle ceremony.. ^^

Hyungnim Iwan

Adik tiri Daus

Pok Sedare Abduh

Wajah-wajah diraikan..

Hyungnim & Me

Nyum Nyum Nyumm... =)

Wif birthday boy. From left : Ayin, Daus and me

Hahaa.. lepas kene snow..

Me & Daus

Kim Jong Kook & me

Abg Jie kiterr.. =)

Snow wash?? hehehe

Mangsa 1

Hahaha.. Daus paling best..

Santa Claus?

Abe Jie a.k.a Kim Jong Kook

Hmmm.. lega bila sume yg aku plan ni terlaksana jugak biarpun ada juga sedikit sebanyak kekurangan, tetapi terlaksana jua. Lagipun, ini adalah yg birthday celebration yg terakhir bersama 'The Bachelors'. Apakan daya, kami sudah pun berada di semester terakhir disini. Harapan aku, moga aku tidak dilupakan oleh kalian sebagai sahabat kalian walau dimana jua kalian berada.

*Jutaan terima kasih kpd Ahmad Shakirin Sulong, Izzuddin Hakim, Asmirul Afzan & lain-lain diatas bantuan & kerjasama anda utk menjayakan party kali nim.. =) Kamsahamnida..!


Shakirin.. =)

Izzudin Hakim a.k.a Akim

Jumpa lagi..
Adios..

Friday, November 30, 2012

Mengapa bah ku berubah??

Assalamualaikum...

             What's up peeps? Shahhh Alammmm... peace yoo! (ala-ala Dato' AC Mizal kat Maharaja Lawak Mega). Haaa... Gituu.. Kau ado?? Hurm.. Tinggal sehari dua lagi utk aku mengubati kesedihan, membuang yg keruh, mengambil yg jernih. (stail karang berperibahasa ;p) . Tanggal 2 Disember 2012, bermulah lah semester baru, semester 6 UiTM Kuala Terengganu. Semester baru, niat baru, impian baru, dapat kawan baru, cita-cita baru dan aku pun baru. Aku ingin berubah.. (dgn seriusnya) Berubah ke arah lebih baik. Mungkin disebabkan dek tekanan 'jiwa' yg aku alami, yg mana memaksa aku utk tinggalkan rumah (oppss, bukan lari dari rumah, yer) dan berehat di kediaman mak sedara kesayangan di Bandar Utama, Damansara. (Haha, mcm artiss pulakk siap ade rumah utk berehat). Makcik aku yg selalu menyayangi, memahami, dia dialah selalu tempat aku berkongsi rasa, cerita dan masalah. Hati dan minda sedikit tenang apabila mendengar nasihat dan dorongan daripada makcik kesayangan aku sedari kecil ini. Ditambah pula dgn sahabat seperti Pijie, Eda Adnan, Misz Lynna, Mimie Mohd, Firdaus Mamat & Iwan yg menghantar mesej nasihat dan membantu mententeramkan jiwa ini, sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan yg tak menentu ini.

           Bukannya aku tidak pernah 'jatuh' sebelum ini, tetapi aku memang seorang yg sangat 'butuh' pada sokongan. Jikalau tidak, memang gila lah aku agaknya. Huhuu.. Mesej-mesej nasihat & dorongan yg aku terima, aku simpan rapi utk dibaca berulang kali tika virus 'semangat luntur' kembali menyerang. Sebagai satu inisiatif lain selain daripada solat hajat & berdoa memohon dilapangkan dada, ditenangkan jiwa & ditabahkan hati utk aku tempuhi hari-hari yg belum lagi pasti. Semoga doaku didengar & dikabulkan oleh Allah S.W.T. Aminnn...

         'Bertapa' di rumah makcik kesayangan di Taman Tun Dr. Ismail nie boleh dikatakan banyak membantu aku mengatasi kemurungan, kekecewaan, kesedihan & pelbagai 'ke' lagi yg bermain-main dlm kepala otak aku nim.. Kat sini, aku menyibukkan diri aku yg tak seberapa busy nim dgn melayan karenah si Zakwan Amir Azali, sepupu kecil yg super-lincah yg berusia 3 tahun lebih (mungkin). Besides, aku juga membantu makcik aku menyiapkan kerjanya yg ada kat umah tu. (biase la, anak sedara yg baik, kann) Hahaha. Di kala bosan, aku panjangkan langkah, berjalan ala model fesyen dgn macho nya ke One Utama yg tak jauh dari rumah. Itu pun satu faktor yg menyebabkan aku suka tinggan kat umah makcik aku. Ya, One Utama tu la, shopping mall yg ke-4 terbesar di dunia..! haa.. terkejut tak? kih3 :p Itulah aku, sedikit sebanyak lupa akan 'sedih' dalam diri disamping dapat  cuci-cuci mata melihat trend fesyen terkini. (bukan cuci mata yg bukan2, ek..) Ha ha ha ha..

