Just A Melody..

Sunday, February 8, 2015

Entry 3/2015: Kenali 'Bruxism': Tabiat Ketap Gigi

Assalamualaikum..

            Apa habaq comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem sekalian? Moga-moga dalam keadaan baik selalu hendaknya. Entry kali ni adalah yang ketiga untuk tahun ni. Haa, maklumlah, bila dah kebosanan dek ketandusan idea dan aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti semester ni, mulalah datang inspirasi untuk meng-update blog burok hamba ni.. Ecece.. Kemain banyak bunga bahasa. Cintai bahasa kita. Bhahaha..

            Okay, back to the topic, entry kali ni nak citer pasal pengalaman. Pernah berdepan dengan orang yang mengalaminya dan pernah menghadapi sendiri. Hohoho. Pernah dengar tak bila korang tido dimalam yang hening, sunyi, indah dan hampir-hampir dibuai mimpi lena, tiba-tiba terganggu atau lebih tepat diganggu dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh rakan sebelah ataupun manusia yang hampir dengan anda ketika itu? Hahaha. Bunyi-bunyian yang konon-kononnya nak masuk bertanding Anugerah Juara Lagu 2015, tapi malangnya tak cukup sifat dari setiap aspek. Woahaha..

            Bunyi-bunyian yang dimaksudkan adalah tabiat mengetam atau mengetap gigi ketika tidur. Even aku pun pernah mengalami atau menghidapi tabiat ni. Tak tahulah sama ada tabiat ni diwarisi daripada genetik ataupun tabiat yang normal apabila seseorang berada dalam keadaan terlalu letih dan penat ketika tidur. Apa pun, bunyi yang menakutkan ni dipanggil ‘bruxism’ dalam istilah perubatan dan ia dihasilkan melalui perbuatan mengisar gigi antara gigi-gigi di rahang atas dan bawah sama ada tanpa anda sedari atau sememangnya disengajakan. Bagi aku pula, aku tidak pernah tahu aku menggesel atau mengetap gigi ketika tidur sehinggalah roommate aku yang bagitahu. Hahaha.. *Maaflah yep kalau aku menganggu korang..! Aku mengaku aku pernah mengetap gigi, tapi yang pasti, bukan selalu, okayy..! So, jangan komer memandai-mandai yaai.. Hahaha..

            Ape pun, berdasarkan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, punca-punca atau dalam erti kata lain, penyebab kepada tabiat mengetap gigi ni ialah:
  •         Stress atau tekanan yang dihadapi setiap hari
  •          Susunan gigi yang tidak betul
  •          Posisi badan yang tidak betul
  •          Perubahan hormon
  •          Perubahan gigitan yang berlaku mungkin disebabkan trauma atau rawatan gigi
  •          Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy


Manakala antara tanda dan kesan yang mungkin didapati pada seseorang ialah:

·         Permukaan gigi haus
·         Gigi atau tampalan patah
·         Sakit kepala
·         Sakit dibahagian sendi rahang
·         Gigi terasa ngilu dan sakit
·         Sakit telinga
·         Sakit pada otot muka
·         Sukar untuk tidur

Apa yang anda boleh buat? Untuk mengelak atau mengurangkan tabiat ini, antara cara yang boleh korang semua buat selain daripada mengunyah kapas atau tidur dengan mulut ternganga luas bak badak air ialah:

  • ·      Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang
  • ·      Belajar untuk menangani stress
  • ·      Kurangkan pengambilan alkohol (bagi yang bukan Muslim)
  • ·      Dapatkan nasihat doktor pergigian


Amboihh.. dah macam doktor lagaknya ye? Hahaha.. Sekadar untuk share bersama. Sharing is caring, right? Hehee.. Untuk maklumat lanjut, sedara sedari boleh la melawat laman web Kementerian Kesihatan Malaysia: Tabiat Mengetam Gigi ni. 





Banyak pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang ada kat situ, boleh refer, boleh research, pendek kata semua boleh lah. Saya boleh, anda boleh, Malaysia boleh! Tak gitu? Hehe. Pastu, kalau rajin, kalian jugak boleh baca permasalahan yang berkaitan gigi ni kat blog Gigi Warisan Kita yg ditulis oleh seorang pegawai pergigian yang berpengalaman luas. Bak kata gadis penghias majalah: Fazura, “Barulah gigi anda putih berseri..!”

Sekian, Anneyeong!

Encik Coffee







Monday, February 2, 2015

Entry 2/2015 : Pahit Manis Dua Kosong Satu Empat

              Assalamualaikum..

Salam hangat dan salam sayang (muah ciked) buat semua.. Hahaha.. Rasanya, masih tidak terlalu lewat untuk masih bercerita tentang tahun 2014, meskipun 2015 telah pun menerjah dengan pantasnya seperti jet pejuang Amerika Syarikat.. Haa, nampak? Overnya hyperbola.. Hahaha.. Tapi yang pasti, pejam celik, pejam celik, dah habis satu tahun, lengkap 365 hari. Bermanfaat atau tidak, produktif atau tidak, itu semua atas diri masing-masing. Diri sendiri yang menilai.. Betul tak? Bagi aku, tahun 2014 ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku, ada kalanya berada jauh dibawah, ada juga tinggi bak di awan, susah senang, jatuh bangun, canda, tangis, ketawa, duka (CTKD kauu).. mampuu? Haha.. Banyak perubahan, kenangan, yang pastinya gelak tawa dan air mata sama banyak. Kadang-kadang perit bila difikirkan kembali. Jadi, baik tak payah pikiaq, ye dop? Haha.. Tapi kan, kata orang tak boleh la kita lupakan terus. “Siapa yang lupa akan sejarah, pasti akan mengulanginya.” Kalo tak salah, dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5 ade kata-kata tu. Aku pun tak pasti. Untuk pastikan, sila lah selak buku-buku sejarah adik-adik anda yer.. Kalo adik takde, pinjam jelah dengan jiran korang ke, tanya la sekampung tu.. Haha

