Assalamualaikum..
Salam hangat dan salam mesra buat
semua. Lama sudah tak meng-update blog yang berhabuk lagi berkulat ni. Bukan
apa, berhenti berehat sekejap sambil mengubati hati yang berduka lara ni..
muahaha.. Takdela, etceli, bila dah stop menaip, terasa payah nak mulakan
balik. Tangguh punya tangguh, dah masuk tahun 2015 dah.. Kejap je kan? Haha..
Anyway, thanks to those yang sudi baca (ada ke orang baca?) blog burok ambe
ni..
Untuk entry
ni, nak citer pasal seorang mek Kelate, gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan
Kembang ni. She is a nice girl, very helpful, and a super-awesome sista..!
Bertuahnya rasa diri bila dapat berjumpa, berkenalan dan berkawan dengan dia
ni. Pada mulanya, takde terus kamcing lepas kenal tu.. In fact, aku kenal dan jadi
rapat dengan my lovely sista ni pun bermula pada semester 3 ketika zaman
diploma dulu. Sebelum tu, aku pandang kau, kau pandang aku. Kau senyum, aku
senyum. Hahaa.. Bila dah kenal, riuh jadinya.. Apa tidaknya, satu kepala, satu
geng, satu negeri kelahiran, satu kursus, satu universiti. Aku makin rapat dan makin
rapat dengannya sehingga she’s become like a sista to me.
Dialah juga
salah seorang tempat untuk aku bertanyakan pendapat dikala ada kegusaran
dihati, keresahan dijiwa, kekusutan diminda dek masalah yang dihadapi dalam persekitaran
ketika itu. Masalah study, masalah aweks, masalah dengan kengkawan.. Dia tidak
jemu memberi pendapat, malah membantu ketika diperlukan. Hingga satu ketika,
dia dan semua orang sekeliling perlu pergi jauh untuk meneruskan impian masing-masing,
dia seakan-akan mengerti apa yang aku rasai. Nota kertas tulisan tangan dikirim,
menenangkan hati dan jiwa yang bersedih ketika itu. Kata-kata semangat dikirim
melalui teks sms, agar tidak terhenti usahaku setakat itu sahaja. Begitu
baiknya dia, begitu mengambil beratnya dia. Kami bukannya adik-beradik darah
daging, jauh sekali sepasang kekasih. Kami hanya sahabat, sahabat yang sudah
seperti keluarga. Saling mengingati dan menasihati. Dia adalah Sista Syahidda
(Eda Adnan).
Masih aku
ingat, perpisahan ketika itu. Langit jiwa bertukar mendung, hujan air mata
berlumba untuk menitis sehingga bertakung di empangan kelopak mata. Sukarnya
melepaskan orang yang baik dengan kita, selalu menjaga kita, luang masa bersama
kita. Setelah seketika, kami satu geng kembali lagi bersama. Boleh dikatakan
hampir semua ahli. Namun, 2 di Arau, 2 di Jengka, dan 2 di Puncak Alam. Kami
pula di Shah Alam. Belajar bersama, berlainan kursus, berlainan semester, sama
fakulti. Perasaan? Tak tergambar gembiranya. Kemain lagi lepak bila berpeluang,
dinner-date berempat, menonton wayang, melancong ke tengah kota, berlumba
mencari seat dalam tren.. Sepanjang aku di sini, awal semester sudah jejak
Times Squares bersama mereka.
Kini, satu
lagi episod perpisahan berlaku. Katanya sista, mahu menarik diri daripada
pengajian, mahu berhenti, dapat tawaran kerja.. Keputusan yang dibuat itu
setelah difikir berulang kali, sedalam-dalamnya dan semahu-mahunya. Katanya
lagi, keputusan yang dibuat itu tidak gampang, tidak mudah, malah bergenang air
mata. Jika itu kata hatinya, aku tidak menghalang. Bahkan, siapa aku untuk
menghalang? Mungkin itu yang terbaik buat dia, itu yang dia mahukan. Aku tetap
akan doakan kejayaannya, gembira dengannya jika itu bisa membuat dia gembira.
Cuma, aku ini orang jenis yang tidak gemar akan perpisahan. Mengarut bukan?
Haha.. Hakikatnya, itulah aku. Kata orang, jika kita betul-betul sayang akan
seseorang, kita perlu belajar melepaskan dia pergi. Jangan hanya pentingkan
diri sendiri, dan terus menghalang demi untuk kepentingan diri sendiri. Am I
right? Sejujurnya, aku akan terus menyokong my lovely sista, no matter what,
okay? So, dear sista, if you read this, I just want to express how i’m thankful
to Allah S.W.T for bringing sista into my life, met me with you, my caring
sista. I’m glad that I not just having a caring sista, but a good friend also.
We, will
support you in everything you do and wish all the best to you, yea sis? Do the
best..! Aja aja Fighting! I’ll be missing you a lot here. Not only me, Mat Din,
Azza, Jue and Charlie of course (just kidding) will be missing you.. Haha..
Jaga diri dan jangan lupa to keep in touch with us okay? Update us if you’re
having with troubles. We’ll be there for you. Jika rindu, angkatlah phone,
whatsapp la kami.. Hehehe.. Sayonara Sista.. J
Purple Day ketika zaman Diploma UiTMKT dulu.. |
Ronda-ronda Kuala Terengganu |
Dinner-date |
Ketika itu.. |
Last selfie at the end of the day |