         Memandangkan cuti yg dinikmati kian sampai ke pnghujung, maka akan bermula lah catu pertempuran baru. Pertempuran yg mana aku perlu memenanginya walau apa jua cara. So, ape kena mengena citer nie ngn tajuk?? Hee heee.. Maka, anak sedare Pak Jabit nie nak bagi tau komer, sebenor - benor nye, takde kene mengena punn... Cuma den yg ingin berubah, nak berubah jadi lebih baik, nak jadi muslim yg bagus, nak jadi kawan yg baik,nak jadi lebih kuat, super nice, superman, super junior (eh silapp), nak jadi pelajar yg cemerlang.. ^^ jadi, Insan yg cemerlang, adalah insan yg... (alamakk lupa dialog Dato' Dr. Fadzilah Kamsah) keh3.. Selepas agak down dgn diri sendiri sket, I wish I wan to be a new person, bebas drpd 'drama-drama'. Sedeeyhhh.... Semoga aku menjadi insan yg lebih baik, lebih tabah, dan lebih berusaha pd masa akan datang. Semoga juga kalian doakanlah buat aku yerr.. mudah mudahan doa aku diterima ..
Aminnnn....


Ni la dia Zakwan Amir Azali.. ^^

Zakwan Amir with me ;p

This mak sedare kesayangan aku.. ^^

Wednesday, November 28, 2012

Tragedi Oktober: Its Just A Beginning..

Assalamualaikum..

            Hai.. Sekali lagi jari jemari gue berlumba-lumba utk menaip.. utk luahkan.. utk ceritakan.. apa yg ada dlm kad memori di kepala. Ianya bagai satu lagi episod yg perlu aku lalui dlm drama kehidupan. Suasana agak sayu pada ketika itu (18 & 19 Oktober 2012). Pada saat rakan-rakan  'bebas' daripada dijajah peperiksaan, aku masih lagi bergelut. Tatkala ada yg gembira memulakan cuti, aku masih disini menanti.. dgn penuh debaran, mungkin.. rumah sewa nie dah mula terasa sepi, kosong, luas sedangkan tak pernah terasa begitu pun sebelum ini. Mungkin disebabkan ketiadaan housemate yg selalunya gegak gempita dgn senda gurau. Selama mereka belum pulang, terasa juga menjengkelkan disaat mereka bergurau satu sama lain. Bila dah tak ada, terasa sunyi pula. Mungkin ini lah yg org kata, bila didepan mata, tak hargai.. bila tiada, tercari cari.. Tambah sedih lagi, bila roomate aku Kim Jong Kook a.k.a Pijie mahu berangkat pulang, meninggalkan aku bersama Faez, Iwan & Ayin yg sekali sekala datang melawat. Aku faham sih, malah sudah dijelaskan sebab dan musabab mengapa dia perlu pulang dahulu. Sebelum pulang, Pijie nie telah pun menemani aku selama beberapa hari. Itu pun sudah memadai. Terima kasih, sahabat..!!  ^^

18 Oktober 2012
        Pada tarikh ni, Iwan pulak yg akan pulang.. Haiii... sedihh betul.. Huu.. Terasa luas giler la pulak umah, umpama banglo yg berbillion-billion ringgit harganya. Mana tak nya, cuma ada aku & Faez je. Meriah bukan? Huu.. Aku perlu study utk subjek yg masih lagi membelenggu aku iaitu MAT 183. Haisshhh.. Sedikit sebanyak tergugat jugak mood aku tambah pula bila berada dlm situasi begini. Dipandang nya buku dan soalan-soalan yg mahu dibuat, terbayang pula rumah yg seakan akan memanggil pulang. Nie la kesan nya bila paper bertarikh last dlm jadual peperiksaan. Menyedihkan! Betapa sukarnya berada di sini, di saat ini =,=". Kemudian, Ayin datang bermalam dirumah ni bagi menemani aku & membantu aku mengulang kaji. Woaaa.. terharuuu nihhhh... sangat terharu.. Nak tak nak, aku harus study utk paper yg last nie..