So, this entry kinda like a story about what I’ve experienced last year, how I endured difficulties and how I’m able to be at current state, right here, right now.  My first thought, 2014 wasn’t a good year. Ketika itu, aku masih bertungkus-lumus, berhempas-pulas menghabiskan sesuatu yang aku mulakan pada tahun 2010. Pengajian diploma yang masih lagi belum tamat atas sebab yang tertentu. Most of my friends already started their degree’s life while I’m still here. Kata orang lagi, mungkin ini adalah dugaan buat kita dan siapa tahu ada hikmah disebaliknya. Kedengaran cliche kan? Tapi benar, penat, lelah, pahit dan kelatnya meneruskan perjuangan ketika itu, segalanya diserahkan kepada Yang Esa. Alhamdulillah, kesusahan itu diganti dengan balasan yang tidak aku sangka sama sekali. Pengalaman melalui jalan itu sememangnya pahit dan sakit. Bak berjalan di tanah berduri, tiada beralas.

My Birthday celebration by them


The Bachelor's bonding.. hoho

With Cik Yin & Pjiekun

3 Anak dara Kelantan yang havoc.. ;)
Pertengahan 2014 juga tidak kurang hebat dramanya. Sikit lagi nak mencapai taraf sinetron Indonesia. Kelass kau Jahh! Haha.. Mane la tau kot-kot ade penerbit, pengarah nak filemkan kisah hidup aku. Tak pasal-pasal jadi retiss. Hehe.. Pada bulan Mei 2014, entah di mana silapnya, aku menjadi mangsa kes samun di kawasan Tmn Tun Dr. Ismail, Damansara. Entah apa yang ada pada aku yang mebuatkan si penyamun ‘brengset’ itu menjadikan aku sasaran. Phone, wallet, kad pengenalan, kad bank, semua lesap bersama beg galas pada hari itu. Terkejut. Trauma. Cedera. Lebih drama lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari pertama aku mula bekerja as part timer untuk mengumpul duit. Haihh.. Sekarang, boleh la bercerita sambil ketawa mengenai kejadian tu, kalau dulu.. Phobia nak jalan kaki sensorang, nak cerita kat orang pun beremosi. “Ni bala ni, bala..” Dah macam citer kak Limah dah ghopernyer..


Menjelang pertengahan Oktober 2014, sekali lagi tragedi menimpa. Tragedi Oktober. Sebulan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar ijazah, dompet pulak dicuri. Yang tak boleh blah, dompet dicuri kat dalam surau. Aku ulang sekali lagi, Surau. Seriously, aku tak tahu nak cakap apa. Lepas solat, terus mencuri. Haram jadah punya manusia. Dah la pelajar, mentaliti masih lagi dikepala lutut. Tak tahu nak cakap ape dah. Harap-harap si pelaku tu terima lah balasannya nanti. Laporan dah dibuat, tindakan susulan dah diambil. Hukuman dunia mungkin boleh lepas, tetapi hukuman Akhirat belum tentu boleh lepas. Fikir-fikirkanlah wahai manusia berkenaan. Agak sedih jugak dengan apa yang menimpa. Mana tak nya, kerugian besar kali kedua dalam tempoh setahun. Hmm..

Akhirnya, hati sedikit terubat dipenghujung 2014. Berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UiTM ke-82 yg mana menandakan tamatnya pengajian peringkat diploma menjadi penutup tirai tahun sedih aku. Segulung diploma dapat dihadiahkan pada mak dan ayah. Betapa berliku jalan yang dilalui untuk sampai ke tahap ini. Jelas kelihatan wajah gembira mak dan ayah pada hari tu. Aku gembira. Aku bangga. Sememangnya ini yang aku mahukan, ini yang aku nantikan sejak awal bergelar pelajar diploma dahulu. Hmm.. Seems like my terible year finally give me a good ending. A happy ending for my 2014 story. Pengalaman. Memang perit dan tak mudah melaluinya, tapi semua itu la yang membuatkan hati semakin kebal, kurangnya kebergantungan kepada orang, membina keyakinan dan merapatkan diri kepada Pencipta. Ni tahun 2015 ni entah macam mana la pulak. Mohon kengkawan, teman-teman semua doa-doakanlah yang terbaik buat aku ye? Mudah-mudahan tahun ni bakal menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Semestinya buat kalian juga.. Emm, okay lah. Dah banyak membebel. Nanti update citer lain pulak. Hehe..

Sekian, salam sayang daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Eh?

Hahaha..

Encik Coffee

UiTM Kampus Dungun, Terengganu

Pre-Convo di Dewan Agung Tuanku Canselor

Flowers.. Hmm.. I like flowers.. Hehehe