19 Oktober 2012
    Hari yg ditunggu tiba. Aku bangun bersiap sedia utk ke dewan peperiksaan agak awal sedikit. Ketika bersiap, sempat lagi mengamati suasana rumah yg aku diami nie. Lengang! Sungguh sepi. Langsung aku lontar pula pandangan ke luar tingkap. Kelihatan tanah mula basah.. Alamakkk!! Hujan! Dalam 7 hari dlm seminggu, hari nie dipilih utk hujan di pagi hari ni. Menambahkan lagi kegusaran hati aku. Untung ada Ayin. Kebetulan Ayin juga ingin pulang ke rumah awal pada hari itu. Dikejutnya Ayin bagi meminta utk menghantar aku ke kampus sebelum dia pulang ke rumah. Ayin bersetuju. Great! Setelah sampai dipintu pagar kampus, kami berpisah disitu dan meneruskan agenda masing-masing. Ayin bergerak pulang. Hurmm.. Satu lagi hari yg aku perlu tempuhi dimana satu persatu teman aku pulang. *sigh.. Aigoo..

     Kesimpulannya, aku tahu.. cukup tahu dan pasti yg ini semua hanyalah permulaan. Permulaan bagi satu lagi episod dlm drama kehidupan aku dimana aku disini tanpa rakan-rakan rapat aku yg bergelar sahabat. Ini bukan lagi satu ramalan, tetapi sesuatu yg sudah pasti kebenarannya. Hidup aku perlu diteruskan, pengajian mesti diteruskan walaupun mereka tidak lagi disisi aku, menyokong dan memberi semangat pada aku nanti. Satu semester berbaki bersama mereka akan aku hargai kerana bagi aku, kawan senang dicari, tapi yg benar-benar memahami & ada 'chemistry' sukar utk ditemui.. As I said before, this is just the beginning, there  still a long journey for me to go through. To Pijie, Ayin, Faez, & Iwan, thanks for accompany me for my last paper.. =) Kumawo.. Chincha- chincha kumawo..

For you guys:
~ Ketawa bersama, menangis pun bersama..
   Ku berharap agar kita masih tetap bersama..

   Rasa hati ini, telah lama aku pendamkan,
   Tiba masanya segala-galanya aku ceritakan..
   Engkau kan pergi.. pergi mu tak akan kembali..
   Tiba masanya kau cari teman pengganti.. ~




Thursday, September 6, 2012

Raya 2012 in Mocha's Style..

Assalamualaikum...
whassup - whassup guys? Hmm.. Quite a sudden comeback after few months in silence.. Huhu.. Actually bukan x nak update, tapi because of time factor & keadaan yg selalu membantutkan niat PM nk update blog yg x berapa ramai follower niey.. (ayat mintak simpati) Huuu.. =p sedeyyhhh! Haha

Before I'm going to far with this entry, PM nak ucapkan Salam Lebaran buat teman2, Prince Mocha (PM), rakan2 FB Afieq Coffee Prince, & pembaca blog PM (bajet hot stuff skejap) =p.. Rasanya, masih x terlambat lagi kowt since kita masih lagi di bulan Syawal niey ^^ .. So, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.. !!! Hehe.. Kalo ade duit raya/angpau yg masih lagi bebaki tu, sila sila lah hulurkan ke sini yer? Hehe.. Kalo nak bagi kuih raya pomm boleyyy gakk..

Okie, for this year raya, benda yg x dapat nak elak opkoss la baju raya, warna tema, open houze & banyak lagi lahh yg WAJIB difikirkan, right? By the way, ape pendapat korang (if ade yg sudi bagi opinion la), wajar lagi tak remaja 25 tahun & below diberi duit raya? Haha.. soklan cepumass je tuu.. Emm.. for me, ikot suka org yg nk bagi tu la kan.. kalo ada yg menghulur, amik jelaa. kan? Tak payah la nk jual-jual mahal bagai.. Dah rezeki, terima jela.. tak gitu? Hehe.. Kalo PM, PM amik jer, buat muka ala2 baby face gituu.. Haha.. Hmmm.. maybe org yg nak bagi tu betul2 ikhlas nak bagi, so amik la.. Kalo tak, kecik ati dia pulakk.. sentapp karang, susahh..! Haha.. =p

Aidilfitri 2012 niey, memang best bg PM coz semua family members dpt berkumpul kat kampung. Even my beloved aunt pun dpt balik awal few days before raya, so it is awesome for me coz i'm a guy who likes to play with children.. Hehe.. (patot la perangai mcm budak..! ) Once again, raya tahun ni PM still being single & available without any girlfriend.. Hmmm... =/ jeles nyer tengok member2 yg dah berpunya pd raya tahun niey.. Moga2 berkekalan la hubungan korang yerr.. Haishhh..!!! x boleyy jadik nih..! Maakkkk...!! Along nak kawennnn...!! Hahaha.. takder la, meroyan jer tuhh.. Em, maybe takde jodoh lagi. Saboorrr jelaaa..! (dialog dlm citer Hantu Kak Limah). Akan datang sape yg tahu, kan? Semua di tangan Tuhan. Walau mcm mana pun, PM bersyukur coz still dpt bersama family & punya kawan2 yg banyak membantu & menghibur di kala sedih.. Haaa, gitewww.. !



Hmm.. ouh yer, raya 2012 ni PM dpt lihat ada la sedikit sebanyak inovasi ke arah yg lebih moden especially dlm menu Hari Raya. Ha, nak tahu? check this outt! Zaassssss!
  •     Nasi Minyak + Mirinda Oren
  •     Nasi Dagang + Pepsi
  •     Spaghetti + Sirap Oren
  •     Nasi Himpit + F&N Zapple
  •     Tapai + Air berkarbonat ( errkk? boleyhh ker)
Haaa.. mcm2 lagi lahh.. mane tak sakit perot kalo dah mcm niey.. Semua maen bantai aje makan tuu.. Huhu.. Ape2 pun, nasihat PM pilih la menu makan dgn bijak yer kalo tak mahu kunjungan beraya anda berakhir di TOILET di penghujung hari.. Heeee...

Ukey la, bnyak sangat dah membebel niey.. Gua chow dulu beb.. Keep Smiling ^^ =)

With my aunt =)

This is Angah & Acik

My Familia

Say Cheese..! =)



Friday, March 9, 2012

Birthday Blast .. ^^

Assalamualaikum.. whassup - whasuup peeps? huhue ^^
For this entry, I just wanna share a part of my joy on my happy day which is on previous 25th February 2012. Celebrating my birthday with my beloved friends and housemates. Kinda happy on that time. =) The most precious moments for me..
Actually bagi aku, meraikan / menyambut hari kelahiran aku bukan lah sesuatu yg besar atau yg diharapkan. Aku takder la mengharapkan birthday party drpd sesiapa. Aku tak nak la orang laen bersusah payah semata mata utk buat parti bagai utk aku.. Cukup la dengan ucapan dan doa yg ikhlas dan tulus hati korang utk kejayaan kita bersama.. waahhh! sentimental la pulakk.. =p haha.. kalo tak sentimental, mental la pulakk kan? haha
Mengingati hari istimewa aku pun dah cukup menggembirakan aku. In my plan, aku just nak keep slow, steady & kalo boleyy, tak nak laa heboh - hebohkan yg it is my  special day aku.. birthday.. bukan cara aku.. it is totally not me.. huhu..
Nak dijadikan citer, aku takder idea langsung yg my roomates and my friends plot a kind of party laa pada sebelah malam.. that was sooooooooooo sweeeeeettttt of themm..! terharu gilerr aku coz aku tak penah harap dorang buat sesuatu yg mcm tu utk celebrate my birthday.. =D seriously, aku sangat sangat bersyukur dan terharu dengan ape yg dorang buat utk aku.. They cooked a special spaghetti for me..!!! ^^  kamsahamnida..! chongmal chongmal kamsahamnida...! Seribu pengahargaan buat teman teman aku, AHMAD SHAKIRIN & MUHAMAD HAFIZI for the delicious spaghetti... full kowt malam tuh.. huhu.. kenyang dgn spaghetti dorang masak jer.. 2 kali kowt aku melantak spaghetti tuh.. huhu  untuk adik tiri aku, FIRDAUS MAMAT, thanks sangat for the Big Apple Doughnuts tuu.. Sangat sangat best bila dapat Big Apple..dah lame mengidam nak mkn donut tu sbenar nye.. hihi  kepada AHMAD SHAZWAN & IZZUDDIN HAKIM yg "menipu" aku utk beli kek birthday buat aku.. so sweeet of you.. aku tak tao nak cakap ape.. just ucapan terima kasih bnyk2 coz mengingati aku, hari istimewa aku.. aku happy giler.. pada masa yg sama bersyukur sebab dikelilingi kawan kawan yg baik.. dan mereka yg BETUL BETUL nak bersahabat dengan aku yg tak seberapa nie..

Dear my friends, thanks for everythings ya? May Allah bless you in whatever you do. I’ll always pray for your success..

Donut Big Apple from adik tiri, Daus..

Spaghetti made by Pijie &Ayin ^^

Upacara tiup lilin kek.. hehe

Fuuhhhhhh... =p

Birthday kek from Iwan & Din

Nak potong kek la pulakk.. ngee..

Nahh! amik kaw, ditonyoh nye kek.. ala-ala menyuap gituu..

Dah macam orang buta dah teman nengok nyer..huu

Tu diaa aihh, facial free by budak budak nih.. =)

With friends..

Si Adik Tiri aku..

Thanks so much for those who gave me this delicious chocolates ^^

Thanks yea for the gift..   !!